MODE SAYU DAN PILU

Anda berada di dalam zon sedih dan sayu!




Kembali Sunyi

Selepas mak dan rombongan pulang , hati merasa kosong sekejap.


Saya betul-betul seperti ingin mengasingkan diri kerana terlalu rasa kehilangan dek kepulangan mereka ke kampung halaman.


Adakalanya rutin di sini membuatkan saya rasa kosong dan sunyi sekalipun anak-anak riuh seperti biasa.


Ringkasnya, beberapa hari ni kemesraan semakin erat terjalin dan susah senang yang kami tanggung untuk majlis ini dikongsi bersama antara kami. 


Mungkin sebab tu, lepas je kereta bergerak perlahan meninggalkan Taman Selayang Mulia ini, airmata tanpa silu merembes keluar.




Berpisah itu pasti!

Tak dapat nak dielakkan untuk tidak berpisah samada berpisah sementara atau berpisah mati!


Keluarga saya telah pun pulang ke kampung halaman lebih kurang setengah jam yang lalu.


Sedih dan sayu hati kerana hubungan kami akrab cuma bila kita dah mula mempunyai keluarga sendiri dengan sendirinya langkah saya menjadi pendek untuk kerap pulang ke kampung.


Semoga mereka semua selamat sampai di kampung dan dipermudahkan perjalanan mereka.


Tunggu pula kepulangan kami untuk Majlis Menyambut Menantu!

Tomyam campur pilihan kami!

Apa yang kami masak hari ni untuk menjamu selera ramai-ramai sebelum separuh daripada jumlah yang ada akan berangkat pulang ke kampung?..sekejap aja seronok ramai-ramai dan perlu kembali kepada rutin....sedih dan sayu rasanya


Tomyam campur, kailan ikan masin, kembong goreng, sambal belacan dan ulaman menjadi santapan makan tengah hari kami.


** tiada gambar merakamkan keseronokan kami hari ni..sayu lagi!


Insyaallah kita beramai-ramai lagi sekali pada 9/7/2011 ni ye!

Tertunai Impian!

Kami semua ke Pasar Chow Kit pagi ni, dapatlah mak dan makcik-makcik saya menjejak kaki ke situ..pengalaman baru diterokai lagi hari ni..Alhamdulillah setiap tempat yang kita pijak mesti ada kisah dan pengajaran yang ditimba.


Masing-masing membeli buah pir, epal, anggur dan strawberi juga!


Gembira dan puas hati dapat menunaikan niat tetamu yang ingin melihat Pasar Chow Kit, melihat dengan jelas KLCC, Menara KL dan melihat sebahagian kecil panaroma Bandaraya Kuala Lumpur.


Lain kali, kalau datang lagi boleh lah kita menjelajah banyak tempat menarik lagi di KL ni.

Cerita pagi ini

Tetamu a.k.a mak, adik-adik, makcik-makcik dan sepupu - masih ada di sini. Cadangnya nak bertolak petang nanti.


Sarapan pagi ni adalah nasi lemak dan teh o


Lepas sarapan, ada yang seolah menyatakan keinginan untuk ke Chow Kit.


Ada yang nak ke Pasar Selayang.


Kita tengok sapa yang berjaya merealisasikan impian tu.


Apa yang pasti semua melepak je keletihan..yelah dari Terengganu rehat kejap kat Selayang ( bukan rehat tapi mengukur panjangan Jalan TAR), lepas tu ke Ipoh , di Ipoh bukannya goyang kaki, cerita sesat pun boleh meletihkan badan dan minda. Cuaca yang panas menambahkan lagi letih , apatah lagi kami berarak bersama pengantin lelaki di bawah panas terik mentari!


Jadi, apa yang boleh dikatakan untuk hari ,mereka akan tidur kejap, duduk menyandar kejap, makan, solat lepas tu bergerak balik ke Terengganu..semua nampak macam tak cukup oksigen je.Nafsu mengarahkan mereka untuk ke Chow Kit tapi minda cakap lepak je..


Apa pun berehat lagi bagus sebab petang nanti kena meredah highway sehingga 6-8 jam untuk sampai semula di Kampung Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu.