Cukai 6% untuk prepaid dan pek baru...tak setuju!

Sehari dua ni kita asyik dengar berita tentang cukai 6% ni kat mana-mana je.


Saya secara peribadi memang tak setuju la dengan cukai ni, terlampau tinggi, tiap minggu kena tambah nilai prepaid, kalau dah tiap kali tambah kena charge 6%, mau cukup bulan pandang kad prabayar tu je la kalau rasa lapar. Itu kalau bicara pasal belanja untuk top up je, belum masuk lain-lain keperluan.


Kenapa sekarang ni rasa makin terhimpit terbeban dengan segala kenaikan , caj itu ini..kenaikan gaji hanya 5% setahun ( di syarikat saya bekerja), dengan kenaikan 5% memang sejujurnya tidak mampu menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat .


Tadi ada dengar PM kita cakap minta kaji semula caj 6% tu..ntah la, kita ni orang-orang kecil yang tidak mempunyai pangkat dan kedudukan hanya mampu menerima segala keputusan dan pendek kata, tiap kali hadapi masalah kenaikan harga barang, caj, kita hanya mampu bersuara dan kemudian kita sendiri kalah dengan situasi, ini merujuk kepada diri sendiri. Mula-mula memanglah angin je tapi lepas tu kita pun ikut je lah arus kehidupan.


Panjang pulak membebel malam ni, mungkin sebab perut terlalu kenyang makan nasi lemak dan nasi impit sepanjang hari ni. 


Agaknya ada ke yang setuju dengan caj 6% ?


Lain kali pandang betul-betul..IKEA 2011

Alkisahnya semalam, keluar dengan rakan sekerja , tempat yang asyik disebut-sebut nak pergi sekembalinya daripada raya, mana lagi kalau bukan IKEA.


Hari tu saya ada post gambar ni. Harga sebenar sekitar 129-149 kot, tapi untuk tarikh 5/9/2011-18/9/2011, harga barang ni menjadi RM59.


Rakan saya beli 2 , saya hanya beli 1.


Sebenarnya tajuk di atas tu nak ceritakan perihal saya yang kemaruk nak beli cultery set, terpandangkan tulisan tergantung yang menyatakan dengan jelas tentang harga cultery set tu, RM36 untuk 24pcs.
Tanpa berlengah terus ambik 1 set dan terus ke kaunter bayaran.


Sekali terpandangkan pada skrin pembayaran tu ada harga RM129, tertanya pulak rasanya ambik semua yang murah je tadi tapi apa pulak halnya sampai beratus-ratus kena bayar. Rupanya saya terambil cultery set  yang mahal. 


Dengan muka tak malunya saya mintak adik cashier tu cancel kan pembelian cultery set tu. Memanglah malu tapi lebih baik saya cancel kerana buat masa ni benda semahal tu bukan la keperluan saya.
Set yang membuatkan saya berpeluh di kaunter pembayaran IKEA semalam.