Sukarnya mencari identiti blog sendiri.

Sudah setahun saya berblog, sampai ke saat saya menaip entry ini saya masih lagi tak dapat mencari kelainan yang seharusnya saya tonjolkan pada blog saya bagi membezakan antara blog saya dengan blog blogger lain.


Tiada sesuatu yang unik atau lain daripada kebiasaan. Sama saja.


Senang bercerita tentang hal-hal peribadi bersama keluarga, kisah di tempat kerja..kalau rasa nak up traffic sikit, cari kisah-kisah artis. 


Sama, tiada beza dengan lain-lain blog yang sedang merangkak bersama untuk naik.


Saya tidak suka terlalu kerap menceritakan perihal artis tetapi cerita sebegitu menaikkan traffic blog.


Saya tidak mahu mengikut idea Ben Ashaari yang sememangnya sudah jadi satu trademark bersama segmen.


Saya tidak tau bagaimana harus mencungkil keunikan yang ada di dalam diri lantas dizahirkan pada muka blog.


Kalau saya membaca tip blogger berjaya, salah satu cara untuk cepat naik adalah dengan menampilkan kelainan di dalam berblog.


Ok saya percaya, di dalam apa bidang pun, kelainan adalah yang menjadi X faktor untuk satu kejayaan.


Tetapi kalau kita melihat beberapa blog yang popular, blog mereka biasa-biasa je, boleh dikatakan hanya cerita peribadi semata-mata tetapi saban bulan mendapat sponsored post.


Hmm mungkin selain keunikan, blogger perlu juga popular..popular tu macam satu perkataan yang amat jauh panggang dari api untuk diri saya.


*** mungkin hari ni badan terlalu penat, otak pun letih, menulis apa saja yang terlintas di fikiran.



Hari Sukan Tadika Naluri Kreatif

Semalam berlangsungnya hari sukan tu, nun jauh di padang berhampiran Muzium Alam Semulajadi, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya..tak ramai ibubapa yang datang , mungkin tempat agak jauh berbanding tahun sebelumnya.


Selepas je acara makan berakhir, kami minta diri lebih awal kerana perlu ke rumah supplier selimut tampal di Presint 9.


Gambar ketika acara berlangsung hanya di dalam bentuk video , saya hanya upload gambar-gambar santai kami kat sana je la.













Kali pertama jumpa komen Ben Ashaari pada entry

Mungkin selama ni saya tidak banyak buat blogwalking, sebab tu saya tak pernah jumpa Ben Ashaari komen pada mana-mana entry. 

Pernah terfikir mungkin hanya entry yang betul-betul memerlukan dia komen baru la dia akan berbuat demikian.

Pagi ni ketika blogwalking di blog INI, lepas baca entry ni , klik pada ruangan komen, aikkk terkojut den sebab tengok BA komen, hmmmm setuju dengan komen BA tu..saya pun tak minat dengan Memey-Norman-Abby tapi berilah sedikit ruang untuk pasangan pengantin tu untuk memulakan hidup dengan sebaik mungkin. Sejak awal hingga ke berkahwin, semuanya dirai dengan kebencian.


Hanya entry yang terpilih aja yang menjadi pilihan Ben Ashaari untuk meninggalkan komen , nampaknya ya!


Kalau saya menjadi tuan blog tersebut, mesti rasa sangat berbesar hati bila blogger popular dan juga berjaya datang baca entry dan meninggalkan komen.





Gambar sekitar Majlis Pernikahan Norman-Memey

Sekadar beberapa keping gambar sebelum majlis akad nikah bermula,nak tengok lagi banyak gambar , boleh la KLIK SINI


Terimakasih untuk OHBULAN!