Sesi bakar lemak di Bandar Baru Selayang

Tuan blog yang mewah lemak.

Umar berlatangbelakangkan peserta yang sedang melakukan aerobic





Umar lagi...

NI aerobic terakhir untuk bulan ni dan akan bersambung semula 6 minggu dari sekarang.
Tak tau lah selepas 6 bulan berakhir macam mana rupa semua orang, adakah kekal macam hari ni atau ada yang mengembang atau ada yang makin slim. Kita tengok je nanti .

SENARIO ops pocot!

2 minggu lepas saya mendapat 4 keping tiket wayang percuma daripada seorang blogger. Beliau yang menerima 4 keping tiket ni daripada NUFFNANG sempena birthday beliau. Memandangkan beliau jauh nunnnn di sana , tak dapatlah beliau menerima hadiah NUFFNANG ini.


Dan saya seorang yang bertuah kerana terpilih untuk menerima tiket ini bagi pihak blogger tersebut. Terimakasih untuk Ann!
Kami memilih untuk menonton di TGV Suria KLCC, jam 9.30 malam, 30/7/2011 yakni malam tadi. Filemnya adalah SENARIO OPS POCOT





Ceritanya seronok la untuk tontonan keluarga, saya biasa-biasa aja sebab memang bukanlah minat sangat dengan Senario ni, anak-anak yang asyik mengelekek je sepanjang tayangan ini. Kalau mereka gembira, saya lagi gembira sebab tujuan menonton tu pun untuk gembirakan hati anak-anak.


Semoga dapat tiket free daripada NUFFNANG bila harijadi sendiri nanti, kalau ada rezeki.


Aleesha Farhana atau Ashraf - Meninggal Dunia

Terkejut juga tadi ketika singgah di blog LULU , terbaca kisah Aleesha atau Ashraf telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu sekitar jam 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
.
Doktor mengesahkan Ashraf Hafiz mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


Al Fatihah dan semoga keluarga arwah bersabar dengan ujian ini. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Masak singgang je..

Pagi-pagi tadi dah ke pasar, hari ni nak masak singgang ikan tongkol , goreng kobis, goreng ikan kembung, sambal tempoyak dan ulam daun selom dan tak lupa BUDU.


Ceapt-cepat masak sebab nak makan sama-sama dengan sepupu anak beranak yang akan berangkat jam 1.30 petang nanti.


Saya suka bila makan ramai-ramai begitu sebabnya kebiasaannya di dalam rumah ni ada 4 orang je, yang bising cuma saya dan anak-anak, ketua rumah tak banyak kerenah, dapat gitar, gitar jelah yang berbunyi..


Hmm sambung nanti bila semua dah selesai ye!


Banyak hari tak buat blogwalking, rindu dengan blog sahabat maya semua.

SOGO Pre-sale.

Hari ni bermula Sogo Pre-Sale selama dua hari.


Biasanya kalau ada pre sale gini memang ramai la yang menyerbu Sogo.


Sepupu saya dari Terengganu tidak ketinggalan menjadi salah seorang pengunjung setia saban tahun.


Beliau sememangnya mengumpul duit khas sejak awal tahun untuk tujuan ini.


Sekali beli cukup untuk kegunaan setahun, memang beliau tidak akan beli sebarang pakaian pun sepanjang tempoh tersebut sehinggalah Pre Sale tahun berikutnya pula.


Untuk sepupu saya, bershopping jangan sampai lupa nak balik rumah ye!


Untuk mereka yang lain, membeli belah secara berhemah ye...


Untuk diri sendiri yang tidak berkemampuan berkesempatan ke Sogo, sila lah tunggu sepupu balik rumah petang ni, jamu mata apa yang telah beliau beli .

Mudah.com.my = kegilaan baru saya

Semenjak dua menjak ni, kerap pula saya bertandang ke MUDAH.com.my.


Inilah dua perkara yang saya asyik ulang tengok di MUDAH.



Susahnya nak kekalkan UV..


BICARA HATI


Sedang baca untuk kali ke 2...best cerita ni.








Lelaki punca WANITA STRESS?

Tadi ketika di dalam perjalanan ke tadika Umar, on Suria FM ..eh saya dah putus kasih dengan Hot FM,biasalah tukar-tukar selera, kalau rasa rindu dengan Hot FM, boleh rujuk balik je nanti... hari ni SuriaFM buka topik:


"LELAKI PUNCA WANITA STRESS?"


Setakat yang saya sempat dengar tadi, ramai pemanggil dan penghantar sms serta yang komen di FB setuju dengan tajuk di atas.


Salah satunya adalah wanita stress kerana lelaki suka lepas tangan dengan perbelanjaan rumahtangga dan malas nak membantu kerja-kerja rumah. Selain tu ada yang cakap suami kuat cemburu, suami kaki pukul, suami malas kerja..dan macam-macam lagi la...


Ada juga yang cakap stress kerana lain-lain perkara seperti duit gaji tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan yang sentiasa meningkat, stress kerana hari-hari jalan sesak dan bila sampai ofis kerja menimbun sedia menunggu, stress kena marah dengan bos, stess tak dapat capai sales target .


Hmmm agaknya sahabat-sahabat yang membaca entry ni pernah stress tak? Kalau pernah agaknya, apakah sebabnya tu? Silalah jangan malu untuk berkongsi dengan saya yang keeeraaaappp stress ni...

Nasi beriani..mengujakan!

Teruja dengan nasi beriani? hmm pantang dengar makanan ye, terus teruja !


Sebenarnya tengah hari ni Madam kat ofis tu nak belanja semua staff jabatan saya makan nasi beriani, tapau dari restoran.


Yang jadi teruja adalah madam tu bukannya selalu nak belanja khas untuk saya dan seorang lagi sahabat dan hari ni beliau belanja dengan niat sempena menyambut kedatangan Ramadhan. . Kami berdua je Muslim di dalam jabatan saya yang seramai 20 orang tu.


Madam selalu belanja makan kat luar tapi kami berdua jarang mengikuti kerana mereka selalunya mengambil masa untuk memilih tempat yang halal,jadi daripada menyusahkan mereka daripada terkial-kial baiklah kami duduk diam-diam kat ofis, tapau je sendiri dari foodcourt.


Semalam terdengar madam bercakap dengan salah seorang staff atasan jabatan saya, dia nak jadikan acara belanja sebelum Ramadhan ni satu rutin tahunan.Plan asal beliau nak belanja nasi lemak, tak tau kenapa tiba-tiba bertukar jadi nasi beriani pulak Hmmm boleh la , nasi lemak atau nasi beriani , sama je yang penting keikhlasan beliau nak belanja kami. Dan itu daripada tempat halal!


Madam memang macam tu, dia tak pernah nak sampaikan terus niat hati dia kepada kami, mesti melalui bos-bos bawahan beliau. Mungkin itu cara beliau ,tapi ianya seolah membina jurang antara beliau dan staff paling bawah. Kalau antara beliau dan staf-staff atasan memang nampak seiring je.Biasalah kann...


Termakasih ye bos belanja saya hari ni! 

Berapa berat saya??

Malam tadi tergerak hati nak timbang berat badan, maklumlah sikit hari lagi nak masuk bulan puasa dah , kan? Balik Tampin memang lah seperti masuk ke lubuk makanan yang sedap-sedap. mak mertuo den memang pakar masakan tau!


Hmmmm perlu ke di paparkan beratku itu?


Ohhh tidaakkkkk.....


Nasib baiklah penimbang itu memang diciptakan mampu menahan berat badan orang, kalau tak, sekali pijak terus ranap.

Berat sebahagian badan dah cecah hampir 40kg kot
Cuba teka berapa berat saya he he..

Penasaran bila..........

Sungguh-sungguh penasaran rasanya bila:


1. Internet slow ..semut jalan lagiii laju


2. Kalau dah slow gitu, memang tak dapat nak blogwalking.


3. Tak dapat blogwalking maknanya makin merudum lah UV blog ni..dah le 2 hari balik kampung, UV takat 20 orang je .


4. Dah cuba banyak kali masih lagi lip lap macam mentol tak ada bateri je signal ni, senang cerita SHUTDOWN terus!

Balik Kampung lagi!

Malam ni kami anak beranak akan bertolak ke Tampin, rumah MIL.


Kata abah, durian dah gugur, bila lagi nak balik ni?


Hmmm macam tu lah anak menantu zaman sekarang, dah kena hello baru rasa nak balik jenguh mak abah ye!


He he kami memang plan nak balik minggu ni sebenarnya dan kebetulan pulak abah call tanya macam tu, rasa macam teruk pulak kami ni.


Belakang rumah MIL tu ada 2,3 batang pokok durian, boleh la merasa kalau time berbuah macam ni.


Anak-anak tengah lelah ni, ok ke makan durian?

Membalas Budi

Dalam hidup bermasyarakat ni, kita harus belajar untuk menabur budi,menerima budi dan menghargai budi yang diberikan oleh orang lain.

Membalas budi tidak semestinya menabur kebaikan yang sama. Tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta berta benda. Tetapi boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik. Sekiranya kita tidak mampu membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita, memadai dengan kita membalasnya dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya, maka berdoalah selalu baginya sehingg akamu mengetahui bahawa kamu telah berterimakasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik lagi mengasihi oran gyang bersyukur "( Riawayat Tabrani)

Agak-agaknya apa kah budi paling besar yang pernah sahabat semua terima dan sampai sekarang masih belum mampu membalas budi tersebut?

Jenama: Antara TUlen dan TIruan

Entry ni ditulis tatkala melihat madam kat ofis ni melenggang dengan handbag LV beliau..hmm pastinya tulen..

Hati dah lama berkenan tengok handbag dia, kalau nak beli yang tulen, memang lah sampai bila-bila pun tak kan mampu…hati ni pun satu jugak, asal madam kelek je handbag baru mula la rasa berkenan…tiap pagi tunggu je dia masuk ofis, nak tengok handbag, pastinya bergilir-gilir jenama setiap hari.

Kalau nak beli yang tiruan di tempat yang banyak sediakan barangan tiruan tu memanglah boleh tapi buat masa ni belum terasa nak berbuat demikian..

Nanti tak pasal-pasal terpakai jenis yang sama dengan madam pada waktu yang sama di tempat yang sama…hmmmmmm.

Saya memang membeli barangan yang biasa-biasa je dan bukan berjenama terkenal seperti madam saya tu. Kalau ada pre sale di Sogo, ada yang sesuai dengan budget, belilah satu dan pakailah sampai lunyai.

Ada orang suka memborong barangan tiruan di tempat yang biasa menjual barangan sebegitu, saya hormati prinsip mereka Cuma buat masa ni saya tak ke sana mungkin belum ada keperluan. Ada yang berkata sekiranya pandai memilih, boleh dapat beg yang hampir sama kualiti dengan yang tulen..mungkin betul jugak Cuma saya memang tak pandai memilih.

 Ada yang mampu sanggup berhabisan untuk dapatkan yang tulen, buat masa saya masih lagi dibawah kategori yang jauh daripada kemampuan untuk memiliki barangan berjenama sebegitu.

Bukan takat handbag, kasut dan pakaian pun semua asal selesa di pakai je…jangan yang jenis panas berkuap dah le..memang tak tahan la kalau macam tu.

Eh sekarang ni bukan aja barangan seperti kasut, pakaian dan handbag je yang ada tiruan malahan kicap, telur, daging pun dah ada yang tiruan…Aiyya susah kan , kita pun dah keliru mana satu tulen,mana satu tiruan…orang tiruan pun ada jugak ke? He he.

Sahabat semua pula macam mana? Adakah jenis sanggup berhabis untuk dapat yang berbaloi-baloi atau asal selesa dan sedap di mata dan di hati je?

Butik Yasmeen terima BE!.

Seronok pagi ni bila tengok Nuffnang,  ada BE baru untuk blogshop saya, BUTIK YASMEEN








Terima kasih untuk Nuffnang dan PENGIKLAN




psssst ada jualan murah di BUTIK YASMEEN tau!

Sekitar Majlis Menyambut Menantu








Ayam masak merah dalam kuali besar tu..

Adik lelaki - masih solo

Adik lelaki ke tiga - masih solo

Serius benar bawa besen...adik lelaki kedua saya, masih solo

2 adik lelaki saya...yang tunjuk isyarat peace yo tu pengantin lelakinya.



Antara orang-orang kampung yang datang...

Mak saya....sepanjang hari tersenyum gembira menerima menantu, tapi gambar ni  kurang senyuman nampaknya

Orang baru dalam keluarga saya...

Menantu kedua a.k.a menantu baru mak saya....

Nadhirah, anak dara saya....dia agak semput time ni..

Ni Umar, anak bujang saya..

Menantu pertama mak saya ni.....

Berapa agaknya jumlah duit dalam mangkuk ni?


..

Oppsss terlewat lagi!!

Plan dah cukup cantik malam tadi, tidur awal dan bangun semula untuk apa saja yang boleh bagi saya tenang dan rileks.


Celik mata, tengok jam , 3.30 pagi...cantekkk...waktu yang sangat mendamaikan dan penuh dengan idea.


Bangun menuju bilik air, terdengar macam bunyi bising je kat belakang rumah..suspens pulak rasanya..yelah sebelum ni ada kes pecah rumah terjadi kat rumah belakang tu..


Slow2 selak langsir, ehhh rumah belakang terang, rumah sebelah terang...biasanya kalau dua buah rumah ni terang benderang bermaknanya jam sudah melebihi pukul 5...berlari semula tengok jam...makkk aiiii 5.49 pagi rupanya.


Kejap lepas tu azan Subuh berkumandang...Lepas solat Subuh laju-laju tengok blog.


Maka terhasil la catatan ini.


Kita hanya mampu merancang, Allah Jua yang Menentukan.


Tak dapat blogwalking.....

Suka suka nak tulis..

Hmm dah malam baru dapat buat catatan…lantaran kesibukan dengan kerja-kerja dunia yang tidak pernah ada penghujung ..

Saya rasa ada juga orang lain yang mood mereka agak lari bila hari Isnin…ntah apa salahnya hari Isnin tu tak tau la. Yang saya tau, Isnin selalunya saya kelam kabut dan terkejar-kejar serta berat nak melangkah ke pejabat.

Kebelakangan ini saya memang ‘TIDAK RAJIN’ untuk mencari apa-apa bahan untuk catatan..banyak sebab la kalau nak dijadikan sebab untuk KETIDAKRAJINAN saya itu.

Jadinya, setiap catatan yang terhasil adalah hasil dari ketidakrajinan saya sendiri, tulis tangkap muat..janji tak menyalahi undang-undang. Daripada saya berhempas pulas memerah idea untuk catatan menarik dan kesudahannya tiada catatan terhasil , lebih elok saya menulis je apa yang terlintas di kotak fikiran.

Tadi sebenarnya saya bangun lewat, 6.15 baru terjaga…tengoklah saya ni, mau tak kelam kabut dan terkejar-kejar. Saya dah terjaga sebelum tu pukul 5 seperti biasa, ntah angin malas tahap ke berapa yang datang , saya sambung tidur semula.

Tak sangka sampai awal di pejabat,  sekalipun bangun lewat dan keluar sedikit lewat dari rumah, jalan tak jem dan driver cekap cilok sana sini.  Sunyi kat ofis sebab rakan baik bercuti..tak ada dia, macam orang separa bisu la saya

Hari ni saya siapkan kerja-kerja mengemaskini document MADAM, amanat sebelum beliau ke Kanada hari tu masih belum diselesaikan sepenuhnya. Beliau ada mengucapkan terima kasih hari tu sebab clearkan bilik dia ( terimakasih je ke??? Tak ada ole-ole dari Kanada punnn)..memang patut saya tak siapkan on time kerja tu he he jahatkan saya ni?

Nasib bos saya tak minat dengan blog saya ni..jadi kalau saya tulis BUKAN UNTUK MEMUJI pun bukan dia kisah pun..Memang dia jarang belikan apa-apa cenderamata waima satu keychain pun untuk kami walhalnya setiap 2 bulan sekali beliau akan outstation keluar negara…hmm tak apalah, janji gaji kita berjalan seperti biasa…lain2 tu atas ihsan bos je nak bagi atau tidak. Apa pun MADAM ada kebaikan yang tersendiri yang tak mampu untuk saya nafikan..dia tak kisah sangat kalau saya masuk lambat, ambik emergency dan MC.. ada sesetengah bos tu cepat je tunjuk power kalau staff ambik cuti kecemasan atau pun MC.

Hari ni MADAM tak sihat, dapat MC sehari tapi katanya akan datang balik ke pejabat pukul 4....memang betul pukul 3.56 melenggang masuk pejabat semula dan keluar semula untuk meeting...hmmm macam tu la kalau jadi bos besar...

 Hmm anak-anak semua ok malam ni, elok je peelnya..sekarang ni Astro cuma tinggal pakej Family je kat rumah ni..jadi masa Umar menonton dah berkurangan, rajin la dia membelek buku sekolah dia…syukur dia dah pandai membaca walaupun agak merangkak…Nadhirah sibuk dengan homework. Abah mereka menemankan mereka sekarang ni.


Mama sedang bermesra dengan blog saat ini....


** hari agak sakit-sakit badan sikit, aerobic semalam agak agresif.

Betapa bahagianya saya.....

Biarlah gambar yang menerangkan betapa bahagianya hidup saya....mengembang seperti bunga yang mekar di taman hu hu..





Sekitar majlis akad nikah adik saya dan majlis menyambut menantu di rumah mak di Trg, time ni saya jadi bibik je sepanjang hari...


Penat nak menjawab soalan"kenapa nampak makin gemuk lening?"


Hmmmmm

Tidak WAJIB BACA

Eh kejap je kan dah pun petang Ahad..esok kerja isk isk....pejam celik pejam celik habis seminggu..lagi 2 minggu Ramadhan akan muncul...tak sabar nak tunggu Ramadhan.


Hari ni bermula seawal 5.30 pagi..siapkan bihun goreng untuk suami, maklumlah saya dan anak-anak nak keluar, biasalah pagi minggu kami join aerobic rakyat di perkarangan MPS.


Seronok aerobic hari ni, mungkin mood ok kot. Lepas aerobic terus tambahkan kalori dalam badan. Kali ni kami memilih restoran yang menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan iaitu Restoran Wau Bulan di Bandar Baru Selayang, terletak berdepan dengan KFC.


Banyak pilihan makanan selera timur di situ..kami sepakat memilik Laksam. Tak rugi la mencuba sebab rasanya pun boleh tahan.


Balik dari situ kami lepak kejap di rumah makcik, sesi bercerita sememangnya tak pernah habis..kami berdua memang pantang berjumpa, tapi kalau tak jumpa pun sama jugak, handphone jadi penghubung..cerita benda yang sama je, tentang kehidupan kami.


Tengah hari masak lemak ketam, goreng sayur sawi dan goreng ikan selayang..siapppp.


Kejap lagi nak round2, habiskan minyak kereta he he..budak-budak tu kalau tak kemana mulalah buat perangai, ketika entri ni ditaip mereka berdua sedang mandi manda kat belakang rumah, saya bagi masa 15 minit untuk mereka mandi, nampaknya dah lebih 15 minit ni.



Itulah cerita yang memang sungguh membosankan untuk dibaca. Sebab tu dah tulis tajuk "tidak WAJIB DIBACA'....kalau dah terbaca tu, nasib la ye..




Semua bertukarrrrr......BE menjadi ME

Ni bukannya guna superpower atau apa, tapi memang dah sampai masa untuk menjadi matang.....ada manusia menjadi matang, simpanan menjadi matang, pelaburan matang...ni mana-mana BE yang dah matang akan bertukar menjadi ME.


Terima kasih untuk NUFFNANG walaupun semuanya dah pun matang..


** tak nak bagi yang baru ke?

Cerita ceriti Hari Sabtu

Dah pun petang ye..kejap je kalau Sabtu dan Ahad...kalau weekdays rasanya nak tunggu 5.15 punya la lama.


Hari ni masak tomyam campur, kailan ikan masin, selar kuning goreng, sambal belacan dan ulam. Nasi mesti la ada sekali...


Lepas masak , bawa Umar gunting rambut kat kedai gunting yang biasa kami pergi, tak jauh pun dari rumah.


Umar memuji diri, "hensem betul Umar ni lepas gunting rambut pacak macam ni"...hmm dia selalu perasan dia hensem he he.


Dari kedai gunting, memandu pula ke Klinik Ansar, Bandar Baru Selayang, lega ada parking dekat klinik. Lega kerana tiada pesakit lain yang menunggu giliran.


Masuk je bilik doktor , terus doktor bertanya "penat ye?'..soalan rutin doktor tiap kali Nadhirah datang jumpa dia.


Saya bagitau, "bukan lelah tapi patutnya hari ni kena buat X-ray,kalau perlu, doktor yang cadangkan Isnin lepas"..


"ooo ye la, ishh terlupa  pulak"


Doktor check paru-paru, dah clear , katanya.


"tak perlu x-ray..habiskan ubat je"



Hari ni tak perlu bayar apa-apa sebab doktor cuma check paru-paru je..


Nadhirah terus riang bila tau tak perlu X-ray dan tak perlu bayar apa-apa , ada niat tersembunyi sebenarnya tu..


"Mama, dah janji kan kalau ada duit baki nak beli selipar murah untuk Dhirah?" sempat dia berbisik sebaik kami keluar je dari bilik doktor. 


Malas nak bagi respons tapi dah memang kena beli pun selipar tu, dah berminggu sandal dia putus tali..dah betulkan tapi putus semula.


Kami menghala ke Pasaraya LG,membeli Roti Gardenia dan Tuna.Plan nak makan sandwich kat rumah makcik.


Keluar dari LG, ke kedai kasut dan peralatan sekolah, beli selipar untuk Nadhirah dan 2 helai anak tudung.


Balik terus ke rumah makcik, Umar mandi dan kami semua makan roti sandwich tuna dan teh o panas.


Balik rumah, mengadap blog, Umar tidur sampai la sekarang.


Plan nak buat kuih tepung kapur jap lagi untuk minum petang.


Sekian, catatan merepek di petang Sabtu.


** sunyi la rasanya bila anak-anak tidur...

Kenapa barang makin mahal?

Baru balik dari pasar ni...bawak rm100 hari ni kerana dah 3 minggu kot tak ke pasar.

Sebu perut tengok harga barangan di pasar hari ni! Macam kurang 10 perkara beli dan duit habis !

Ikan Selayang @Sardin yang biasa-biasa tu harga RM12 sekilo...mak aii......minggu lepas masa beli di Terengganu tak ada la cecah sampai RM12 sekilo.

Dah le Astro ketuk kepala dengan kenaikan harga langganan...rasanya dah tak ada apa yang murah lagi dah sekarang ni, sebelum ni harga roti bakar di foodcourt ofis saya tu hanya RM1, tapi dah naik jadi RM1.20....nampaknya bakar jelah roti kat rumah sebelum ke pejabat.

Kejap lagi nak ke Klinik Ansar, untuk follow up batuk Nadhirah, kalau perlu , kena jalani Xray dada...hmmm kena spare duit lagi ni...bukan mengeluh tapi ini semua perkara yang sentiasa perlu dilalui oleh setiap orang. Keluar dari rumah sikit sediakan duit, duduk dalam rumah pun duit sentiasa berjalan...duit bil letrik, bil air, bil internet...pendek kata dimana saja berada semuanya di kenakan bayaran.

Nuffnang - Masih offline ke?

Ketika entry ini ditaip jam menunjukkan pukul 10.14 malam, saya mencuba sekali lagi untuk menjenguk NUFFNANG, keadaannya masih sama seperti awal pagi tadi, rujuk ENTRY NI Orang lain semua tak ada masalah seperti saya ke?


Bihun Sup untuk sebulan setengah

Kononnya ni satu janji la , janji dengan Nadhirah sebenarnya.

Tiap hari sebelum ni dia asyik makan bihun sup je.

Dicadangkan kepada saya agar mencuba bihun sup ni sehingga abis bulan Ramadhan, pasti kurus katanya. Jangan makan nasi lagi dah!

Ok, mama terima cadangan ni tapi Sabtu dan Ahad kena bertukar kepada menu yang normal.

Kesian anak dara saya tu, nak tengok sangat mama dia kurus macam mama kawan-kawan dia.

Tidur lagi...

Jam 6 petang, semua staff dapat menggunakan kemudahan internet di pejabat.


Saya baru terjaga dari tidur, tengok tu habis kerja 5.15, saya sempat melenakan diri walhalnya plan asal nak habiskan bacaan novel. Sekarang menunggu signal untuk pulang.


Eh kenapa saya jadi macam ni ha? Asyik nak tidur je...kejap lagi mesti lena dalam perjalanan.


Malam nanti pun mesti sama punya, tidur terus sebaik anak-anak lena.


Rasa sungguh berat hati untuk korbankan masa tidur untuk lain-lain perkara pada saat ini.


Hmm hari ni untuk ceritaka hal tidur je nampaknya..

Mood ke laut datang lagi....

Saya paling tak suka kalau mood macam ni datang menganggu.


Mood yang membuatkan saya malas nak on pc dan malas nak tengok blog sendiri, apatah lagi blog orang lain.


Nak mencari idea untuk blog menjadi perkara yang sukar sesukarnya. Rasa betul-betul menganggu perasaan bila berkeadaan begini.


Bulan July ni memang bulan yang agak mencabar di dalam kehidupan saya..kenapa dan mengapa tu biarlah saya sendiri yang tau.


Lemah sangat rupanya saya ni, kan? Sikit punya hal terus terganggu hubungan dengan blog.


Kena tunggu betul-betul selesai semua perkara, baru boleh tumpukan perhatian pada blog semula.


Agaknya lepas raya puasa nanti kot baru keadaan ok semula. Lama tu....


Nampaknya untuk sementara waktu ni, blog ini akan diupdate secara suka suka hati sendiri.

Terima kasih pada yang masih sudi datang menjenguk dan meninggalkan jejak. Saya akan menjejaki anda semua semula nanti ye!

BERAHI - loghat Terengganu

Tika entry ni ditaip, saya baru saja selesai membaca Diari Suami ( salah satu kolumn di dalam Majalah MIDI). Ni bacaan kali ke 2 sebenarnya.


Kisah En.Jalil ketika mula-mula kawin dengan isterinya yang berasal dari negeri Terengganu. En.Jalil pula berasal dari Johor. Dari situ lah bermula perbezaan loghat.


Tersenyum sendirian saya membaca tulisan beliau bilamana beliau merasa agak cemburu bila si isteri memberitahu yang beliau BERAHI dengan seorang pakcik kat pasar.


Selepas itu baru lah En.Jalil tu faham maksud berahi yang sebenarnya dalam loghat Terengganu.


Teringatkan peristiwa saya dimarahi oleh kakak ipar saya ketika beraya di Pontian, Johor beberapa tahun yang lepas.


Kak Long : " nak rasa kuih ni tak?" tanya beliau sambil menyuakan sebalang kuih raya kepada saya.


Saya :" tak nak, tak berahi"


Kak Long : " ishhhhh apa lah dengan kuih pun  cakap lucah macam tu" ( serius muka dia time ni)


Saya: (tergelak tengok muka dia) "Eh tersilap perkataan la..tak suka sebenarnya..berahi tu maknanya suka dalam bahasa Terengganu"


Kak Long : " betul ke? jauh benarlah maksudnya..lain kali jangan guna la perkataan tu, rasa semacam je"


Sahabat maya semua ada pengalaman macam En. Jalil dan saya tadi tak? Mana tau, kawin dengan orang yang loghatnya jauh berbeza dengan loghat kita seharian...cuba lah kongsi-kongsi kan...

Kembali di Selayang Mulia

4 hari di kampung tercinta, akhirnya kembali meneruskan rutin seperti biasa.


Sampai di rumah pukul 6 lebih petang semalam, bertolak jam 10 pagi, singgah di rumah saudara untuk misi kenyangkan perut dan lepak hilangkan penat lebih kurang 1 jam setengah.


Seperti biasa dan seperti orang lain juga, kalau dah balik dari bercuti memang akan banyak kain baju yang perlu dicuci , tambahan pulak saya ni pemalas orangnya, saya balik ke Terengganu minggu lepas dengan membiarkan pakaian kotor di dalam bakul.


Alasan saya untuk itu adalah saya terlalu penat untuk sepanjang petang Khamis lepas, menyiapkan kerja madam, malamnya pula berkejar ke Klinik Ansar untuk temankan Nadhirah mengambil nebulizer. Balik dari klinik, saya menyertai anak-anak dan suami melelapkan mata sebelum bergerak pulang ke kampung jam 2 pagi.


Malam tadi selepas 2 trip mesin kain, saya dan anak-anak ke Klinik Ansar lagi ( haiii kaya raya la doktor kalau ramai pesakit yang tiap hari jumpa doktor macam saya ni he he) . Sabtu ni doktor nak jumpa Nadhirah lagi..


Letih tak terkata walaupun yang memandu sepanjang pergi dan balik kampung adalah suami saya , kita yang duduk pun letih dan sakit-sakit badan jugak tau!


Hari ni dah start kerja semula...hmmmm seperti biasa, kalau tak cukup paksaan daripada diri sendiri memang tak sampai ofis rasanya..


Kalau lah dapat sambung cuti sehari lagi hari ni untuk tidur..alangkah besttnnyaaaa.


Hmm rindu pada blog sebenarnya, hutang blogwalking terlalu banyak , kena bayar ansur-ansur nampaknya...


** nota:banyak gambar sepanjang kenduri tapi semua dalam kamera adik, bercinta menunggu dia emailkan pada saya untuk siaran di blog...adooiii nanti dah basi baru dapat gambar, tak syok dah nak tayang-tayang lagi dah..

Skandal Saya - Kisah benar

Wahh tajuk , memang sentap kan perasaan!


Alang-alang bercerita pasal skandal hari ni sejak pagi, malamnya kita pun ceritalah pasal skandal kita pula..sebagai penutup cerita.


Ala bukan apa pun, saya ni kan kaki novel..kalau novel tu best kerana hero best memanglah sehari dua tu watak hero tu melekat dalam hati. Kalau berpuluh novel yang saya baca, berpuluh watak hero melekat dalam hati, tapi kejap je la lepas tu hilang lah pergi semuanya


Itu kira skandal jugakla kan? He he.

Skandal di Pejabat

Hari ni kita bercerita pasal skandal je...tadi skandal alam maya sekarang skandal di pejabat je.


Kalau skandal di pejabat memang terlalu sangat la kita dengar dan lihat ( bagi yang bekerja). Cerita macam ni seolah tak ada apa pun dah...


Kat ofis saya tu, berlambak-lambak kes macam ni...suami orang skandal dengan isteri orang, dara dengan suami orang, janda dengan suami orang.


Saya suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, memang saya cukup risau kalau suami saya ada skandal dengan rakan sepejabat ...ehh memang lah kena risau kan? Ada tau kisah macam ni kat ofis tu, suami isteri kerja sekali, suami diam-diam ada skandal dengan orang kat situ jugak, si isteri tak mengetahui tapi orang-orang lain mengetahui...Nah! situasi macam ni lah saya risaukan,saya tak tau apa-apa tapi orang sekeliling  semua tau. Malu tauuu! Orang pandang-pandang kita tanpa sebab yang kita ketahui..


Itulah saya pesan kat suami saya, apa-apa bagi tau saya , jangan orang lain yang jadi tukang sampaikan.
( bukanlah bermakna saya bagi lesen untuk dia ber'skandal' tapi andaikata ter'skandal') Setakat ni, kata-kata saya tu dibalas dengan senyuman, esok-esok kata-kata saya tu dijadikan kenyataan, baru padan muka saya!


Ada sorang kawan kat ofis tu, memang tak boleh dengar cerita-cerita macam ni, cepat je darah dia naik ke kepala, harap dia tak baca blog saya ni, mau dia tak nak kawan dengan saya nanti sebab saya mesra je dengan topik-topik begini he he.


Apa hal orang suka sangat dengan suami orang agaknya? Ada tak sapa-sapa boleh bagi alasan paling baik unuk pengetahuan semua orang kat blog ni? 

Skandal Alam Maya

Ketika membelek Majalah MIDI keluaran Mei, mata saya tertancap pada tajuk di atas diruangan Meniti Hari kelolaan Dr HM Tuah.


Beliau menceritakan pengalaman beliau yang mana ramai sungguh yang menghantar mesej di inbox beliau , iaitu daripada kalangan wanita. Mereka ini antara yang ingin mencari perhatian dan kasih sayang melalui dunia siber.


Hmm itu lah yang sering kita dengar sekarang ni, gejala cinta siber terutamanya melalui Facebook.Memang seronok berhubung di alam maya tetaip silap gaya, boleh terjatuh cinta, akibatnya sendiri tanggung la! Kalau bujang sama bujang tu tak apalah, ini merujuk kepada mereka yang dah berkahwin.


Saya tak ada skandal alam maya walaupun banyak masa lebur untuk blog he he..


Ada ke sapa-sapa nak buka pekung sendiri atau pengalaman kawan-kawan yang mempunyai skandal alam maya ni? Sekurangnya boleh kita bantu diri kita daripada terjebak di dalam kancah skandal alam maya ( wah ayat macam apa je!)

Minum Petang

Balik Terengganu tak cari keropok lekor, memang tak sah!


Petang-petang begini di kampung saya adalah menikmati kesedapan keropok lekor!




****** ini adalah gambar ulangtayang, bukan gambar hari ni!



Sarapan time!

Masih dikampung halaman lagi ni..


Time sarapan memang meriah kat sini, ** tiada gambar, sila bayangkan sendiri, nak tengok jugak sila hadiahkan kamera digital untuk saya, yang ada dah rosak, hp kyu jenis cap ayam, tak ada kamera!


Menunggu seorang akak a.k.a penjual kuih bermotor lalu depan rumah memang menyiksakan he he. Maunya tidak, pukul 8 baru nak lalu, kadang-kadang banyak kuih dah habis bila sampai depan rumah mak.


Akak ni dah berusia 50-an sebenarnya, dia menjaja pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, bergantung-gantung kuih muih pada bakul motor. Bukan dia yang buat semua makanan ni, dia cuma tolong jualkan je..


Antara yang dijual : Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak,laksam.
Donut, kuih bom, pau, kayu keramat, cekodok pisang, jagung rebus berkelapa dan macam-macam lagi la...ni semua yang mak beli tiap kali balik sebab masing-masing ada selera sendiri.  Senang kan? Sediakan duit je.. memang kami jarang gila nak masak sendiri untuk sarapan, kena lah penuhi keinginan tekak sendiri yang teringin macam-macam bila balik kampung.


Mesti ada teh o panas!


Oklah, jom menjamu selera !

Sibuk menyambut menantu!

Kenduri Menyambut Menantu sedang berlangsung.......




Sekarang orang-orang kampung saya ( kaum wanita saja) naik ke rumah, menuju ruang tamu...


...untuk berjumpa dengan menantu mak...bersalam, bagi lah sumbangan seikhlas hati.

*** tunggu gambar bila balik KL nanti, maklumlah menumpang kamera orang!

Semua kepenatan!

Terbaring semua nampaknya lepas kenduri..penat weii walaupun hanya majlis kecil.


Tak ada idea lagi nak tulis, nak tidur.


Pengantin baru pun dah masuk bilik.


Kami pun nak masuk bilik juga la..

Pening berpusing di kampung pula

Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai di kampung halaman tercinta.


Banyak betul tugasan menunggu setibanya saya di kampung.


Beginilah kalau tidak cukup tenaga tapi masih lagi teringin nak kenduri.


Serba serbi kelam kabut jadinya.


Apa pun saya berharap segalanya berjalan lancar, Insyaallah.


Sekalipun ini sekadar majlis menyambut menantu, segalanya perlu dipastikan tiada sebarang masalah yang timbul ...tau jelah mulut orang kampung, kalau boleh segalanya mesti sempurna, kalau ada kekurangan mulalah keluar kat ASTRO , CNN segala bagai.

Ada tak sahabat kita yang mempunyai cerita-cerita lucu,suka duka ketika majlis kenduri? Sudikanlah kongsi cerita bersama saya di ruangan komen ye!