Skandal Saya - Kisah benar

Wahh tajuk , memang sentap kan perasaan!


Alang-alang bercerita pasal skandal hari ni sejak pagi, malamnya kita pun ceritalah pasal skandal kita pula..sebagai penutup cerita.


Ala bukan apa pun, saya ni kan kaki novel..kalau novel tu best kerana hero best memanglah sehari dua tu watak hero tu melekat dalam hati. Kalau berpuluh novel yang saya baca, berpuluh watak hero melekat dalam hati, tapi kejap je la lepas tu hilang lah pergi semuanya


Itu kira skandal jugakla kan? He he.

Skandal di Pejabat

Hari ni kita bercerita pasal skandal je...tadi skandal alam maya sekarang skandal di pejabat je.


Kalau skandal di pejabat memang terlalu sangat la kita dengar dan lihat ( bagi yang bekerja). Cerita macam ni seolah tak ada apa pun dah...


Kat ofis saya tu, berlambak-lambak kes macam ni...suami orang skandal dengan isteri orang, dara dengan suami orang, janda dengan suami orang.


Saya suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, memang saya cukup risau kalau suami saya ada skandal dengan rakan sepejabat ...ehh memang lah kena risau kan? Ada tau kisah macam ni kat ofis tu, suami isteri kerja sekali, suami diam-diam ada skandal dengan orang kat situ jugak, si isteri tak mengetahui tapi orang-orang lain mengetahui...Nah! situasi macam ni lah saya risaukan,saya tak tau apa-apa tapi orang sekeliling  semua tau. Malu tauuu! Orang pandang-pandang kita tanpa sebab yang kita ketahui..


Itulah saya pesan kat suami saya, apa-apa bagi tau saya , jangan orang lain yang jadi tukang sampaikan.
( bukanlah bermakna saya bagi lesen untuk dia ber'skandal' tapi andaikata ter'skandal') Setakat ni, kata-kata saya tu dibalas dengan senyuman, esok-esok kata-kata saya tu dijadikan kenyataan, baru padan muka saya!


Ada sorang kawan kat ofis tu, memang tak boleh dengar cerita-cerita macam ni, cepat je darah dia naik ke kepala, harap dia tak baca blog saya ni, mau dia tak nak kawan dengan saya nanti sebab saya mesra je dengan topik-topik begini he he.


Apa hal orang suka sangat dengan suami orang agaknya? Ada tak sapa-sapa boleh bagi alasan paling baik unuk pengetahuan semua orang kat blog ni? 

Skandal Alam Maya

Ketika membelek Majalah MIDI keluaran Mei, mata saya tertancap pada tajuk di atas diruangan Meniti Hari kelolaan Dr HM Tuah.


Beliau menceritakan pengalaman beliau yang mana ramai sungguh yang menghantar mesej di inbox beliau , iaitu daripada kalangan wanita. Mereka ini antara yang ingin mencari perhatian dan kasih sayang melalui dunia siber.


Hmm itu lah yang sering kita dengar sekarang ni, gejala cinta siber terutamanya melalui Facebook.Memang seronok berhubung di alam maya tetaip silap gaya, boleh terjatuh cinta, akibatnya sendiri tanggung la! Kalau bujang sama bujang tu tak apalah, ini merujuk kepada mereka yang dah berkahwin.


Saya tak ada skandal alam maya walaupun banyak masa lebur untuk blog he he..


Ada ke sapa-sapa nak buka pekung sendiri atau pengalaman kawan-kawan yang mempunyai skandal alam maya ni? Sekurangnya boleh kita bantu diri kita daripada terjebak di dalam kancah skandal alam maya ( wah ayat macam apa je!)