10 cara mengekalkan rasa cinta antara suami isteri

Cinta ni perlu dijaga, dipupuk, dibelai dan dibaja..kalau tidak...habislah mati kering seperti pokok yang tak cukup baja..


Seeprti biasa saya suka membelek Majalah MIDI, jadi saya berkongsi dengan kawan-kawan semua dengan membuat entry di sini.


1. Hindarkan perasaan rendah diri sekalipun kita dah mengembang dan berkedut.
*** ini selalu terjadi pada diri saya....


2.Jangan merendah kan pasangan walaupun kedudukan berbeza, jangan rendahkan martabat pasangan kita.


3. Jangan merungut atau membebel terhadap perkara remeh temeh
*** saya akui kerap merungut dan membebel terutama bila tak dapat kontrol kelasakan anak-anak hu hu


4.Hormati Perasaan sekalipun berbeza pendapat atau tidak sehaluan, jangan sekali memperlekehkan pasangan.


5.Gunakan panggilan yang sopan dan melambangkan kasih sayang.


6. Jangan ceritakan keburukan pasangan


7. Sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain kerana pembohongan akan merosakkan perhubungan.


8. Berpegang pada janji. Sekali anda mungkiri janji boleh menyebabkan pasangan anda hilang kepercayaan dan terluka..sekali terluka seribu tahun masih terasa!


9. Jauhi sikap curiga kerana sikap ini akan merimaskan pasangan anda.


10. Sentiasa disisinya ketika susah dan senang.


Sebenarnya banyak lagi, kalau nak tau lebih lanjut boleh dapatkan MAJALAH MIDI




SUMBER MAJALAH MIDI

Kesunyian = Penyakit

Bunyinya macam kelakar tetapi realitinya memang amat menyakitkan. Kajian yang di jalankan di AS mendapati bahawa mereka yang sering berasa kesunyian ( walaupun sedang dikelilingi teman dan keluarga) selalunya memiliki tahap kesihatan yang rendah.


**** NOTA : Sejujurnya saya kerap berasa sedemikian, baru saya tau betapa rendahnya tahap kesihatan saya.


Menurut kajian tersebut, rasa sunyi akan menyebabkan stress, mengakibatkan hilang keyakinan diri dan kemurungan. Apabila keadaan ini terjadi sistem pertahanan tubuh akan menjadi rendah sehingga menyebabkan diri mudah diserang penyakit.


Caranya terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah lebih dekatkan diri dengan Allah, aktif bersama keluarga dan kawan-kawan dan sentiasa berfikiran positif.


SUMBER MAJALAH MIDI