Hantu Bonceng @ Astro First

Kredit gambar untuk Gua. Com



Hari ni hari ke 2 bercuti, tak sempat nak update blog pagi tadi sebab agak sibuk sediakan sarapan ( macam kali pertama pulak he he), ada jemputan open house ke Jatimas dan jemputan rumah kawan pejabat ( tapi tak pergi pun). 


Sebenarnya kalut sikit sebab biasanya lepas Subuh terus siapkan kemas mengemas, cuci mencuci pakaian tapi hari ni saya baring-baring semula lepas Solat Subuh. Umar ni mana boleh lena lagi dah kalau mama tak ada kat sebelah.Jadi konon nak temankan Umar, dengan mama sekali terlelap.


Balik dari Jatimas, terasa macam bosan pulak, time tu panas terik pulak, tiba-tiba tergerak hati nak ambik Astro First, check cerita ada filem Hantu Bonceng. Hmmm terkinja-kinjalah 2 beradik ni sebab minat dengan Zizan.


Cerita ni seronok di tonton sekeluarga, sebenarnya mama terus lena lepas ambil bantal konon nak fokus pada jalan cerita, tinggal lah anak-anak yang tengok, bila terjaga tengok Nadhirah masih menonton , Umar sedang lena.


Sempat la tengok sikit sebelum terus ke dapur siapkan hidangan makan tengah hari.


Sampai ke petang ni, Nadhirah dah menonton sampai 5 kali..berbaloi bayar rm15 untuk filem ni.


Lepas ni kata Nadhirah, boleh la ambil cerita Raya Tak Jadi pulak...atau pun cerita Jonny English Reborn.
(hmmm potong pakej lain dan terpikat dengan pakej lain pulak dah nampaknya).


Agak menguntungkan juga kalau nak dibandingkan dengan menonton wayang, tak dinafikan menonton di panggung lebih memberi kepuasan kerana kesan bunyi dan persekitaran tetapi bagi saya yang kurang gemar ke panggung, lebih santai menonton di rumah saya bersama anak-anak.


**** kawan-kawan suka menonton wayang atau suka baring-baring depan TV?