Penuh santai hari ni..

Dah malam dah...kejap je masa bergerak , kalau cuti...cuba kalau hari kerja, kejap-kejap tengok jam, belum pukul 10 pagi..lepas tu tengok jam lagi menunggu waktu lunch. Dah abis lunch menunggu waktu balik pulak..begitulah setiap hari saya di pejabat, macam kena paksa ke ofis pulak.


Pagi ni rutin kembali asal, ke pasar Selayang bersama makcik dan Umar. 


Balik rumah masak...lepas tu bersantai-santai tengok Gerakhas The Movie..Umar memang minat gila dengan cerita kepolisan ni.


Tamat tayangan Gerakhas, kembali mengadap blog.


Usai bermesra dengan blog, turun bawah semula untuk luangkan masa dengan membaca Harakah, MIDI dan RAPI.


Malam menjelma....post 1 entry sebelum merebahkan badan menemani anak-anak tidur.


Begitulah putaran kehidupan dengan cerita yang sama namun sangat indah dilalui , tanpa mereka disisi memang kosong tak bermaknalah hidup ini.

Uda dan Dara


Baru saja selesai membaca novel ni....lain daripada yang lain, saya rekomenkan kalau ada yang tertanya-tanya best tak kisah novel ni.


Kisah ni agak banyak bermain dengan emosi. 


Cinta sejak kecil yang penuh dengan liku-liku hingga ke alam rumahtangga masih juga berliku.


Bacalah kalau nak tau kisah yang dipaparkan.


Saya puas hati sebab kebanyakkan novelist sekarang suka cedok sikit-sikit daripada lain-lain novel kemudian kembangkan serba sikit untuk jadi kan satu novel.


Aisya Sofea salah seorang novelist yang tau apa yang perlu dihidangkan kepada pembaca setiau beliau.


*** sapa yang suka baca novel kat sini? 

Kesan Obesiti- Carian Popular



Boleh dikatakan setiap hari keyword "kesan obesiti" digunakan untuk sampai ke blog saya ini.

Nampaknya ramai orang yang mencari info tentang obesiti. Dan pastinya ramai yang menghadapi masalah obesiti.

Saya masih lagi di dalam kategori obesiti dan semakin bertambah tahap obesitinya.

Kalau melihat pada gambar raya yang terbaru, kelihatan muka saya seperti sembab.

Oleh sebab itu la, malas saya nak upload gambar raya dan sewaktu dengannya.

Apa yang ketara pada diri saya sejak mengalami obesiti adalah sakit lutut dan sakit pergelangan kaki yang agak serius. Saya tak boleh nak berdiri terlalu lama dalam satu tempoh masa , kalau berdiri lama sikit je memang sakit sangat pada pergelangan kaki.

Badan cepat berpeluh dan semestinya akan cepat berbau ( suatu perkara yang memalukan tetapi salah satu info yang bermanfaat untuk dikongsi). *** mengundang rasa malu yang teramat kalau tak dapat dielakkan.

Selain itu, saya cepat terasa mengah bila buat sesuatu kerja yang memerlukan tenaga yang lebih.

Tidur pula diiringi dengkuran yang mengganggu halwa telinga orang lain.

Sentiasa malas dan mengantuk.

Masalah penghadaman turut terganggu, menjadi agak sembelit dan jika tidak dapat air mencukupi boleh mengakibatkan sembelit yang teruk hingga berdarah.


Dan...yang pasti perasaan rendah diri semakin mengawal kehidupan.

Setakat ini , semua kesan di atas masih membelenggu hidup saya.

Saya tak tau bila semua ini akan berakhir kerana setiap usaha untuk membanteras masalah ini masih lagi tersangkut-sangkut.

Tentu tak sukar nak mencari yang mana satu saya.....