Balik Kampung lagi!

Malam ni kami anak beranak akan bertolak ke Tampin, rumah MIL.


Kata abah, durian dah gugur, bila lagi nak balik ni?


Hmmm macam tu lah anak menantu zaman sekarang, dah kena hello baru rasa nak balik jenguh mak abah ye!


He he kami memang plan nak balik minggu ni sebenarnya dan kebetulan pulak abah call tanya macam tu, rasa macam teruk pulak kami ni.


Belakang rumah MIL tu ada 2,3 batang pokok durian, boleh la merasa kalau time berbuah macam ni.


Anak-anak tengah lelah ni, ok ke makan durian?

Membalas Budi

Dalam hidup bermasyarakat ni, kita harus belajar untuk menabur budi,menerima budi dan menghargai budi yang diberikan oleh orang lain.

Membalas budi tidak semestinya menabur kebaikan yang sama. Tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta berta benda. Tetapi boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik. Sekiranya kita tidak mampu membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita, memadai dengan kita membalasnya dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya, maka berdoalah selalu baginya sehingg akamu mengetahui bahawa kamu telah berterimakasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik lagi mengasihi oran gyang bersyukur "( Riawayat Tabrani)

Agak-agaknya apa kah budi paling besar yang pernah sahabat semua terima dan sampai sekarang masih belum mampu membalas budi tersebut?