Tengkolok BUKAN DIRAJA

Tengkolok ni dibuat oleh Nadhirah untuk peperiksaan kertas Pendidikan Seni yang lalu.


Semalam dia bawak balik dan tunjukkan tengkolok tu. Hari tu kelam kabut belajar kat internet cara-cara nak buat tengkolok tapi tak sempat tengok tutorialnya, area Taman Selayang Mulia ni tiba-tiba je blackout. Jadi kami hanya mencuba dengan cara sendiri.


Nasib baik adik saya punya bahan-bahan hantaran pertunangan tempoh hari masih berbaki. Guna pakai jelah apa yang ada.

Kata Nadhirah, walaupun cantik hanya dapat markah B je 


Markah bukanlah satu keutamaan tapi cikgu nak pelajar semua tunjuk kreativiti masing-masing.



Buffered Earning kelima - Proton Exora(BM)LR





Syukur! Rezeki di pagi Jumaat nan indah dan penuh keberkatan ini, pihak NUFFNANG sekali lagi menganugerahkan BE ke 5 kepada blog Jendela Hidup.BE ke 5 ini adalah datang daripada iklan PROTON EXORA (BM) LR.


Saya tau banyak blog lain juga menerima BE yang sama. Saya makin pasti , adalah bukan mustahil untuk menjana pendapatan dengan berblogging. 


Conothnya, malam tadi saya ada baca entry terbaru EYRIQAZZ yang dia memenangi iPAD2. Wow!! sungguh hebat sekali penangan berblogging, tidak sia-sia sebenarnya kalau betul caranya.


Terimakasih daun keladi untuk NUFFNANG!




Lambat tidur = makin tua la saya nampaknya

Tengok jam pada dashboard pc dah pun menghampiri pukul 2 pagi rupanya, suami dan anak-anak dah lama diulit mimpi.


Baru semalam post tentang tidur, nak tau baca kat SINI tentang buruknya kesan tidur yang tidak mencukupi.


Saya pun tak lama lagi nak off dah, sebelum tu belek-belek NUFFNANG dulu, rutin sebelum off . Padahal masa mula-mula on tadi belek NUFFNANG juga dulu.


Sebelum tu, sempat mencari TIPS MENDAPATKAN ADVERTORIAL DARIPADA NUFFNANG, mak aiii tipnya tu macam terlalu mustahil untuk saya gapai.


Apakah tips itu? Lain kali saya buat entry mengenainya.


Ok, masa untuk off dan rehatkan kulit wajah.