Cerita Campur-Campur

Tersenyum sendiri baca tajuk entry..boleh la tu.


Tak tau nak letak tajuk yang spesifik, kepala pun macam ting tong je, mengantuk tak sudah-sudah.

Cerita 1



Lauk buka beli je macam hari-hari kerja yang sebelum ni. Beli di foodcourt ofis je.Lebih murah. Potongan kuih pun lebih besar.Balik rumah panaskan lauk, masak nasi, masak air dan juga goreng ayam beberapa ketul.
Untuk sahur plan nak goreng daging lada hitam atas permintaan anak dara saya.


Cerita 2
Pelik si Umar ni, semenjak start puasa hingga ke hari  ni,dia asyik menangis tak cukup tidur je bila di kejutkan ke tadika.

Hari-hari bikin darah mama dia naik meluap-luap, sebab kita terkejar masa, masuk ofis awal sebab nak balik awal.
Nak kata letih puasa, tak puasa..nak kata letih tak cukup tidur sebab bangun sahur, tak bangun sahur pun

Nadhirah pulak bangun sahur pukul 5 terus tak tidur ,lepas makan terus mandi dan bersiap walaupun orang lain belum mandi pun lagi..dia dah siap berpakaian rileks je atas sofa.

Macam-macam peel anak-anak ni kan? Ini kisah 2 anak, kalau ada 4,5,6 tak tau lah macam mana, tak cukup muka buku nak karang.

Cerita 2
Mak saya dah tempah ketupat palas untuk raya nanti. Saya seronok walhalnya bukan peminat ketupat pun.
Tahun ni mungkin tahun permulaan untuk raya yang paling meriah ( harap-harapnya macam tu la).
Ahli keluarga bertambah lagi sorang, sanak saudara ada keliling rumah.

Cerita 3

Suruhanjaya suami isteri telah sepakat untuk menetapkan tarikh untuk pulang beraya di kampung halaman adalah pada 28 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Ahad . Tahun ni giliran ke Terengganu, hari raya ke 3 bertolak ke Tampin pula. Awal kan suruhanjaya tetapkan tarikh, baguslah untuk elakkan kelam kabut di saat akhir.

Ok cukup 3 cerita yang terjadi sekitar hari ni dan sekitar minggu ini. 

Selamat Berbuka.

Rusuhan di London - pelajar mara tercedera

Sekarang ni macam-macam cerita tentang keganasan yang kita dengar dan tengok. 


Kat Malaysia ni dengan cerita potong, kelar, kerat, bunuh dan apa saja bentuk keganasan yang menyebabkan kita rasa seperti tidak selamat.


Semalam berita dari London pula tentang rusuhan yang berlaku disana. Saya ada menyusuri beberapa laman web untuk mencari berita tentang perkara ini.


Pelajar kita, Ashraf yang tercedera sedang di rawat di Royal London Hospital. Kalau nak tengok gambar beliau, boleh KLIK SINI.


Menurut apa yang saya baca di Malaysia Todaypelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu.


Menurut jiran belakang rumah saya yang sekarang tinggal di London, beliau dan keluarga semuanya selamat dan tidak menghampiri kawasan kejadian.


Semoga segalanya cepat berakhir dan semoga Allah Melindungi semua yang tidak berdosa.


Arlene Tan bukan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara?

Baru lepas bersahur pastinya semua saat ini. Seperti biasa juga , lepas Subuh sebelum bersiap ke pejabat saya mesti jengah blog sendiri dan blogwalking mana yang sempat.


Mula-mula ke Denaihati , agak menarik entry beliau mengenai PENAFIAN ARLENE TAN tentang dakwaan yang mengatakan beliau adalah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang cukup hangat dan panas membara .


Pastinya ramai yang begitu mengharap beliau muncul untuk membuat sebarang kenyataan tentang perkara ini dan ternyata beliau muncul membuat penafian .


Antara kata-kata penafian di laman blog beliau sendiri adalah:


I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment

Arlene juga memberitahu bahawa dia telahpun membuat laporan polis  terhadap Gaysec dan sesiapa yang telah menuduh, memaparkan maklumat peribadi, dan menghasut orang lain untuk mengugutnya termasuk ugutan membunuh


Sumber berita dari Beta.my dan Denaihati.


Kita tunggu jelah nanti hasil siasatan polis , apakah kesudahnnya cerita ini.