Umar update blog..

Budak sorang ni memang pantang lepa, ada peluang je dapat guna pc mesti dia takkan biarkan peluang berlalu begitu je.


Tadi saya tengah fikir tentang entry, tiba-tiba teringat nak ambik handphone kat bawah, berlalu turun dan Umar time tu memang dah ada kat atas .


Tengok mama dia dah turun, laju je dia main taip-taip, dia cakap nak update blog macam kakak jugak. Kakak dia dah berzaman tak update blog.







IKEA KATALOG 2012

Minggu lepas ada terima Katalog IKEA yang baru, memang tiap tahun bila keluar je katalog baru, kami akan diberi 1 katalog bagi setiap rumah sekitar beberapa taman berdekatan , mungkin di taman-taman perumahan yang lain pun sama juga, akan digantung dipagar bagi setiap rumah.


Suka sangat kalau dapat katalog IKEA ni, sejujurnya saya memang jarang ke sana dan kalau ke sana pun beli benda-benda yang paling murah je hu hu..


Kali ni rasa berkenan sangat dengan bedside table ni, harga sebenar RM129 tapi untuk tempoh 5-12 Sept nanti, harga akan turun menjadi RM59. Table tu boleh diletakkan majalah kat dalamnya dan boleh juga dihias dengan apa saja pada permukaan atasnya.



Hmmm nampaknya lepas raya ni, kalau ada duit yang masih berbaki, boleh la grab satu.
Kena bodek anak-anak lepas raya ni nampaknya, mereka banyak duit time raya he he.


Tidur di dapur takutkan Hantu Penanggal

Sebelum tidur malam tadi, kami 3 beranak menonton cerita PENANGGAL lakonan Amy Mastura di Astro Ria, dah banyak kali sebenarnya ditayangkan di Astro cuma malam tadi kami betul-betul berpeluang menonton.

Umar memang terlalu takut tengok cerita ni tapi masih juga nak menonton. Sudahnya malam tadi ketika tidur, dihimpitnya saya bagaikan nak masuk dalam perut semula je.

Pagi ni ketika saya memasak untuk sahur, Umar terjaga dan menangis-nangis, kebetulan puting hilang, bertambahlah rasa tak selesa nak tidur tanpa mama.

Umar ke dapur dan katanya nak teman mama masak. Bukan nak temankan mama tapi sendiri yang nak berteman. Cuak je muka, agaknya masih teringatkan drama PENANGGAL malam tadi kot.

Akhir cerita, Umar tertidur di dapur dan saya biarkan hingga kami selesai makan sahur lepas tu angkat dia baringkan atas sofa.









Nasi goreng lagi dan lagi..



Alhamdulillah, baru lepas bersahur...apa yang kami makan adalah seperti tertera di dalam gambar di atas he he.


Kami makan atas lantai je beralaskan suratkhabar.


Tidak dibenarkan merakam gambar ahli yang sedang bersahur kerana ada berwajah tak semenggah, ada yang  berpakaian menjolok mata ha ha.


Selamat Berpusa.