Lelah cirit birit

Hmm baru aja pulang dari klinik.


Nadhirah mengadu rasa lelah dan mengah je sejak pagi.


Saya pula sejak tengah hari tadi perut meragam, bila petang dah bertukar menjadi cirit birit pula.


Balik kerja terus ke klinik, kata doktor akibat makanan, senang cerita keracunan makananlah .


Paru-paru Nadhirah pula sempit sedikit, kena minum Ventolin, tak perlu nebulizer.


Sampai je rumah terus makan nasi lemak ramai-ramai, macam tak cirit gayanya. 


Lepas tu sambung lagi ulangalik ke tandas.


Nampaknya tak ada blogwalking malam ni, sebab rasa letih dek ulangalik ke tandas.


Jumpa lagi esok! Insyaallah.