Suka suka nak tulis..

Hmm dah malam baru dapat buat catatan…lantaran kesibukan dengan kerja-kerja dunia yang tidak pernah ada penghujung ..

Saya rasa ada juga orang lain yang mood mereka agak lari bila hari Isnin…ntah apa salahnya hari Isnin tu tak tau la. Yang saya tau, Isnin selalunya saya kelam kabut dan terkejar-kejar serta berat nak melangkah ke pejabat.

Kebelakangan ini saya memang ‘TIDAK RAJIN’ untuk mencari apa-apa bahan untuk catatan..banyak sebab la kalau nak dijadikan sebab untuk KETIDAKRAJINAN saya itu.

Jadinya, setiap catatan yang terhasil adalah hasil dari ketidakrajinan saya sendiri, tulis tangkap muat..janji tak menyalahi undang-undang. Daripada saya berhempas pulas memerah idea untuk catatan menarik dan kesudahannya tiada catatan terhasil , lebih elok saya menulis je apa yang terlintas di kotak fikiran.

Tadi sebenarnya saya bangun lewat, 6.15 baru terjaga…tengoklah saya ni, mau tak kelam kabut dan terkejar-kejar. Saya dah terjaga sebelum tu pukul 5 seperti biasa, ntah angin malas tahap ke berapa yang datang , saya sambung tidur semula.

Tak sangka sampai awal di pejabat,  sekalipun bangun lewat dan keluar sedikit lewat dari rumah, jalan tak jem dan driver cekap cilok sana sini.  Sunyi kat ofis sebab rakan baik bercuti..tak ada dia, macam orang separa bisu la saya

Hari ni saya siapkan kerja-kerja mengemaskini document MADAM, amanat sebelum beliau ke Kanada hari tu masih belum diselesaikan sepenuhnya. Beliau ada mengucapkan terima kasih hari tu sebab clearkan bilik dia ( terimakasih je ke??? Tak ada ole-ole dari Kanada punnn)..memang patut saya tak siapkan on time kerja tu he he jahatkan saya ni?

Nasib bos saya tak minat dengan blog saya ni..jadi kalau saya tulis BUKAN UNTUK MEMUJI pun bukan dia kisah pun..Memang dia jarang belikan apa-apa cenderamata waima satu keychain pun untuk kami walhalnya setiap 2 bulan sekali beliau akan outstation keluar negara…hmm tak apalah, janji gaji kita berjalan seperti biasa…lain2 tu atas ihsan bos je nak bagi atau tidak. Apa pun MADAM ada kebaikan yang tersendiri yang tak mampu untuk saya nafikan..dia tak kisah sangat kalau saya masuk lambat, ambik emergency dan MC.. ada sesetengah bos tu cepat je tunjuk power kalau staff ambik cuti kecemasan atau pun MC.

Hari ni MADAM tak sihat, dapat MC sehari tapi katanya akan datang balik ke pejabat pukul 4....memang betul pukul 3.56 melenggang masuk pejabat semula dan keluar semula untuk meeting...hmmm macam tu la kalau jadi bos besar...

 Hmm anak-anak semua ok malam ni, elok je peelnya..sekarang ni Astro cuma tinggal pakej Family je kat rumah ni..jadi masa Umar menonton dah berkurangan, rajin la dia membelek buku sekolah dia…syukur dia dah pandai membaca walaupun agak merangkak…Nadhirah sibuk dengan homework. Abah mereka menemankan mereka sekarang ni.


Mama sedang bermesra dengan blog saat ini....


** hari agak sakit-sakit badan sikit, aerobic semalam agak agresif.

Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia

Ini berita yang saya ambil dari Harakahdaily.net


Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.
AL-FATIHAH .

KREDIT BERITA UNTUK HARAKAHDAILY