Persiapan Raya - masih sifar

Tadi masa di pejabat, sementara menunggu signal untuk balik, sempatlah belek-belek file budget yang sememangnya sentiasa ada di dalam file Excel kat pejabat tu.


Sebelum raya ni dengarnya akan dapat bonus tapi hutang sedia ada dah siap sedia menunggu - belum tentu bilanya akan dapat bonus tu.


Plan nak tukar langsir tahun ni sebab sejak pindah sini 5 tahun lalu, tak pernah berganti walhalnya ada beberap tingkap je - tak tau la dapat dilaksanakan atau tidak plan yang ni.


Plan juga nak beli handphone baru satu. Terlalu ketinggalan rasanya kalau dibandingkan dengan teman-teman maupun ahli keluarga yang lain - impian ni mesti dilaksanakan!


Pakaian raya, kuih raya, duit raya, minyak dan tol untuk raya - semuanya perlu dikirakan .


Nampaknya kena betul-betul buat list yang sebaik mungkin untuk padankan dengan modal yang ada.


Sahabat semua dah lengkap ke persiapan raya tahun ni? Ada orang suka siapkan awal-awal sebelum puasa, bila bulan puasa rileks je, ada yang suka last minute baru nak beli itu ini.


Mungkin akan ke Jalan TAR weekend ni untuk beli apa yang patut, sebelum betul-betul Ramadhan tiba di penghujung, time tu banyak yang dah habis dijual.


Sahabat semua suka bershopping di mana ye kalau nak raya macam ni?



Hari ke 9 paling sederhana makannya

Mesti tengah tunggu waktu berbuka ni , kan? Saya lari kejap untuk update entry. Walaupun tanpa gambar, itu bukan bermakna tak boleh update blog. 


Petang ni paling simple, beli nasi goreng sorang satu.


Ketua - Nasi goreng kampung
Penolong ketua - Nasi goreng cili padi
Ahli-ahli - nasi goreng kampung jugak.


Sampingannya adalah sup dan goreng kailan.


Itu je.


Air masih lagi sama hingga ke hari ke 9. 


Selamat berbuka untuk semua.


Jumpa lagi malam nanti bila free.





Awalnya lagu raya berkumandang

Pagi-pagi on the way ke ofis, dalam kereta memang dengar radio Suria FM kebelakangan ini.


Pagi semalam, on je radio terus terdengar lagu raya..*dah lupa tajuk apa. Dengar tapi 'tak ada rasa apa-apa pun' dalam jiwa.


Awal sangat kan? belum pun 2 minggu puasa, mood raya belum mai lagi le...kelengkapan raya pun belum ada hu hu. Kalau awal sangat di dedahkan dengan lagu-lagu raya , agak terganggu fokus pada ibadah puasa..* alasan orang lemah macam saya kot!


Saya rasa kalau dah masuk minggu ke 3 tu ok la dengar lagu raya, mood nak balik kampung sudah mari time tu.Wajah-wajah keluarga di kampung dah pun terbayang di mata. 


Hmm bercakap tentang lagu raya, agaknya lagu raya apa yang anda mesti kena dengar tiap-tiap kali nak raya?


Banyak lagu yang saya suka, paling suka lagu Dari Jauh Ku mohon Maaf,dendangan Allahyarham Sudirman.


Lagu lain adalah Dendang Perantau dan banyak lagi la, tak ingat tajuk. Nak nyanyi pun tau sekerat-sekerat aja.