Page Rank 2/10

Malam ni tergerak hati pula nak check PR blog Jendela Hidup ni. Saya jarang sangat check PR ni kerana tiap kali check, mesti keputusannya 0/10.


Mengejutkan jugaklah bagi saya yang selalu tengok angka 0  sebelum ni, malam ni menunjukkan angka 2. Pasti lah agak teruja melihatnya.




Berblogging satu perkara yang menyeronokkan cuma kekangan masa dan saya masih belum mempunyai kemudahan laptop dan broadband sendiri agak membataskan masa bermesra dengan blog.


Apa pun saya sangat berterimakasih kepada suami kerana kerap mengorbankan kehendak sendiri untuk menjengah blog beliau, lebih memberi peluang kepada saya untuk bermesra dengan blog.


Dan kedatangan sahabat-sahabat maya semua ke sini juga salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan PR blog ini.


Semoga kedudukan PR yang baru ni akan membiakkan lagi rasa seronok berblog.


Terima kasih semua!


Kalau anda nak check PR blog anda, boleh klik CHECK PR

Bukan rezeki saya..

Alkisahnya petang ni ke Pasar Ramadhan, Balai Polis Selayang Baru. Ramainya orang kat pasar tu. Bersesak-sesak.Nak berjalan pun susah.


Dah lama betul tak datang ke Pasar Ramadhan ni, sebenarnya ini bukanlah tempat asing bagi saya kerana tiap pagi Sabtu saya ke sini untuk membeli barang-barang basah, kalau bukan bulan puasa, di sini juga la saya dan makcik bersarapan. 


Dipendekkan cerita, saya beli laksa Perlis, saya selalu beli dengan abang laksa Perlis tu sejak 1998 lagi...time menyewa di Selayang Baru bersama makcik, kala tu harga RM1.20 sebungkus, kini dah naik menjadi RM2.


Ketika nak beli laksa tu, saya bertanyakan pada Umar dan Nadhirah, nak laksa tak? Kedua-duanya bersatu hati, tak nak laksa hari ni, nak makan murtabak.


Saya fikir kalau beli extra nanti membazir pulak, sebabnya waktu makan pun hanya beberapa jam je di waktu malam, beli la sebungkus je. Kemudian beli 2 keping murtabak. Beli rendang limpa dan terus balik.


Time berbuka,baru je suap laksa ke mulut, Nadhirah cakap dia pun nak jugak laksa . Laaa sabar je la, tadi cakap tak nak..ok lah kongsi dua orang laksa tu. Bila kakak makan laksa, Umar pun nak jugak .hmm sudahnya bahagian saya tu bagi je pada Umar. 


Kalau dah bukan rezeki, kata orang. Ambil juga sesuap dua daripada Nadhirah, nanti kempunan sendiri pulak. Esok nak beli lagi, tapi tak ada lah ke Pasar Ramadhan Balai Polis lagi dah..beli je dengan area taman perumahan ni. 


Minggu depan kalau rajin, boleh je masak laksa untuk buka puasa.

Puasa ke 7 - Lepak je

Hampir dah separuh hari berlalu untuk hari ni.


Semua isirumah ada aktiviti masing-masing ( macam lah ramai sangat, 3 layan TV, sorang layan blog)


Blowalking jengah sahabat maya, ramai yang belum ada entry baru untuk hari ni.


Ni kalau off PC, mesti mata ajak tidur ni.


Nak keluar beli suratkhabar pun terasa malas.


Pakaian sedang menunggu tu, satu bakul untuk disterika.


Bulan puasa ni kena tukar jadual menggosok baju, kena gosok waktu malam. 


Kalau buat juga siang ni nescaya tekak akan terasa kering kontang dek kerana kehilangan air daripada badan dengan banyaknya.


Kepala sedang merangka, nak masak apa petang ni.


Yang dah terbayang di fikiran adalah masak lemak telur itik dan belimbing, goreng kerisi,goreng kobis, sambal tempoyak.


Kuih? Beli je la kot..


Hmm esok dah kerja semula..