Gara-gara Fida buka tudung...UV Naik Mencanak!

Kali pertama dalam sejarah saya berblog, hari ni UV Nuffnang Analitik saya mencanak naik, kalau selalunya paling tinggi pun takat 87 UV sehari..hari ni mencanak naik hingga ke 500++. Gara-gara ENTRY INI





Hebat penangan si Fida ni rupanya, ramai peminat ambil tau , bila ramai yang ambil tau maknanya ramai yang sayang, patutnya dia kembali jaga penampilan seperti sebelum ni la, harap-harapnya begitu la..lagi pun dia pun pernah jadi pengacara rancangan kanak-kanak di Astro Ceria  tak lama dulu ( Rancangan Riwayat Kamil, kalau tak silap)...dari situ la Nadhirah mula kenal 'Kak Fida' ni.


Apa pun dunia yang diceburinya begitu besar dan kuat dugaannya..hanya yang kuat saja mampu mengharunginya dengan sebaiknya.

AMARAN! Tengok saiz pinggang...

Kalau anda seorang wanita...ukuran saiz pinggang melebih 34.60 inci..

' ANDA SEBENARNYA SEDANG MENGHAMPIRI MASALAH KESIHATAN, JIKA TIDAK DIKAWAL, IA BOLEH MEYEBABKAN PENYAKIT DIABETES,JANTUNG DAN KELAINAN PADA TAHAP KOLESTROL'




Obesiti boleh sebabkan buta

Info ini saya perolehi dari MAJALAH MIDI, ngeri jugak membayangkannya, apatah lagi sendiri sedang menghadapi masalah obesiti.

2 doktor mata daripada Goldschlger Eye Insititute Sheba Medical Centre, Prof Michael Belkin dan Dr Zohar Habot-Winner mengkaji lebih daripada 20 penelitian yang melibatkan pesakit di seluruh dunia.

Mereka mendapati terdapat hubungan yang sangat kuat antara obesiti dan berkembangnya empat masalah mata yang menyebabkan kebutaan, penurunan penglihatan kerena usia, katarak, glaucoma dan diabetic retinopathy.

Menurut doktor Prof Belkin, mereka dengan BMI tinggi atau obesiti mempunyai risiko masalah mata yang lebih tinggi dan keempat-empat masalah mata akan lebih cepat berkembang pada mereka yang obesiti.

***Hmmm saya dapat rasakan saya seperti menghadapi masalah rabun dekat sekarang ni, adakah kerana obesiti, usia atau banyak mengadap komputer.

***Kawan-kawan semua ada menghadapi masalah rabun dekat macam saya tak?

Kurus dengan produk Sendayu Tinggi

Malam tadi tidur lewat, blogwalking dan cari info..salah satu info yang dicari adalah tentang produk untuk menguruskan badan.

Salah satu menarik perhatian adalah produk dari Sendayu Tinggi..sebab apa tertarik? hmm ada kawan kat ofis tu badan dia dulu boleh tahan jugak la..pernah join aerobic sama-sama dengan saya satu masa dulu.

Sepanjang aerobic, tak ada nampak dia macam susut tapi bila stop aerobic dan ambik produk Sendayu Tinggi, memang ketara penurunan beratnya dan sekarang dah lebih 5 tahun dia maintain slim. 

Ada tak sesapa yang baca entry ni yang ada pengalaman menggunakan Set Slimming Sendayu Tinggi ni? Kongsi-kongsikan la dengan saya yang obes ni.....bukan bermakna saya nak beli tapi orang kata kita dengar apa kata mereka yang berpengalaman sebelum membuat keputusan.



Nadhirah kecewa tengok gambar Fida tak bertudung!

Petang semalam baru saja berakhir drama bersiri Kasih Alia, Nadhirah memang minat sangat dengan Alia lakonan Fida ni...ayu je bertudung. Sentiasa sedih dan hidup malang. 

Malam tadi dia sempat lah temankan saya blogwalking sekejap, masa blogwalking di blog BEAUTIFULNARA.COM, Nadhirah terkejut tengok gambar ni. 

Kredit gambar dan sumber berita dari BEATIFULNARA.com

Biasalah budak-budak cepat jadikan orang popular sebagai idola, kalau nampak cantik, sopan santun bertudung terus la dia jatuh suka. Hmmm susah nak cakap kan? Nak terangkan kepada anak zaman sekarang tak boleh guna main cakap macam kita dulu-dulu, apa yang mak cakap semua main setuju je, tanya lebih -lebih kena marah..zaman sekarang semua perkara kena jelaskan sejelas jelasnya.

Teringat kata Wardina satu masa dulu, tak ada artis yang boleh dijadikan idola untuk anak-anak. TIme tu ramai artis yang tak setuju dengan pendapat Wardina.

Apa pun ini sekadar gambar, kita tak tau apa kedudukan sebenarnya ...


Kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik sini.

Tutorial buat scroll pada bloglist dan blog archive

Ok, setelah DIANA bagi komen tentang bloglist dan blog archive saya yang panjang berjela tu dan dia syorkan agar buat scroll pada kedua-dua widget ni.

Ok, saya ni memang agak terkial -kial orangnya kalau bab-bab edit HTML tapi kebaikan berblog adalah saling bantu membantu secara maya. Sungguh bagus!

Ok, berpeluh jugak la sebab pada mulanya saya ke blog CIKTOM, di situ ada tutorial mengenai perkara ni tapi mungkin tak sesuai dengan html code template saya ni.

Ok, tak nak berputus asa, cuba pergi ke blog lain, iaitu blog kroleZONE, Alhamdulillah sesuai dengan html code template ni. 

Ok, berjaya sudah! terima kasih untuk CIKTOM  dan kroleZONE . Boleh klik pada nama mereka berdua ye kalau nak tau tutorialnya bagaimana .

OK.

*** OK tak lepas buat scroll ni? komen ye!



Blog Review oleh Dianarashid.com

Bulan puasa lepas, saya ada buat ENTRY NI sebagai syarat untuk mendapat review daripada DIANA.

Hari ni DIANA dah pun review blog saya ni. Boleh baca kat SINI.

Kali pertama blog ini direview oleh mereka yang lebih berpengalaman dari saya. Rasa malu-malu mulanya nak baca review tu.** mengada-ngada

Tak banyak yang DIANA komen tentang blog ini kecuali DIANA cadangkan pasang scroll untuk bloglist dan blog archive.

Ok, saya akan cari cara-cara nak pasang scroll semua ni.

** ramai yang puji header blog ni, sebenarnya ini hasil kreatif Puan Sha dari Whitey Mommy. Saya ni satu apa pun tak reti tentang header segala bagai ni. Kita kena serahkan pada yang pakar kalau kita tak boleh buat.

Apa pun terima kasih untuk DIANA kerana sudi review...saya buka kepada sesiapa saja untuk memberi cadangan dan komen maupun kritikan membina tentang blog saya ini.