Pembakar Semangat untuk lebih rajin berblogging


Tak sepatutnya ada sebarang alasan lagi kan untuk menyiarkan entry kosong tanpa gambar.


Hadiah untuk diri sendiri , itu lebih bererti kerana hasil daripada titik peluh sendiri.


( biasalah kalau tak ada sapa nak hadiahkan,semua ayat keluar, hasil titik peluh sendiri la, apa la)


Tak la hebat mana pun, tapi saja nak menunjuk-nunjuk he he.

Akhirnya bercerai jua....Umar dan Puting

Sebahagian koleksi gambar Umar dan puting..secara tak sengaja Umar terhilangkan puting tersebut beberapa hari sebelum raya, dia dah mencari di tempat-tempat yang dirasakan perlu dicari tetapi gagal ditemui dan akhirnya dia mengalah.." Umar dah besar pun, tak hebat kalau masih ada puting"















Sunyi sepi blog ini seminggu nan lalu..

Blog orang biasa-biasa macam saya ni memang cepat jatuh merudum bila kurang update dan blogwalking,contoh ketika cuti hari raya minggu lepas, traffic sungguh lah lengang seperti jalan di Kuala Lumpur ketika semua wargakota pulang beraya di kampung.



BE pulak dah tinggal satu je, tapi syukurlah masih melekat walaupun satu.


Nampaknya lepas ni kena gigih membelai dan memanjakan blog semula.

Cerita raya yang katik..

Akhirnya selepas lebih seminggu bercuti untuk Aidilfitri,kembali kepada rutin yang sentiasa ditunggu-tunggu, update blog walaupun sejak Ahad dah jenguk tapi mood untuk update belum mari.


Gambar raya satu pun tak ada , jadi malas nak bercerita panjang-panjang tentang hari raya.


Balik beraya di Terengganu hanya hari raya pertama dan kedua je. Pagi raya ke 3 dah bertolak balik ke Tampin. Pagi Ahad sudah bergerak balik KL semula.


Sekian, cerita raya 2011 yang paling pendek .