Hari yang cukup mengah..

Kita hanya mampu merancang, Allah jua Yang Menentukannya..


Plan asal punya la cantik, berderet listing kerja rumah segala bagai..sudahnya hanya sempat kemaskan pokok-pokok belakang rumah je, lepas tu terus mengah, macam nak kena asma je.


Tak berani nak teruskan kerja, lepas je ambik anak-anak dari sekolah pukul 11 pagi tadi, terus berehat je.


Hmm nampaknya kena tunggu Jumaat nanti untuk selesaikan kerja-kerja rumah yang tertangguh.








Hari ni....surirumah sepenuh masa!

Hmmm seronok sebab bercuti sebagai pekerja ofis tetapi hari ini saya lah majikan, saya la kuli kat rumah .


Terlalu panjang senarai jika nak disenaraikan apa yang perlu saya buat bermula awal pagi ni hingga petang nanti..


Dipendekkan cerita, hari ni saya adalah bibik dan drebar.


Tak lupa, hari ni kena curi masa untuk post entry dan blogwalking sebanyak mungkin.