Performance blog Dahlia Journal Sungguh Mengujakan saya!

Malam ni berpeluang mengadap PC lebih awal memandangkan tiada siapa yang heran dengan PC ni nampaknya.


Anak-anak sedang seronok bergurau mesra dengan abah mereka.


Lantas, saya pun terjah lah ke blog Dahlia Journal hasil rekomen oleh Puan Bee  sebelum ini.


Banyak ilmu blogging ada di sini..ye , sesungguhnya saya rasa kalau serius ingin menjana pendapatan melalui blog, banyak sangat ilmu terutama tentang SEO yang perlu saya cari.


Blog DJ ni mempunyai traffic yang sungguh tinggi, tak tercapai dek blog saya .


Blog saya ini hanya mempunyai traffic sekadar antara 50-90UV sehari.


Termenung panjang tengok performance blog DJ setiap bulan, kalau tak percaya, boleh KLIK SINI


Masih belum idea dan plan untuk menjadikan traffic blog ini sedemikian rupa.


*** berapakah UV traffic blog kawan semua?

Gambar Fida yang terbaru

Disebabkan sepanjang masa di analitic Nuffnang saya, hanya keyword Fida dan tudung je yang dicari orang, saya cuba lah mencari update-update yang berkaitan Fida.


OK, ni gambar terbaru beliau selepas keluarnya kisah-kisah beliau dan tudung.



KREDIT GAMBAR UNTUK ROTIKAYA. COM.

Sapa nak baca cerita terbaru tentang Fida ketika gambar ini di rakam, boleh lah jengah SINI.




Cinta Elysa - Fasha Sandha dan Johan Arif

Tadi tengok TV3 gazet untuk episod seterusnya drama 'Cinta Elysa' lakonan Fasha Sandha, rupanya dah masuk episod 2 dah...masa gazet episod 1, hati macam berminat nak tengok drama bersiri ni..kononnya la..


Dah lama tak ikuti drama bersiri kecuali Kasih Alia yang baru berakhir minggu lepas, itu pun takat tengok ketika buka puasa dan beberapa siri selepas raya.


Berdasarkan daripada gazet yang ditayangkan, saya dapat agak lama-lama si Fasha tu akan jatuh cinta jugak dengan si Johan. tu.. hmm mungkin macam kisah-kisah cinta yang selalu dipaparkan sebelum-sebelum ni juga.


Mula-mula benci tak ingat punya, lepas tu baru la mula sayang, jatuh cinta dan timbul la lain-lain problem.


Oleh kerana waktu tayangan sekitar 9 malam, time tu masih belum siap lagi dengan kerja rumah, sukar sikit la nak fokus pada TV. Berebut dengan kain baju, makan malam, kerja sekolah anak, temankan anak tidur ..sedar-sedar dah habis drama.


Bila dah ada masa, terus laju on PC untuk layan blog pulak, memang sampai sudah la tak ada can nak fokus pada drama bersiri. 



*** ada ke yang dah mula mengikuti drama bersiri Cinta Elysa ni?


Prejudis


Kadang-kadang hidup di dalam lingkungan orang yang sentiasa prejudis terhadap pendirian, sikap dan sifat serta prinsip hidup orang lain, boleh membuatkan kita seperti hidup di dalam sebuah kotak yang sempit dan gelap.

Nak keluar tak boleh, nak kekal kat dalam tu pun tak boleh. Kita pulak lama-lama yang stress.

Beginilah ibaratnya kalau ada kawan yang suka sangat tunjuk prejudis dia terhadap orang lain, kadang-kadang kita sendiri sebagai sahabat beliau pun masih gagal memahami kenapa dia suka macam ni?

Apa yang saya nampak, mereka yang suka prejudis pada orang lain selalunya merasakan diri dia hebat dan berada di pihak yang sentiasa betul.

Hmmm kita tegur dengan baik pun pasti berderet hujahan yang keluar dari mulut dia. Ada waktunya , dia boleh prejudis pada kita kawan lama dia ni hanya kerana tidak sependapat.

** Ada tak dikalangan kawan anda semua yang suka bersikap prejudis terhadap orang lain?

Joyful Art - Fokus terbaru Nadhirah dan Umar

Buku ni baru je beli semalam, sorang satu. Nanti tak adalah yang bising-bising mengadu adik kacau buku kakak. Jadi si kakak tolong belikan untuk si adik sekali. 

Dapat je buku ni daripada Nadhirah, konon hadiah la tu daripada seorang kakak...Umar  terus mewarna, cari lukisan yang dia suka dulu, mula-mula Ben 10, kemudian Doraemon.

Nadhirah pulak melukis dulu, kemudian baru mewarna. Biasalah perempuan ni lain sikit kalau nak compare dengan lelaki, perempuan mesti nak tengok-tengok dulu, cuba-cuba lukis, kemudian baru la mewarna.

Dalam buku ni ada di ajar cara-cara untuk melukis dengan mengikut arahan yang diberikan dalam bentuk lukisan.

Agak menarik untuk kanak-kanak seusia Umar dan Nadhirah.




Kakak punya!

Dah tentu la Umar yang punya.


Tudung Fida dari songket.



Dah macam-macam fesyen boleh digayakan dengan songket sekarang ni...Saya suka songket Terengganu, cantik dan asli tenunannya.