Gantung Keyboard

Saja nak bagitau kot-kot ada yang sudi baca:


Tuan blog tidak bersiaran sehingga Isnin kerana perlu menumpukan perhatian kepada majlis pernikahan, pengurusan tetamu dan penyediaan makanan.


Dengar macam dasat kan?


Nanti hari Isnin, Insyaallah akan kembali kepada rutin.


Bebaskan fikiran daripada fikirkan tentang UV , Traffic dan bla bla bla.

Kerang lebih enak.

Kerang lebih enak jika direbus tanpa air, sekadar menambahkan garam dan rebus seperti biasa. Air di dalam kulit kerang sudai pun memadai .

Saya baru tau petua ni, cuba la buat.
Hari tu makcik saya ada rebus kerang dengan cara ni, rasanya lebih manis daripada biasa.



Jogging Mencantikkan kulit

Hmm hari ni saya tak kerja, ambik cuti sebab family dari kampung akan sampai pagi ni. Malam ni gerak ke Ipoh, esok pagi pukul 10, acara akad nikah.Hmm mesti berdebar adik saya sejak dua menjak ni !.


Minggu ni skip aerobik, makan mesti extra sebab kenduri kawin. Sementara tunggu mak dan yang lain sampai, baik jugak kalau pergi jogging, anak-anak dah siap ke sekolah tadi, saya yang hantarkan mereka, siap pakai baju kurung seperti hari-hari biasa untuk mengaburi mata Umar.


Cuba cari-cari apa kebaikan jogging ni agaknya, belek majalah lama ni sebenarnya ada untungnya tau..banyak onfo yang boleh digunapakai..


Inilah yang saya jumpa, jogging membantu mencantikkan kulit!



Tak percaya? Sila percaya ye….walaupun saya akui tak boleh nak berjoging sebab sakit lutuuutt.

Sewaktu kita berlari, racun dan toksin yang ada di dalam tubuh akan dikeluarkan melalui peluh. Pengaliran keluar toksin akan membuatkan kulit lebih segar, lcin, berseri, anjal dan awet muda.

Selain tu, jogging membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh, mempercepatkan proses pembakaran kalori, seterusnya menurunkan berat badaann, semua orang dah tau sebenarnya.

Saya bukan tak boleh langsung nak berjogging tapi kalau berterusan lebih 10 minit rasanya memang tak boleh…kena lari-lari , jalan, lari-lari, jalan.

Ada beberapa faedah lain yang boleh didapati daripada aktiviti berjoging.

  1. Mengelakkan serangan jantung
  2. Mencegah diabetes dikalangan individu obes
  3. Menguatkan tulang, mencegah osteoporosis
  4. Membantu memulihkan sendi pesakit osteoarthritis
  5. Mengatasi kanser usus besar
  6. Mengurangkan risiko kanser payudara
  7. Meningkatkan daya ingatan
  8. Membantu kesihatan emosi
  9. Meningkatkan libido seks bagi lelaki

Hmm tengok pada kebaikan ni rasa nak berjoging tiap hari je..baik saya jogging pagi ni kejap.

Nanti kita sambung lagi ye!