Kami di Majlis Bersanding



Adik bongsu saya - masih solo lagi nih!

Ucu bersama Zaleha, teman baik adik saya , diperhatikan oleh Syimi, anak sepupu saya
Tuan blog bersama adik dan anak-anak

Kami di Majlis Akad Nikah

Oleh kerana belum dapat sepenuhnya gambar majlis akad nikah dan bersanding adik saya Sabtu lalu, saya tayang je lah gambar yang ada untuk syok-syok sendiri.
Bersama pengantin selepas acara akad nikah
Ahli keluarga saya - perempuan saja..Yang lelakinya tak join acara ini.

Nuffnang Star Rating

Saya tak tau apa maksud dan fungsi star rating tu secara mendalam namun tiap hari kalau saya ke web Nuffnang memang saya akan perhatikan bintang-bintang tersebut. 


Semalam bintang-bintang tu ada perubahan, kalau sebelum ni kekal tiga bintang je, kali ni cuba tengok gambar di bawah.


Nampaknya jumlah bintang untuk Skyscraper telah bertambah menjadi 4! Syukur kerana ini satu petanda positif, bertambah semangat untuk berblog.


Terima kasih untuk Nuffnang bagi peluang saya mengasah bakat menulis.




Nenek, Cucu dan Ultraman.

Gambar ni di ambil masa hari Jumaat lepas..time ni baru je balik dari Jalan TAR.


** kosong sekosong-kosongnya kabinet TV rumah saya ni...dulu elok je ada hiasan tapi sejak ada Umar, dia dah terlebih kreatif..tinggallah kabinet kosong je.

Umar merajuk kena marah dengan mama, nenek la yang pujuk-pujuk.

Dah kena pujuk terus main dengan Ultraman.


Suasana yang jarang-jarang dapat di lihat kerana mak saya jarang datang ke KL kecuali ada hal-hal penting je..anak menantu dan cucu pula jarang pulang jenguk mak di kampung..hu hu macam ni ke anak yang baik? sendiri tanya sendiri jawab la...