Bihun Sup dan Nasi Goreng

Alhamdulillah, hari ke 4 kita berpuasa hari ni.


Nampaknya menu berbuka hari ni simple je:


Abah dan anak bujang memilih nasi goreng dan telur mata.
** goreng di rumah je untuk mereka berdua.


Mama dan anak dara memilih bihun sup
** kami berdua order kat Kedai Kak Chik Tomyam.


Air pula adalah teh o limau suam dan teh tarik.


Itu je.

Panduan “ujian saringan perubatan” mengikut usia.

Susah nak ke klinik untuk sekadar membuat pemeriksaan kalau bukan kerana sakit demam. Ini merujuk kepada saya la..itu pun kalau tak demam teruk tak adanya nak ke klinik.

Bila baca Majalah Rapi tentang ujian saringan, terdetik di hati dah lama saya tak buat ujian Pap Smear…

Sebenarnya kalau kita membuat ujian secara berkala, itu dapat mengelak sesuatu penyakit tu menjadi bertambah parah kerana pengesanan awal itu amat penting.

Kanser Payudara.

Boleh lakukan sendiri di rumah secara berkala.
Wanita yang berusia 20 tahun ke atas perlu lakukan pada setiap bulan.
Wanita 30 tahun ke atas, perlu mendapat pemeriksaan daripada doctor setiap tahun.
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak, melaihatakn anak pertama pada umur melebihi 30 tahun turun turut berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

Kanser Pangkal Rahim( servik)
Lakukan pap smear sekali setiap setahun hingga tiga tahun sekali jika berusia 21 hingga 65 tahun.

Penyakit kelamin
 Penyakit ini boleh menjadi salah satu punca wanita sukar hamil dan jika hail mampu memudaratkan bayi yang dikandung.

Gejala penyakit kelamin:

  1. mengeluarkan lelehan dari vagina dan saluran kencing
  2. sakit semasa kenicng
  3. bagi wanita, sakit dibahagian abdomen
  4. bagi wanita, sakit semada hubungan seks
  5. pendarahan antara kitaran haid
  6. bagi lelaki, bengkak pada buah zakar
  7. dema serta sakit kepala dan sakit badan
  8. jagnkitan mata

Dapatkan pemeriksaan segera jika salah satu gejala di atas menyerang anda.
Lakukan ujian saringan jika anda berusia 24 tahun ke atas dan aktif melakukan hubungan seksual.


Kanser Usus
Lakukan ujian saringan apabila usia memasuki 50 tahun atau lebih awal bagi mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang meghidap kanser usus.

Kemurungan atau depresi
Lakukan ujian saringan jika anda mengalami gejala seperti dibawah ini berlarutan hingga melebihi 2 minggu

1.rasa kecea,pututs harapan , sedih dan hilang keyakinan diri
2.rasa kurang keinginan untuk melakukan apa je aktiviti termasuklah keluar bekerja.
3.sentiasa tidak berpuas hati denga kehidupan, keadaan sekeliling dan rakan-rakan.
4.Mudah marah dan beremosi
5.Berat turun mendadak atau naik mendadak tanpa sebarang sebab yang kukuh.


Diabetes
Lakukan ujian saringan  jika tekanan darah anda tinggi iaitu melebihi atau jik anda mengambil ubat tekanan darah tinggi.


Tekanan darah tinggi
Barmula dari usia 18 tahun ,perlu periksa tekanan darah sekurangya 2 tahun sekali.

Kolestrol
Lakukan ujian saringan bermula 20 tahun dan perlu lakukan lebih kerap sekiranya:

1.Merokok
2.Berat badan berlebihan
3.Menghidap darah tinggi atau diabetes
4. sejarah keluarga.

Osteoporosis
 Lakukan ujian saringan apabila usia melepasi 60 tahun dan anda boleh berbincang dengan doctor sekiranya ingin melakukan ujian saringan lebih awal.

Semoga bermanfaat.

SUMBER MAJALAH RAPI

Tip untuk elakkan keletihan melampau ketika berpuasa.

  1. Pemakanan

Elakkan makan nasi ketika sahur.
Gantikan dengan protein yang lebih mengenyangkan dan minum air kosong secukupnya.
Contoh menu:
Sebiji telur, ikan/isi ayam dan sayur ketika sahur.
( protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah sati dari asid amino itu dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental manakala nasi akan mengubah tahap serotonin yang akan menyebabkan kita menjadi mengantuk)


Elakkan makanan masin seperti kek, kuih, coklat dan minuman bergula/bergas ketika sahur. Makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan juga menurunkannya dengan cepat yang mana kita mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian akan berasa kurang bertenaga sejurus kemudiannya.


Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia merangsang kita seketika akan tetapi selepas kesannya hilang, tenaga kita turut pudar. Kafein jugak membuatkan kita kerap membuang air kecil yang boleh menyebabkan kita mengalami kekurangan air.

Digalakkan meminum secukupnya iaitu 8 gelas sehari di antara waktu berbuka dan sahur.


2.Senaman

Lakukan senaman ringan di waktu pagi atau tengah hari supaya membantu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenang di waktu petang.


3.Rehat
Tidur sebentar di waktu tengahari sekitar 20-30 minit untuk mengembalikan kecergasan tetapi jangan melebihi 30 minit jika tidak kita akan terus berasa letih.


            SUMBER MAJALAH RAPI

Selepas 3 hari.....

Sepanjang 3 hari berlalu berpuasa, apa yang saya boleh katakan adalah mengantuk menguasai masa saya.

Sabar je la ..masuk kereta ke pejabat tidur sepanjang perjalanan ( bab ni kalau tak puasa pun saya tidur juga).

Sampai ofis, bersambung rasa mengantuk tu hingga menganggu kerja, sekejap ke bilik air cuci muka, sekejap ke sana sini untuk hilangkan mengantuk. Waktu rehat hanya setengah jam tapi masih boleh lena selenanya.

Lepas rehat pun sama, balik kerja kang tidur lagi dalam kereta…rimas betul rasanya keadaan macam ni.

Agaknya pemakanan masa berbuka dan sahur tak sesuai kot..atau badan banyak toksin ke….ishhh betul-betul rasa tak selesa bila berada di dalam kelesuan.

Malam lepas Isyak dah tidur, sampai sekarang saya masih belum menunaikan solat terawih,alangkah ruginya saya.

Aktiviti berblog pun hampir ditinggalkan, sekadar on pc untuk post entry dan off.

Beginikah saya hingga ke akhir Ramadhan? 

"Ya Allah berikanlah hambaMu ini tenaga yang lebih dan kekuatan dalaman yang kuat untuk memperbanyakkan amal ibdat kepadaMu sepanjang Ramadhan ini."