Undur masa - Jumpa geng di kampung

Umar kalau jumpa Hashimi ( anak kepada sepupu saya) memang dunia ni dah jadi mereka berdua yang punya.

Corak permainan yang memang tak dapat dikawal oleh mana-mana pengadil..jadi kita bagi can je.

Gambar-gambar di bawah ni menunjukkan mereka berada di dalam keadaan terkawal.

** nota: sila ignore dengan susun atur barang dna perabut, kami sedang mengemas ketika itu.


Nadhirah dan Mariam Hana tengha ralit menonton filem di laptop




Bisik Bisik Gelora - Fauziah Ashari



Salah satu daripada 3 novel di atas ni adalah novel Bisik Bisik Gelora tulisan Fauziah Ashari.
Ceritanya lain daripada yang lain dan agak mendebarkan saya kerana suami Ummi , si Jad tu boleh tahan baran orangnya...sakit dalam dada la kiranya nak menghabiskan novel ni tapi saya puas hati.


NI sinopsis yang saya cedok daripada kulit novel tersebut:


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan 

Disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Undur masa - Bonsai di kampung

Dulu-dulu pernah saya tunjuk gambar-gambar bonsai kepunyaan adik saya, kali ni lagi sekali nak tayang sebahagian pokok bonsai beliau yang ada di sekeliling rumah mak di kampung.


Dah banyak yang dijual dan masih banyak yang sedang dibela. 


Tuan bonsai ni sayangkan pokok-pokok ni melebihi sayangkan diri sendiri lagi hi hi..






Undur Masa - Buat kuih di kampung

Anak-anak kalau diberi peluang untuk main pasir, memang happy sakan. Balik kali ni kami sibuk mengemas rumah, sapu sawang , bakar mana yang dah reput, jadi peluang untuk 2 budak kecik tu bermain dengan gaya mereka terbuka luas.


Beberapa hari di kampung baru-baru ni,salah satu kegemaran mereka berdua adalah main pasir, kata mereka "ini adalah kuih muih yang akan dihidangkan kepada penduduk kampung ini"


Oleh kerana semua isi rumah sibuk dengan tugas masing-masing, hanya 2 keping gambar ni je yang sempat disnap ..malas nak tunggu "kuih-kuih" ni siap masak .