Cerita-cerita Artis Yang Hangat dan Suam

Saja la bertandang ke blog BEAUTIFULNARA untuk cuci-cuci mata sikit selepas perut dah kenyang.


Apa yang saya baca kat sana adalah:


KISAH SATU: Mamat Sepah dan Fida Ibrahim berkawan rapat.
Credit untuk BEAUTIFULNARA
Hmm sama-sama solo, tak ada sapa larang selagi tidak melampaui batas-batasnya.


KISAH 2 : Joey dah sah bercerai..
Credit gambar untuk BEATIFULNARA
Kalau dah sampai di situ aja jodohnya, apa nak dikata..cuma jangan disebabkan skandal rumahtangga runtuh...hanya mereka yang lebih tau.




KISAH 3: Keluarga Bahagia Aaron Aziz
Credit gambar untuk MEDIAMALAYA


Bahagia nampaknya mereka sekeluarga ni, semoga bertambah bahagia hendaknya.


KISAH 4: Faezah Elai nak kawin


Credit gambar untuk BEAUTIFULNARA
Baguslah kalau dah nak kawin, untuk elak fitnah...jangan ambil hak orang dah le...

Beli sikit=Habis banyak= Letih berganda-ganda

Fuhhh hari ni sungguh-sungguh terasa bergoyang kepala lutut la weiii...Bangun 4.10 pagi , siapkan hidangan sahur. 


Pukul 5.30 start mengemas dan mengemop serta mengubah susun atur perabut ( ini satu kerja yang saya tak pernah jemu saban minggu.. saban minggu tu!)


Pukul 7.15 keluar ke pasar seperti biasa bersama makcik dan Umar.


Pukul 8.30dah sampai semua di rumah, bersiap untuk ke Jalan TAR. 


Sampai sana beberapa minit menghampiri pukul 10, kedai-kedai sedang dibuka. Tetapi orang dah berpusu-pusu ketika menuju ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Mula-mula masuk ke BAK, tak ada saiz untuk Nadhirah walaupun ada untuk Umar dan si Abah. Harga untuk sepasang dewasa rm250, meneguk liur nampaknya..terus tak jadi beli.


Keluar dari situ, masuk kedai Omar Ali, belek terus ada yang sesuai dari segi warna dan budget cuma untuk Nadhirah tetap juga tak ada. Beli je untuk Umar dan si Abah..kurang rm200 untuk 2 pasang.


Lepas tu , beli baju kurung moden untuk Nadhirah di Hari-Hari, RM65 dan belikan terus T-Shirt 2 helai setiap sorang untuk Dhirah dan Umar,  tak ada daya upaya dah untuk masuk ke Sogo walhalnya sebelum tu janji dengan adik perempuan yang bekerja di Sogo untuk jumpa di sana.


Umarla yang  bising-bising dahaga, letih, sakit kepala, sakit lutut...wahhh kalah mama yang obes pulak, kecik-kecik dah pandai sakit lutut!Kita nak memilih pun tak senang, banyak benda nak beli tapi tangguhkan dulu la, nampaknya.


Makcik akhirnya beli sepasang jubah selepas banyak tempat melilau mencari jubah. Sudahnya saya sendiri tak beli apa-apa pun. 


Pukul 12.30 kami balik rumah, sampai 1.20...


Sekarang bila duduk atas kerusi, terasa betul-betul lenguh di dalam betis.Letih mengharungi lautan manusia yang berhimpit di laluan sempit di sepanjang Bazaar Ramadhan tu.