Alahai anak-anak mama..

Alkisahnya adalah tentang duit raya yang anak-anak saya terima sepanjang musim raya ni, ada lah lebih kurang rm100 sorang kot, belum betul-betul kira lagi memandangkan musim raya belum berakhir.

Minggu lepas....

Nadhirah: kalau duit raya ni dhirah bagi mama untuk mama pergi spa, ok  tak?

Mama :  tak apalah, simpan je dulu duit tu, esok-esok nak guna untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

semalam...

Nadhirah: duit dhirah ada seratus je, kalau nak hantar mama pergi Slimworld agaknya kena tambah berapa lagi?

Mama : bukan murah nak ke sana, kena ada ribu-ribu baru dapat pergi.

Nadhirah : maknanya kena tambah 900 lagi la untuk mama ke sana.



petang ni..

Umar : eh banyak la duit raya Umar ni..

Mama : bagi abah, biar abah masukkan dalam bank ...

Umar : nak kena bagi mama ni, sebab mama selalu tak ada duit.. ( sambil bangun menuju ke handbag mama)

Abah : ehh Umar nak ke mana dengan duit tu?

Umar : nak masukkan dalam beg duit mama.

Mama yang tengah masak kat dapur rasa sungguh-sungguh terharu dengan sikap 2 anak ini.

Semoga sampai bila-bila mereka mempunyai sifat sayangkan ibu bapa dan juga orang-orang tua.




Malas datang bertamu

Bangun sejak pukul 5 lagi tapi satu apa pun tak buat.


Perut penuh berangin, agaknya hujung minggu ni dihabiskan dengan pelbagai jenis makanan.


Rasa seperti nak MC tapi hari ni ada satu kerja penting perlu diselesaikan di pejabat.


Pakaian kerja dan baju sekolah anak belum bergosok.


Kain yang dah kering menimbun,  menunggu untuk dilipat.


Bantal memanggil minta sambung baring.


Update blog pun setakat melepaskan batuk di tangga.


Makin teruk rasanya tahap kemalasan dalam diri, sekali menyerang semua jadi lemah.


Ada tak orang yang turut malas seperti saya di pagi Isnin nan indah ini?