Mesin jahit antik

Ni lah mesin jahit yang sungguh banyak berjasa kepada beberapa ahli keluarga saya.



1. Arwah tok cik
   Arwah menggunakan mesin ini menyiapkan tempahan tilam kekabu yang begitu banyak tempahannya.
   
2. Adik saya 
   Beliau menggunakan mesin jahit ini untuk mengambil upah alter seluar kawan-kawan ketika zaman sekolah    beliau.

3. Makcik saya
   Bedung-bedung yang dijual DI SINI adalah dijahit menggunakan mesin jahit antik ni la...sampai sekarang masih lagi boleh digunakan untuk menjahit..




Keropok lekor dan Kopi "O"

Meh la join kami minum petang.. ni bukan kat rumah saya tapi di rumah makcik. Adik baru sampai dari Terengganu bawak keropok lekor..hmmm sedapnya...nyam nyam..





Kolam bertukar fungsi

Kolam plastik ni dah terkoyak sedikit , jadi anak-anak pun tak boleh guna lagi dahh walaupun masih boleh ditampal.


Oleh kerana sehari dua ni saya tersangatlah rajin untuk berkemas, saya letak je kolam tu di ruang tamu.


Nadhirah angkat kain dari jemuran dan letakkan kain-kain yang dah kering masuk dalam kolam tu.


Dah jadi macam ni rupa kolam tu....





Ketika entry ni ditaip, Nadhirah sedang memanggil-manggil untuk clearkan semua kain baju tu..dia ckp nak lipat kolam tu masuk stor.


Sarapan di Rumpun Selera

Lepas bakar kalori,kita kena tambah semula kalori yang terbakar tu..jadi moh kita ke tempat makan dengan peluh yang masih merembes di dahi..

Restoran yang terletak berdepan dengan tempat aerobic

Nasi lemak berlaukkan kari ayam - UMAR PUNYA!

Pulut dan sambal tumis bilis - UCU PUNYA!

Sandwich - NADHIRAH DAN MAMA PUNYA!


Meriah makan selepas aerobic...sia-sia je rasanya beraerobic kalau macam ni gayanya ....

Aerobic lagi daaa...

Hari ni memang bermandi peluh, rentak aerobic pun boleh tahan lajunya...


Nadhirah ikut sekali beraerobic, berpeluh-peluh anak dara sorang ni..

Instructor aerobic dah sampai, masih menunggu yang lain tiba...

Termenung jauh salah seorang peserta aerobic ni, nampaknya...

Macam-macam reaksi sementara menunggu aerobic bermula
Riak wajah yang happy kerana dapat aerobic hingga melecet kaki....