Bila dah terlalu letih...





Pertanyaan Lanjut:
Rohaya Yusof
No Telefon: +6017 341 6762(Whatsapp)
Instagram: rohaya_yusof
Email : rohayayusof73@gmail.com

Hari Susu Sedunia

Tadi buka Channel 708, nak tengok HotFm AM Krew. Pelik juga tengok FBI dan Fafau berpakaian serba putih, rupanya sempena Hari susu Sedunia yang jatuh pada tarikh hari ni.


Hot chat pagi ni adalah apa saja mengenai susu.  Macam-macam cerita tentang susu yang sempat saya dengar.


Salah satu yang menarik perhatian saya adalah petua daripada salah seorang pendengar ayng menelefon iaitu sekiranya sesiapa yang sakit mata, boleh cuba meletakkan susu ibu pada mata yang sakit.


Kalau mata yang sakit tu adalah sebelah kanan, erlu ambil susu sebelah kiri, kalau mata sebelah kiri, ambil susu sebelah kanan. Senang je kan? Cuma susahnya kalau tiada orang yang boleh memberikan susu ibu ketika kita memerlukan, jenuh nak tanya jiran-jiran..kalau dah macam tu, terus je la ke klinik ye! 




Pertanyaan Lanjut:
Rohaya Yusof
No Telefon: +6017 341 6762(Whatsapp)
Instagram: rohaya_yusof
Email : rohayayusof73@gmail.com

Rahsia Rempah Ratus Dalam Diet

JINTAN PUTIH
Mempunyai khasiat dalam pelangsingan. Mengunyah jintan putih dapat membantu meredakan rasa lapar dan mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan manis.


JINTAN MANIS
Membantu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran luar haid, menggalakkan penghasilan susu badan dan membuang gas dalam usus dengan CARA mengamalkan minum setengah cawan air rebusannya setiap pagi.


Selain itu, ia jugak membantu membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Amalkan minum pagi dan petang selama 4 minggu, baru dapat kesan. 


BIJI KETUMBAR
Kaya dengan kandungan serat, magnesium, flavanoid dan zat besi. Dapat mempertingkatkan fungsi penghadaman, membantu melancarkan pernafasan serta kesegarannya dapat meningkatkan daya fokus.


LADA HITAM
Beraroma dan memanaskan tubuh serta melancarkan sistem penghadaman. Berfungsi agen anti bakteria bermanfaat dalam membantu mengurangkan gejala selsema dan batuk. Campurkan serbuknya ke dalam sup atau bersama bubur nasi. Kulit luar biji lada hitam mengandungi zat yang membantu pelangsingan


BUAH PELAGA
Berkesan dalam membantu mengatasi masalah perut tidak selesa ( masalah kembung). Membantu proses detoks dan membantu mempertingkatkan aliran darah.


BIJI SAWI
Kaya dengan omega 3, kalsium, fosforus, protein, selenium dan niasin. Selenium adalah di atanra nutrisi yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan asma, arthritis dan tekanan darah rendah. Mampu meredakan masalah penghadaman dan mempertingkatan tahap metabolisme. 
CARANYA taburkan saja di dalam hidangan.




NOTA: kalau tak tau yang mana satu rupa setiap rempah ratus ni, boleh tanya kat makcik2 kat pasar, mesti dia orang tau.


SUMBER RUJUKAN MAJALAH RAPI









Pertanyaan Lanjut:
Rohaya Yusof
No Telefon: +6017 341 6762(Whatsapp)
Instagram: rohaya_yusof
Email : rohayayusof73@gmail.com
Copyright © NAURA | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in