Kedudukan Jendelahidup di Alexa Ranking

Mentang-mentang la dah tau nak check kedudukan blog di Alexa, petang ni terus check untuk jendelahidup.com pula, pagi tadi belum ada data.


Sekarang dah ada, tapi biasalah, masih baru lagi guna domain ni, mesti lah duduk di tempat paling corot punya.


Nanti tiap bulan nak check, untuk syok-syok sendiri.

Bercinta dapat bakar kalori??

Sambil menunggu kain siap di mesin, saya membelek Majalah Rapi...belek punya belek, terjumpa lah satu rencana ringkas mengenai Altenatif untuk Membakar Kalori.


Daripada senarai tu ada satu yang membuatkan saya membaca 2 kali.


BERCINTA


Latihan ini tidak mengeluarkan duit untuk membakar kalori. Bercinta boleh dijadikan aktiviti untuk membakar kalori dan mengencangkan otot. Bercinta selama 30 minit dapat membakar 150-350 kalori yang mana aktiviti ini boleh disamakan dengan melakukan aktiviti berlari , mengangkat beban dan berjogging.


Menurut Dr Robert Friar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, dengan bercinta boleh menurunkan berat badan kerana ia mengeluarkan hormon serotonin yang membuatkan anda cepat kenyat, cepat berhenti makan dan mengunyah dek panahan cinta tersebut.

Hmmmm .......

Datang bulan tu apa, mama?

Itu lah salah satu soalan yang saya masih belum bersedia untuk menjawab dan selalu berdoa agar Nadhirah tidak tanyakan kepada saya buat masa ni. 


Ketika minggu peperiksaan minggu lepas, dia sedang menghafal perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Saya mendengar beliau menghafal dan dalam hati saya berkata "jangan dia minta diterangkan setiap perkara tersebut". Memang dia tak tanya pun.


Tetapi selepas selesai semua peperiksaan, dia tiba-tiba pulak boleh tanya saya soalan tentang datang bulan atau haid.


Saya cuba berlagak selamba menerangkan kepada beliau serba ringkas , lagi pun saya fikir anak-anak sekarang lebih terbuka dan benda-benda macam ni perlu diterangkan sedikit demi sedikit , jangan nanti dia dapat sumber yang kurang tepat.


Terkenangkan masa saya kecil dulu, benda-benda private macam ni berkongsi dengan kawan, takut nak cerita-cerita dengan mak.


Cepatnya masa berlalu, saya dah boleh sembang cerita-cerita macam tu dengan anak saya..esok-esok ntah apa cerita pulak yang akan kami kongsi.


Tak lama lagi , anak saya akan meningkat remaja, mama dia makin tua la...