Kurang tidur = cepat tua

Pada sesiapa yang kaki blogging waktu malam hingga dinihari, sila ambil perhatian ye. ( tuan blog sila ambil perhatian!)

TIdur yang tidak cukup boleh memberikan kesan pada kompleksi kulit. Mahu atau tidak, kita perlu tidur sekitar 7 hingga 8 jam sehari untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tidur yang cukup membantu mengurangkan kedutan dan garisan-garisan halus diwajah. Bahkan tidur yang cukup mengurangkan stress dan membantu menaikkan mood . Inilah antara sebab yang menyumbang kepada kompleksi kulit yang cantik.

Hmmm patutlah, kulitku berkedut dan nampak kusam, agak tua daripada usia sebenar...

NORA ELENA : Seth Tan Hero Idaman

Sejujurnya saya tak pernah melihat drama ni namun saya tau sekarang drama ini cukup popular.


Saya hanya membaca novel suatu ketika dulu.


Nadhirah dan Umar ada menonton drama ni ketika cuti sekolah minggu lepas sebab time cuti, makcik yang akan jemput mereka dan bawa balik ke rumah makcik, time tu la mereka layan drama ni.


Suatu pagi pada minggu lepas ketika saya bersiap untuk ke pejabat, Nadhirah tiba-tiba buka cerita pasal drama ni.


Nadhirah: Mama ada tengok tak cerita Nora Elena?


Mama : Tak pernah, best ke cerita tu?


Nadhirah: Hmmm best..mama tau tak Seth Tan tu baik sangat-sangat, dia rajin tolong isteri dia..walaupun ada pembantu rumah, dia nak juga mop lantai sendiri, memang rajin gila la...


Mama :  Hmmm untunglah Nora Elena dapat kawin dengan Seth Tan tu ye...kalau macam tu baik tak payah pakai orang gaji .


Nadhirah : a'ah la kan? baik bagi kita je pembantu rumah tu.


He he sebab kat rumah ni walaupun ketuanya taklah malas sangat tapi tak adalah sebaik macam Seth Tan tu..maklumlah hero dalam novel memang over sikit , dah la hensem , baik pulak tu...ada di alam realiti tapi tak ramai ....


Manjakani hilangkan ruam

Manjakani bukan saja untuk kesihatan dalaman kaum wanita, malah boleh juga digunakan untuk hilangkan ruam di ketiak.


Caranya: tumbuk lumat biji manjakani, campurkan bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian yang bermasalah. biarkan hingga kering. Amalkan secara kerap.

Buah keras lebatkan kening

Ramai orang sukakan kening yang hitam dan lebat, kan? Nampak dari jauh lagi..


Ni satu petua tradisional untuk lebatkan kening:


Bakar sebiji buah keras hingga menjadi hitam, tumbuk buah keras tersebut hingga keluar minyak. Sapukan dengan putik kapas pada kening anda. Amalkan selalu. Dalam masa seminggu, pasti akan terlihat perbezaannya.

Cili Kering halau cicak!

Kalau kat rumah kita banyak cicak, tentu tak seronok kan? sebab pasti ada tahi cicak merata-rata.


Apa kata cuba petua ni untuk halau cicak:


Gantungkan sebungkus atau beberapa batang cili kering pada tempat yang menjadi tumpuan cicak.


Insyaallah cicak takuuuttt nak datang tempat tu lagi....dia bau macam pedas kot!

Tiba-tiba terdengar azan Subuh!

Hmm tu dia...punya la lena tidur di ulit mimpi nan macam-macam ado, terjaga bila azan Subu berkumandang!


Itu bermaknanya saya dah lambat bangun. 


Namun begitu sempat juga update entry ini untuk mencanangkan kelewatan saya he he.


Jadi , tak boleh nak tulis apa lagi dah, kena off dan bersiap.


Hari ni kena drive sendiri, driver tetap ada traning petang ni.


Hari ni ada kawan nak tumpang, kalau saya lambat dia turut lambat, bos dia garang oo..