Petua Kurus

Alamak baru jumpalah petua ni, mesti kena cuba ni ):


Kisar sebiji tomato bersama sesudu madu asli dan 3 biji limau kasturi. Minum jus ini 2kali sehari iaitu waktu tengah hari dan malam.


Petua ini juga sesuai untuk menaikkan seri wajah.


** Apalagi, jom pakat cuba petua 2 in I ni.








Cucur pisang lebih enak

Tadi plan nak buat cucur pisang tapi malas nak keluar beli pisang.


Sambil-sambil tu belek majalah lama kot-kot ada petua untuk sedapkan cucur pisang, bersepah-sepah majalah dalam bilik PC ni lepas kena geledah. Nasib baik Nadhirah cuti hari ni, dapatlah minta bantuan untuk kemaskan semula.


Jumpa satu petua ni:


Kisar pisang bersama gula sebelun diadun bersama tepung. 


Selepas diadun bersama tepung, tutup adunan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 4 jam ( **ni nak kena bancuh time tengah hari kalau nak tunggu 4 jam baru dapat goreng)


Tak perlu simpan di dalam peti ais, okay?


Hmm nak cuba buat lah Sabtu ni...mesti sedap..bancuh teh o panas.

Tugas surirumah tiada penghujung

Fuhhhh bermula awal pagi berakhir pukul 4, baru lah dapat duduk meluruskan kaki kejap...betul-betulkan badan.


Sekarang baru dapat online jenguk blog, tak dapat nak tunaikan janji untuk blogwalking kerana kejap lagi nak keluar jemput Umar dari tadika, lepas tu perlu jemput suami pula di tempat kerja beliau.


Hmm agaknya begini la rutin surirumah..beruntung bagi mereka yang diberikan elaun bulanan oleh suami atas kerja-kerja yang suri mereka lakukan. Bukan kerja mudah tau!


Bagi mereka yang bekerja seperti saya, pulangnya ke rumah memang sudah menunggu sebeban kerja yang perlu disiapkan.Memang letih dan penat namun ini seperti sudah termaktub terbeban di atas bahu seorang isteri bergelar ibu. Sangat bertuah dan beruntung serta satu bonus bagi mereka yang mempunyai suami yang ringan tulang untuk membantu sepulangnya dari kerja. 


Sekarang saya sudah pun selesaikan tugas-tugas yang sepatutnya, sementara menunggu pukul 5, luangkan masa untuk blog. Sekarang dah bertambah lagi satu tanggungjawab iaitu menyelenggara blog.


Untuk para suami, hargailah jasa isteri anda yang bertungkus lumus menyediakan segalanya bagi meringankan beban tanggungjawab anda.

Buffered Earning dah bertukar menjadi Metered Earning!

Lebat betul hujan sejak 4 pagi tadi....ketika entry ini ditaip saya baru saja pulang daripada menghantar suami ke tempat kerja. Jalan pergi dan balik sesak teruk.


Sebelum memulakan tugas sebagai pembersih rumah, wajib check nuffnang dulu. Nampaknya earning ada peningkatan , menunggu masa untuk cash out.


5 BE sebelum ni dah tinggal 4 BE je.


I BE sebelum ni dah bertukar kedudukan ke bawah menyertai kumpulan ME . Nampaknya kempen untuk iklan Paper Mate dah pun tamat.


Semoga selepas ni, ada lagi BE dari pihak NUFFNANG. Terima kasih kerana anugerahkan 5 BE sepanjang Jun.


Untuk Julai, semoga masih banyak BE yang bakal diperolehi dari pihak NUFFNANG.




Hari baru Semangat......err baru juga!

Syukur masih bernafas lagi di dunia Allah yang terbentang luas ini.


Rombongan mak sampai selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 10 malam tadi.


Saya masih bercuti hari ni, kena kembalikan semula kekemasan rumah yang tak begitu nampak macam rumah je gayanya sehari dua ni he he.


Azam hari ni, selepas siap semua kerja rumah, nak blogwalking dan balas semua komen sahabat semua.


Dah banyak hari saya abaikan blog, jadi hari ni kena cover balik.


Semoga hari ni permulaan yang indah dan baik untuk satu perjalanan yang panjang.