Wordless Edisi Balik Kampung




Driver agak keletihan selepas berbuka, rehat sebelum memulakan perjalanan


BYE BYE


Salam Aidilfitri

Akhirnya masa untuk kami bertiga berangkat balik ke Terengganu tiba jua, kejap lagi bertolak la kami.


Sekarang driver sedang merehatkan badan kejap sementara belum bertolak.


Balik kampung bermakna saya akan bercuti daripada aktiviti blogging selama seminggu, tau je la selama hari ni saya kan update menggunakan PC, bukan laptop seperti orang lain.


Tak perlu tulis panjang-panjang, time ni semua orang sedang fokus pada persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri, jadi dengan ringkasnya,saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir batin . Pada yang akan memulakan perjalanan , semoga berhati-hati. Pesanan untuk diri sendiri juga yang akan bertolak malam ni, untuk adik dan semua yang akan bertolak esok.


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.


Semoga Allah terima amalan kami dan amalan kamu.

TM Unifi Residential Packages

Pagi tadi giliran ketua rumah pulak ke Selayang Mall mencari keperluan diri. Balik bersama barang yang dibeli dan juga pamplet promosi TM Unifi.


Tengok pada pamplet tu , agak menarik tawaran yang diberikan, ada TV Channel lagi..kebetulan orang TM baru je pasang alat coverage ke apa ntah namanya tu, kat depan rumah di sepanjang jalan taman perumahan saya ni.


Ada tak sahabat yang sudah melanggan pakej ni? Boleh share pengalaman menggunakan UNIFI tak?
Kalau ok, memang nak tukar je broadband yang ada, sekali dengan Astro sekali nak ucap GOOD BYE!


Gangguan Hidup

Dah separuh hari untuk Ahad, pagi tadi terakhir bersahur di Selayang, InsyaAllah pagi esok bersahur di Kuala Terengganu pula.


Belum siap lagi mengemas pakaian untuk balik kampung, kena tinggalkan sikit untuk kemas petang-petang karang, biar mood untuk balik makin terasa .


Menjengah blog rakan-rakan semuanya dah balik kampung . Masing-masing dah tinggalkan entry hari raya.


Tak apalah, kita jengah rumah kosong mereka je lah, lepas raya nanti mesti dah ada tuan rumah.

*** Gambar petang raya tahun lepas di Rembau, Umar tertidur keletihan .

Tadi sempat belek-belek Majalah MIDI, gambar cover Noraniza Idris, ada terbaca tentang rawatan alternatif untuk yang mengalami gangguan dan lain-lain penyakit.


Salah satu tanda-tanda gangguan yang menarik perhatian saya adalah:


TIDUR BERMIMPIKAN BAYI ATAU KANAK-KANAK KECIL.


Saya ada menulis entry tentang mimpi saya di SINI . Tak pasti pula tentang maksud gangguan tu, mungkin boleh rujuk pada mereka yang lebih arif.


Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut, boleh dapatkan Majalah MIDI keluaran 15 Ogos 2011. Cover Noraniza Idris.



Masih setia di Selayang Mulia...

Lambat terasa menunggu esok malam untuk bertolak pulang ke kampung, tambah-tambah anak dara sorang tu dah pun selamat berbuka dengan nenek. Seronok katanya berbuka di sana.. hmmm biasalah dia , kalau ada yang melayan dia dengan baik, pastinya dia akan betah tinggal di sana .

Umar tidur awal malam ni , penat pagi tadi temankan mama habiskan duit tunggakan yang baru diterima, hmm tak adalah membeli apa pun sangat, beberapa keperluan yang belum sempat dibeli sebelum ni, soal kehendak di tolak tepi disaat -saat begini.

Petang tadi Umar tolong mengemas rumah , bukan kemaskan apa pun, dia kemaskan semula semua kertas-kertas yang berterabur atas lantai hasil kerja dia sendiri jugak tu. 

Tak ada si kakak, si adik pun malas nak tengok TV sangat, tidur lagi baik.

Beg pakaian sorang satu dah tersedia berhampiran pintu, menandakan tuan punya tak sabar nak balik kampung, normal la tu, semua orang tak sabar nak balik beraya, tak kira la rumah sendiri atau rumah mentua.

Malam ni plannya nak blogwalking, esok buat satu catatan lagi sebelum tutup sementara rumah ni hingga la lepas raya baru buka semula.

Selamat balik kampung pada mereka yang akan memulakan perjalanan malam ni,pandu berhati-hati.




***Gambar ulang tayang pagi Syawal tahun lepas.

Bergambar sebelum mula bercuti



Ini lah wajah-wajah staff di jabatan saya, dalam gambar tak ada 3 bos wanita, 2 bos besar sedang bercuti di luar negara manakala lagi seorang tu masuk lambat sikit, dia masuk je orang dah selesai bergambar.


Lelaki di belakang saya tu ( eh mesti tau kan yang mana satu 'saya' tu ) adalah salah seorang bakal bos baru di syarikat saya, datang seminggu untuk sesi suai kenal dan untuk membangunkan satu modul program baru untuk salah satu section di jabatan saya. Hari ni hari akhir beliau di jabatan saya. Kiranya acara bergambar ini adalah sebagai kenang-kenangan la, biasalah nak berpisah mesti ada acara fotosesi.


Di kalangan mereka ini semua , nampaknya saya yang paling cukup makan gamaknya, orang lain macam melidi je semua  he he. Bukan main banyak ruang saya dah makan , kesian mereka ni.


Tak nak ucapkan selamat hari raya di dalam entry ini kerana saya masih belum balik kampung untuk sehari dua ni.


Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan sekejap lagi, pandu dengan berhati-hati ye!

Kerana terdesak, ALONG dicarinya!

Wohoo sapa tu yang sampai jumpa along tu?


Ada la sorang tu, nak sangat beli baju raya, tunggu duit tunggakan gaji tak tau bila dapatnya..


Lantas ditemuinya ALONG yang sentiasa bersedia meminjamkan wang tanpa faedah tanpa bunga tanpa kontrak.


Pagi-pagi sampai ofis tunjuk muka kejap, lepas tu isi form 1/2 day, keluar jalan kaki ke LRT, naik LRT hingga ke stesyen Bandaraya. 


Kalau dah sampai situ, tau je la kemana langkah di hala.


Beli baju kurung ready made 2 pasang. Ok lah puas hati sebab tercapai juga nak beli baju kurung sebelum pulang ke kampung halaman tercinta.


Balik ofis dengan senyuman meleret-leret hingga ke telinga, mengalahkan anak kecil dapat mainan.


Terima kasih ALONG kalau baca entry ni he he.


p/s: kalau hati runsing, dapat membeli sepasang dua pakaian pun cukup legakan keseluruhan kerunsingan yang ada.

SENTUHAN KASIH NORHAYATI BERAHIM


Sedang baca tapi terhenti-henti, mungkin lepas raya baru fokus semula pada pembacaan novel.



Jom Photobook Giveaway

STICKY POST SEHINGGA 25 OGOS 2011


Kali pertama saya menyertai giveaway, mana tau berkat bulan Ramadhan ni, ada rezeki untuk saya menang salah satu hadiah yang ditawarkan dan kalau tak menang pun tak apa, itu kan adat pertandingan, terima saja dengan hati terbuka. Apa yang penting keseronokan menyertai giveaway ni.




Giveaway ini dianjurkan oleh KedaiGambarKami , yang mana giveaway ini terbahagi kepada 2 kategori, pastinya saya hanya jatuh pada kategori B iaitu untuk bukan pelanggan sebelum ini. 

Hadiah yang ditawarkan sungguh menarik , cuba tengok gambar yang saya sertakan kat bawah ni, menarik bukan?

HADIAH TEMPAT PERTAMA

1 x photobook bersaiz 8.5 x 6 inci softcover, 20 pages bernilai RM129.00! 


HADIAH TEMPAT KEDUA

2 x e-voucher KedaiGambarKami bernilai RM20.00 setiap satu 




Saya rasa saya yang paling layak menang giveaway ni sebabnya dalam usia dah menghampiri 40 tahun ni, saya belum memiliki satu photobook pun. Jadi dengan adanya giveaway ini, saya dapat mengenali apa itu photobook dan mana tau,  selepas ni saya mungkin salah seorang yang suka mengumpul photobook, sapa tau kan?Jom Photobook bersama-sama saya!


Bila nak dapat ni.....

Raya dah tak berapa hari je lagi ni...persiapan untuk diri sendiri belum ada lagi. Persiapan untuk anak-anak dan suami semua dah complete.


Dengarnya ada duit tunggakan gaji, walaupun tak la banyak sangat tapi boleh lah cover perbelanjaan raya untuk diri sendiri.


Masalahnya tak tau bila dapatnya, kemungkinan besar kata 'orang atas' dapat sebelum raya, maknanya esok la kot kan? Esok dah last kerja , lepas tu semua pakat cuti raya dah.


Buatnya dapat sehari sebelum raya, berputih mato la den!


Boss, bagi cepat sikit, saya ni nak raya, baju raya, kuih raya, duit raya semua belum ada ni uwaaa waaa.



Jatuh, tersepit dan menangis.

2 hari lepas, terjatuh sebab lantai licin..berdebuk jatuh dan kraak bunyi dalam lutut.


Semalam, hampir terjatuh sebab licin di dalam bilik air, macam terpeleot kaki dan sekitar buku lali.


Petang ni pulak, 2 jari tersepit di pintu kereta.


Ouchhhhhhh bila sakit begini, air mata tua tak dapat di tahan, menangis jua diriku menahan kesakitan.


Haaa itu la keadaan saya yang sentiasa kelam kabut ntah apa -apa.


Mula tu fikir nak ke klinik jap lagi check jari ni, tapi bila tengok hujan dah mula lebat, rasanya ok kot dengan hanya menyapu minyak gamat.


Selamat Berbuka.

PREMIUM BEAUTIFUL

Pagi ni dihabiskan dengan blogwalking ke blog-blog yang menjual Premium Beautiful ha ha bukan nak beli pun, memang buat masa ni tak ada kemampuan pun..bukan murah untuk orang yang bergaji macam saya ni.


Saja la ushar ke blog-blog tersebut, nak baca tentang testimoni, tentang kebaikan PB apa semua tu.


Biasalah kalau dah obesiti macam saya ni, memang bersimpang siur fikiran ni.


Fikir itu, fikir ini, masih juga statik kat situ.


Hmm entah la, nak bersiap pergi kerja dah ni.


Selamat Berpuasa.

Segmen Lulu Pages: Blgwalking Sebelum Raya


Time-time kita ketandusan idea dan kekeringan bahan untuk menulis entry, ada baiknya kita join apa jua segmen yang memberi faedah kepada blog kita, faedah seperti dapat promosi blog secara percuma. Bukan senang nak dapat promosi untuk blog, percuma pulak tu.


Apa yang perlu kita lakukan untuk lengkapkan penyertaan segmen ini adalah tuliskan ucapan hari raya aidilfitri .


Hmm pastinya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua blogger yang singgah di blog saya ini , samada singgah senyap, singgah baca, singgah komen , singgah ziarah atau apa saja, saya memohon maaf andainya ada sebarang tulisan yang menyinggung perasaan sahabat semua.


Kalau ada blogger lain yang berminat nak join segmen ni, KLIK SINI ye, tutup pukul 3 petang esok.

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

Hari ni adalah hari untuk join GA he he..sekali cuba mesti nak terus mencuba.


Kali ke dua adalah dari blog ASMARA LIFE , hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah dari Jepun dan Korea! Bukan senang nak dapat percuma, harap dapat pergi sendiri, berjanggut beruban pun belum tentu dapat pergi he he.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22/9/2011, hanya 2 PEMENANG yang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.


Hadiahnya adalah seperti berikut:


Cabutan pertama
  

1. Fridge Magnet Jepun
  2. Brooch berkualiti dari Korea
  3. Chopstik besi Korea
  4. File size A4 berwajah artis Korea
  5. Snack makanan dari Jepun




Cabutan Kedua
  

1. Fridge Magnet Korea
  2  Kipas tangan dari Jepun
  3. Sepit kuku berlambangkan Korea
  4. Key chain Jepun
  5. Snack makanan dari Jepun








Lumayan gitu!! Nak join, boleh KLIK SINI

Tolong Review Blog Saya

Blog ini tak pernah direview oleh mana-mana blogger sebelum ni, jadi bila jumpa peluang untuk meminta tolong 'review blog saya', memang saya tak lepaskan peluang untuk join. Bila ada orang review dan sudi memberi komen yang membina pastinya akan dapat memantapkan lagi blog saya yang tak seberapa ini.


Peluang ini dibuka oleh blogger DIANARASHID kepada semua blog yang mempunyai 400 followers ke bawah. Memang sesuai sangat lah blog ini masih lagi mempunyai follower yang kurang 400.


Ok, saya tag 2 kawan yang mempunyai follower kurang 400 :


1. PUAN ZAI
2. CIKTON


Sekian, selamat mereview blog saya serta terima kasih diucapkan!

Gulai Kunyit Lengkuas je...

Haaa ni mesti KasihRedha tau macam mana rupa lauk ni....orang terengganu sebut gulai 'kunyit kuah' je.


Petang semalam 100% beli daripada makanan hinggalah kepada minuman. Kali pertama ke Pasar Ramadhan Bandar Baru Selayang sepanjang 21 hari berpuasa.


Beli nasi kerabu untuk saya dan Umar, nasi tomato untuk suami , tepung pelita, kepak ayak panggang, bubur pisang serta air apa ntah namanya..ada biji selasih serta pelbagai ramuan untuk lai ci kang. Air lai ci kang la kot.


Itu sebab dan itu pasal la pagi ni masak gulai kunyit lengkuas ikan selayang dan goreng telur dadar.


Alhamdulillah .


Selamat Berpuasa.

Eh macam Firaun la, ma..

Ada ke itu yang diucapkan oleh Umar bila dia tengok gambar ni, dia cakap macam tu sebab muka dalam gambar ni nampak garang, kalau garang mesti macam Firaun, katanya.


Macam mana kesitu pulak perginya, punya la banyak persamaan lain yang boleh disamakan.


Umar, Umar...

Temankan Umar siapkan homework

Umar ni kalau ada homework mesti nak siapkan time tu juga tapi kali ni awal-awal dia dah bagitau saya - 'Umar nak siapkan homework hari Ahad nanti'


Tadi saya ingatkan dia tentang homework, dia tanya saya semula- 'hari ni dah Ahad ke? cepatnya'


Rutin kalau dia buat homework, kita mesti ada temankan dia kat sebelah.






Layan tidur je ...

Sepanjang bulan puasa ni, asal Ahad je mesti banyak tidur. Ni dah plan lepas blogwalking dan post entry nak join mereka yang sedang lena dibuai mimpi kat dalam bilik tu.

Nanti lepas-lepas solat Zohor sekali lagi layan tidur. 

Bukannya tak ada kerja nak buat tapi memang dah set kot dalam otak yang hari Ahad mesti rileks2, Sabtu untuk berpenat2.

Nanti dah masuk minggu ke 3 raya, aerobic akan bermula semula pada setiap Ahad.

Hmm sebut pasal aerobic, teringatkan badan yang makin cekap menimbun lemak.

Nak lupa kejap la pasal berat dan lemak ni, nak tumpu pada raya, makanan , beraya dan apa jua bersangkutan dengan raya.

Fasa 10 malam terakhir

Pejam celik pejam celik dah pun 20 hari kita puasa, dah pun masuk ke fasa yang dinanti-nanti iaitu 10 malam terakhir.


Antara 10 malam yang terakhir ini adanya Malam LailatulQadar. Sama-sama kita berdoa agar dipertemukan dengan malam istimewa ini.


Kalau ikut pengalaman saya yang sentiasa lemah dengan dugaan ni, masuk je 10 malam terakhir makin teruk di serang rasa mengantuk. Harap-harap saya mampu tewaskan nafsu tidur saya.


Antara amalan yang dilakukan Rasulullah S.A.W ketika 10 malam terakhir adalah:


1. Qiamullai
2. Mengejutkan ahli keluarga untuk solat
3.Beriktikaf di dalam masjid.
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak.
5. Tidak mendatangi isteri.


Harapan untuk diri sendiri dan sahabat semua, semoga kita turut tergolong dalam golongan mereka yang berusaha untuk berjumpa dengan Malam LailatulQadar, malam yang lebih mulia daripada 1000 bulan.

Mengurai Rindu

Hmm baru aja ni selesai menonton Cerekarama TV3, Mengurai Rindu. Punyalah lama saya tak menonton TV secara serius kerana biasanya ada je gangguan kalau nak menonton cerita kegemaran sendiri. Malam ni mood anak-anak berada di dalam keadaan sungguh baik, sama-sama menonton cerekarama ..


Cerekarama ni agak menyentuh perasaan saya, mengisahkan kerinduan seorang ibu tua terhadap anak, menantu dan cucu yang telah pun meninggal sejak 3 tahun lepas. Dek kerana kerinduan yang terlampau, beliau seperti terlupakan kematian tragis anak beliau sekeluarga, mereka meninggal pada malam raya kerana dilanggar oleh lori ketika berhenti di tepi jalan  kerana kereta rosak . Kerinduan beliau yang tidak berbelah bagi itu menyebabkan orang kampung menggangapkan beliau nyanyuk dan gila.


Apa yang menyentuh hati dan perasaan saya adalah kala melihat ibu tua itu berbuka puasa sendirian lantas mengingatkan saya kepada makcik saya yang selalu berbuka sendirian sekalipun tinggal tak jauh pun daripada rumah saya ni. Ibu saya pun nun jauh di Terengganu bersama adik turut terlintas dibenak dan fikiran saya kala menonton cerita ini.


Di akhir cerita, doa ibu tua minta Allah temukan beliau dengan anak, menantu dan cucu sebelum beliau menutup mata dimakbulkan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan doa orang yang teraniaya itu adalah cepat dimakbulkanNYA.


Pada petang sebelum raya, ada 3 sekeluarga yang menghadapi masalah kereta rosak tidak jauh daripada rumah ibu tua tersebut dan mereka berbuka, bermalam, beraya bersama-sama ibu tua itu. Sungguh membuatkan kita terasa sungguh kagum dengan kebesaran Allah bila mana mereka sekeluarga itu saling tak tumpah dengan wajah anak, menantu dan cucu ibu itu yang telah meninggal dunia.


Begitulah kisahnya secara sepintas lalu...akhirnya rindu seorang ibu terubat jua.

Umar update blog..

Budak sorang ni memang pantang lepa, ada peluang je dapat guna pc mesti dia takkan biarkan peluang berlalu begitu je.


Tadi saya tengah fikir tentang entry, tiba-tiba teringat nak ambik handphone kat bawah, berlalu turun dan Umar time tu memang dah ada kat atas .


Tengok mama dia dah turun, laju je dia main taip-taip, dia cakap nak update blog macam kakak jugak. Kakak dia dah berzaman tak update blog.






IKEA KATALOG 2012

Minggu lepas ada terima Katalog IKEA yang baru, memang tiap tahun bila keluar je katalog baru, kami akan diberi 1 katalog bagi setiap rumah sekitar beberapa taman berdekatan , mungkin di taman-taman perumahan yang lain pun sama juga, akan digantung dipagar bagi setiap rumah.


Suka sangat kalau dapat katalog IKEA ni, sejujurnya saya memang jarang ke sana dan kalau ke sana pun beli benda-benda yang paling murah je hu hu..


Kali ni rasa berkenan sangat dengan bedside table ni, harga sebenar RM129 tapi untuk tempoh 5-12 Sept nanti, harga akan turun menjadi RM59. Table tu boleh diletakkan majalah kat dalamnya dan boleh juga dihias dengan apa saja pada permukaan atasnya.



Hmmm nampaknya lepas raya ni, kalau ada duit yang masih berbaki, boleh la grab satu.
Kena bodek anak-anak lepas raya ni nampaknya, mereka banyak duit time raya he he.

Tidur di dapur takutkan Hantu Penanggal

Sebelum tidur malam tadi, kami 3 beranak menonton cerita PENANGGAL lakonan Amy Mastura di Astro Ria, dah banyak kali sebenarnya ditayangkan di Astro cuma malam tadi kami betul-betul berpeluang menonton.

Umar memang terlalu takut tengok cerita ni tapi masih juga nak menonton. Sudahnya malam tadi ketika tidur, dihimpitnya saya bagaikan nak masuk dalam perut semula je.

Pagi ni ketika saya memasak untuk sahur, Umar terjaga dan menangis-nangis, kebetulan puting hilang, bertambahlah rasa tak selesa nak tidur tanpa mama.

Umar ke dapur dan katanya nak teman mama masak. Bukan nak temankan mama tapi sendiri yang nak berteman. Cuak je muka, agaknya masih teringatkan drama PENANGGAL malam tadi kot.

Akhir cerita, Umar tertidur di dapur dan saya biarkan hingga kami selesai makan sahur lepas tu angkat dia baringkan atas sofa.








Nasi goreng lagi dan lagi..



Alhamdulillah, baru lepas bersahur...apa yang kami makan adalah seperti tertera di dalam gambar di atas he he.


Kami makan atas lantai je beralaskan suratkhabar.


Tidak dibenarkan merakam gambar ahli yang sedang bersahur kerana ada berwajah tak semenggah, ada yang  berpakaian menjolok mata ha ha.


Selamat Berpusa.



JUALAN ISTIMEWA SET BERSALIN NR

Kepada ibu atau bakal ibu yang sedang mencari set bersalin apakah yang sesuai untuk digunakan selepas bersalin nanti, apa kata beli je set bersalin NR ni haa, dijamin berkesan untuk memulihkan kembali kesihatan badan.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, satu jualan istimewa set bersalin NR akan bermula sehingga 27 Ogos nanti. 


SATU SET BERSALIN RM300+ KOS POSLAJU RM5 DAN SEHELAI BARUT BAYI BERTALI


Bagi yang berminat boleh tinggalkan pesanan pada ruangan komen di bawah atau emel kepada rohayayusof73@gmail.com.

Buffered Earning ke 3 sepanjang Ramadhan.

Hmmm akhirnya selepas lama mendiamkan diri, ianya muncul lagi pagi ni.


Rezeki semestinya kita menerima dengan tangan dan hati yang terbuka.




Terima kasih untuk NUFFNANG dan PENGIKLAN.

Ikan Singgang Ikan Tongkol

Sedap tau kalau ikan singgang a.k.a ikan aye ni jika dibuat masak singgang. Tapi ramai juga yang tak suka ikan tongkol ni , dalam rumah ni pun ada yang tak suka.


Pagi ni selain masak singgang ikan tongkol, goreng ikan kembung seekor dan sambal belacan.


Ok la semua dah ready untuk bersahur jumpa lagi!


Selamat Bersahur.

Gambar Siti Nurhaliza Yang terbaru di Majlis Doa Selamat

Malam ni tidur lewat lagi nampaknya...terjah ke blog BUDIEY.COM , ada gambar terbaru Siti Nurhaliza di majis doa selamat SimplySiti.




Siti memang nampak cantik dan ayu bila dia mengenakan tudung litup sebegini, di tambah dengan wajah mulus tanpa solekan tebal yang selalu kita tengok di kaca TV dan majalah. 




Siti dan Datuk  K akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos hingga 28 Ogos 2011. 

Ramadan ini, ada dugaan menguji SimplySiti yang pastinya bagi Siti ada hikmah tersendiri. Namun, segala persoalan dah terjawab di mana produk SimplySiti adalah halal dan ia diperakhui sah oleh JAKIM. SimplySiti tiada kena mengena dengan tuduhan yang disebarkan di blog-blog & di internet.




Kini, Siti Nurhaliza boleh menarik nafas lega kerana isu ini telah diselesaikan dengan baik.  Katanya, ada pengguna yang telah membuang segala produk SimplySiti setelah mendengar dan membaca tentangnya di internet. JAKIM juga sangat kesal dengan hal ini. Memang sangat sukar ya untuk dapatkan pengesahan halal dari JAKIM ni, bukan sesuatu yang sangat senang.

Untuk membaca cerita selanjutnya, boleh KLIK DISINI.


KREDIT GAMBAR DAN CERITA UNTUK BUDIEY.COM

p/s: Semoga Siti kekal bertudung litup begini selepas-selepas ni, ye!

Beristighfar untuk hidup yang tenang.

Tulisan yang amat sesuai untuk diri sendiri kala dan tika ini.


Ketika membelek-membelek naskah Harakah tadi, tertarik dengan tulisan TG Nik Aziz tentang istighfar.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Barang siapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya , Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat penyelesaian daripada sebarang kerunsingan"


Sejuk hati membaca ayat di atas, saya sejujurnya mengakui kerap terlalai dan bila diingatkan dengan kata-kata tersebut, hati jadi sungguh sayu dan amat insaf.


Sambungan daripada tulisan TG lagi.." Jika berikhtiar menghilangkan keruisngan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur secara melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru, ianya akan hilang gatal sejenak, adakalanya dengan menggaru boleh menyebabkan cadar berdarah lantas bertukar menjadi kudis"


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :"Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT setiap hari sebanyak 70 kali"


Justeru itu kita sebagai manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan dosa, logiknya mestilah memohon ampun dari Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi S.A.W itu.


Kalau dah minta ampun tu, janganlah kita ulangi lagi kesilapan yang sama.


Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta"


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama.


Wasallam.

Nasi goreng lagi...

KREDIT GAMBAR UNTUK BISNISKULINER.COM

Untuk ke sekian kalinya sepanjang Ramadhan ini , kami sekeluarga memilih untuk berbuka puasa dengan nasi goreng.


Panaskan lauk semalam, kari daging dan goreng ikan kerisi seekor serta keropok keping Terengganu.


Teh o Ais.


Cukuplah untuk kami hari ni.


Alhamdulillah.


Selamat Berbuka.


p/s: maaf tiada gambar nasi goreng sendiri

1 jam cuma...

Iya, betul ...cuma 1 jam je...


Saya tidur hanya 1 jam , mungkin sekitar 3 pagi baru dapat melelapkan mata, pukul 4 pagi dah kena bangun untuk siapkan hidangan sahur.


Dan dapat saya bayangkan bagaimana keadaaannya untuk sepanjang hari ni.


Pastinya mata cukup segan dan tak lalu untuk celik.


Bersedialah untuk menahan kantuk sehingga petang di pejabat.



p/s: Umar yang sentiasa tidur ternganga he he.

Episod Keras Mata

Keras mata tu pada maksud ayat percakapan mak saya adalah mata tak nak lena.

Itulah yang terjadi pada saya malam ni.

Kalau bukan bulan Ramadhan, pukul 11 malam boleh la dikatakan awal sebab time-time gini la peluang untuk saya mengadap blog . 

Tapi kalau bulan Ramadhan , pukul 10 dah mula lena. Mungkin hari ni bercuti, badan cukup rehat, mata jadi segar.

Anak-anak dan suami dah lama pun lelap. Biasanya suami yang lewat tidurnya, malam ni sebaliknya pula yang berlaku.

Bila sunyi-sunyi begini, terasa rindu dengan ibu di kampung tambahan pula bila bulan puasa begini. Sayu hati rasanya. Balik jarang-jarang sekali, hanya telefon menjadi penghubung.

Baru lagi mak telefon bagitau, tekanan darah naik sehari dua ni. Biasa la bila banyak berfikir, tidur kurang berkualiti , itulah jadinya.


Masalah mak adalah risaukan 2 anak yang tinggal bersama beliau di kampung..anak keluar, dia risau..balik lewat , dia risau...tidur lama, dia risau..semuanya membimbangkan hati seorang ibu. 

Selain terkenangkan mak, malam ni kerja saya adalah menjelajah blog sahabat maya...menelek-nelek website yang menjual handphone dan kamera..ishh itu satu kerja yang berulang-ulang kebelakangan ini, begitulah kalau budget kecik keinginan besar..tak tentu arah jadinya.

Satu lagi kerja malam ni adalah melihat gambar-gambar lama yang tersimpan di dalam PC ni....nostagia rasanya...dulu anak-anak masih kecil, sekarang ni melawan pun dah pandai...masa terlalu laju bergerak.



Kalian semua dah tidur ke ni?



Nadhirah, Exam, TV, Tidur

Hari ni bercuti bersama 2 buah hati pengarang jantung . Duduk rumah golek-golek atas toto depan TV. Kejap tidur, kejap jaga.


Keluar untuk ke pasar je sekejap paginya, selebihnya menghabiskan masa atas toto je hingga petang.
Saya dan Umar sempat la terlena mula pukul 3 hingga pukul 4.45 petang. Nadhirah pula marathon TV.Dia memang tak reti nak tidur siang, puasa tak puasa sama je.


Sebenarnya , Nadhirah ada exam sekolah agama sepanjang minggu ni, patutnya hari ni habiskan masa dengan menghafal beberapa surah yang telah ustazah tetapkan untuk exam pagi esok. Tapi tak ada dihiraukannya.Kalau kita nasihat elok-elok, dia cakap kita ni kuat membebel.


Malam ni, selepas berbuka, terus kelam kabut nak menghafal. Oleh kerana saya bising-bising tak menghafal siang tadi, dia lari naik ke atas, mintak abah dia temankan untuk sesi menghafal.


Ketika entry ni ditaip, dia masih lagi menghafal. Itulah dia, siangnya betul-betul pulun tengok TVdan baca novel kanak-kanak, langsung tak rasa mengantuk.


Harap-harap esok dia dapat menjawab semua soalan dengan baik.


p/s: Nadhirah datang baca entry ni, sempat dia mengomel, 'dhirah tolong mama masak tadi tak tulis pun dalam blog, dhirah lambat sikit menghafal mama siap tulis lagi dalam blog'





Gambar ketika Raya Aidilfitri 2007 - pilihan budak berdua ni la .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...