BOB LOKMAN - Hijrah diri ke arah kebaikan

Tengah hari tadi , Bob Lokman ada datang memberi ceramah ringkas di surau ofis saya.

Agak teruja jugalah nak mendengar ceramah beliau, sayangnya masa sangat singkat untuk beliau berceramah lebih panjang.

Walaupun ramai yang teruja , ada juga yang awal -awal lagi menyatakan tidak berminat untuk hadir kerana penceramahnya itu adalah orang PAS. Hangat juga hati sekejap mendengar alasan itu tetapi itu masing-masing punya pendirian, apa kita boleh buat.

Dalam ceramah ringkas beliau tadi ada diceritakan serba ringkas kisah penghijrahan beliau, sebab dan mengapa beliau memilih untuk berhijrah. Atas niat untuk hidup bahagia selepas mati membuatkan beliau berhijrah. Dihuraikan serba sedikit tentang kebimbangan beliau melihat cara pembesaran anak-anak beliau dengan kemodenan dunia sekarang.

Ada diceritakan tentang riak halus yang kita sering tak perasan, seperti bangga dengan pakaian yang dipakai, kereta yang dipandu, rumah yang didiami, tempat bercuti dan sebagainya.

Cerita tentang kepercayaan kita atas kewujudan Allah. Tujuan dan matlamat hidup yang akan menentukan kita memilih jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya.

Itulah serba ringkas ceramah beliau, dalam masa 30 minit je ceramah itu namun cukup memberi pengajaran kepada kami yang hadir. Sebenarnya penuh ruang solat tadi walaupun ada yang tidak berminat.

Seperti kata Bob, jangan kita memandang siapa yang bercakap tetapi dengar apa yang dicakapkan, usah membuta tuli mengikut apa yang dicakap tetapi cuba halusi dan rujuk kepada yang lebih arif sekiranya kurang yakin.

Sekadar perkongsian bersama.

Gaun Memey akan ke muzium?

Kredit gambar untuk BEAUTIFULNARA.COM


Merah sangat la mak ngah, macam orang zaman dulu-dulu je....opppsssss salah iklan pulak.


Memang merah pun kan? 


Psst psstttttt.....dengar cerita, gaun ni bakal berada di Muzium  selepas majlis perkhahwinan ni berakhir. 


Nampak macam biasa-biasa je gaun ni untuk di letakkan di muzium, mungkin sebab ada mutiara kot nampak macam mahal...ntah la tak reti nak buat penilaian la sebab memang tak ada gaun pun selama hidup ni he he.


Hmmm apa kriteria untuk sesuatu barangan itu terpilih untuk diletakkan di muzium?