Diinterview selepas 15 tahun..

Tak disangka-sangka petang tadi, saya kena interiview oleh salah seorang top management yang akan mengambil alih majikan saya bermula 1/10/2011 iaitu bersamaan dengan 15 tahun perkhidmatan saya di situ.


Tukang interview tu bukannya orang kita yang tau makan budu belacan tapi orang yang jenis makan salad daun daunan tu...rambut sedia perang bukannya macam orang kita yang buat-buat perang.


Maka, saya yang hanya mampu berbahasa bahasa mereka pada tahap budak sekolah rendah aja ni menjawab sepatah-sepatah je la ...walaupun tak lancar, nampaknya si rambut perang tu mampu mencatat dengan baik apa yang saya cakapkan.


Tidak kurang 15 soalan yang perlu saya jawab mengenai latar belakang , keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, tentang syarikat sekarang,tentang syarikat yang bakal mengambil alih, tentang misi saya untuk 5 tahun akan datang, seronok tak seronoknya bekerja di sini.


Nasib baik la ianya berakhir dengan baik dan lancar. Rasanya lebih dipanggil mengejut begitu daripada diberitahu awal-awal, tau jelah saya ni ratu segala gelabah dan gemuruh! Tambah pulak kalau kena bercakap I, U ni...lagi lah terbelit lidah.


Interview tadi sekadar untuk mengetahui lebih details tentang pekerja di syarikat saya tu, kiranya nak mengenali dengan lebih rapat lagi la. Bukan untuk apa-apa pun..


Semoga rezeki lebih murah, hati lebih suka nak ke pejabat selepas proses pengambilalihan ini.


** madam masih jadi bos saya , harap-harap dia tak tukar kerja.

Selayang Mulia - Internet signal nyawa-nyawa ikan!

Beberapa malam ni saya tidak dapat blogwalking kerana internet seperti hidup segan, mati tak mau.


Kita yang tercatuk depan PC ni terasa macam nak hempuk kepala pada monitor je, tapi kalau hantuk mau sendiri yang tambah sakit.


Sudahnya off pc dan mengadap novel.


Malam ni saya update tentang perkara ni awal-awal sebelum signal terus hilang dan awal pagi esok baru la mulakan kerja-kerja blogwalking , kalau mata ni mampu celik lebih awal daripada biasa. ( macam la ada orang kisah saya update atau tidak). 


Hari ni penat sikit sebab berkejar dengan kain baju sekolah yang kena cuci tangan, semalam layan rasa malas, hari ni tanggung sendiri la risiko atas kemalasan hari semalam.


** kawan-kawan, apa cerita hari ni?



Supplement untuk Wanita

Sejujurnya saya ni kan, tak ada mengambil apa-apa makanan tambahan secara konsisten. Sedikit hari lagi usia akan melewati 40 tahun, sepatutnya dah mula mengambil makanan tambahan.


Jom la kita pakat share, apa supplement yang kawan-kawan semua ambil dan apa faedah yang telah dialami sejak ambil supplement tersebut?


Ringkasan ejaan pada entry

Saya akui yang saya ni bukan la pakar bahasa pun , lulusan pun takat SPM je tapi saya agak "tidak boleh nak berkompromi" dengan mereka yang suka menggunakan ejaan yang terlalu dipendekkan. 
Nampaknya takat pergi sekali je la ke blog tu lepas tu tak ada lagi de...


Kalau setakat ringkasan ejaan yang biasa-biasa tu masih boleh di terima la ( walau pun terima tak sepenuh hati) tapi kalau satu entry menggunakan ringkasan yang saya sendiri terkial-kial menafsirkan maksudnya, itu satu kerugian sebab kalau kita menulis entry, kita mahukan pembaca faham apa yang kita tulis.


Biasanya tiap kali saya baca entry, selalu saya perhatikan pada ejaan, setiap satu saya perhatika perhatikan. Selalu rasa tidak puas hati dalam diri sendiri kalau terjumpa ejaan yang sengaja-sengaja di pendekkan. Bagi saya ini merosakkan bahasa.


Saya masih menggunakan ayat penuh ketika bersms kecuali untuk ringkasan yang memang kita dah biasa guna , biarlah nak dikatakan orang kampung, orang skema tapi bagi saya menjaga ejaan salah satu perkara yang penting juga . ( eh ada yang gelak ehhh? ) 


Pernah saya terdengar kawan saya cakap , apa lah tulis sms guna ayat penuh, macam orang kampung je..ish ish tak pasal-pasal orang kampung jadi mangsa pulak, apalah dosa orang kampung, suka sangat dikenakan hukuman yang tak ada logika langsung!


Entry ni tak ada niat nak kondem sesapa pun, sekadar meluahkan pendapat yang ada dalam benak fikiran saya.


Terpulang pada individu , mungkin faktor masa menjadi penghalang untuk menulis ayat dengan ejaan yang penuh. Ye lah, masa itu emas , kan? 


** kawan sukakan ejaan yang ringkas jugak ke?

Gambar Beg Guna Semula

Sekarang ni kan, tiap Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya dan premis seperti Guardian, Watsons ( sekdar meyebut beberapa tempat sebab tempat ni kerap disinggah-singgah jenguk) Kalau kat pasar basah masih lagi ada beg plastik.

Kita masih boleh dapatkan beg plastik di tempat tersebut dengan membayar beberapa sen untuk sehelai beg plastik.

Dengarnya, selepas ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperluaskan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik ' ke pasar tani pula.

Kempen ini akan membantu kita menjaga alam sekitar bukan untuk masa sekarang, malah masa depan generasi kita.

Ni ada beberapa gambar beg guna semula, cantik-cantik kan?





Irma Hasmie doakan kebahagiaan Nabil

“Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri. Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.”


”Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf. Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun.”


Makin manis, sejak bertudung


Itulah kata-kata si cantik manis, Irma kala ditanya tentang kehadirannya di majlis perkahwinan Nabil nanti.


Semoga semuanya melalui kehidupan dengan penuh kebahagiaan.






Majalah Anjung Seri October 2011

Saya ni suka sangat dengan Majalah Anjung Seri tapi tidaklah membeli setiap bulan, kadang-kadang beli, kadang-kadang tidak .
Keluaran Terbaru, Oktober 2011

Sebahagian koleksi sejak dulu-dulu

Kononnya beli majalah ni sebagai bahan rujukan la untuk menghias rumah tapi sampai saat ni rumah saya masih lagi tidak berhias. Sabtu Ahad kemas elok, masuk Isnin hingga Jumaat, macam tongkang pecah.

Tapi tak apalah kan, sekurangnya dah ada bahan rujukan boleh lah rujuk bila-bila perlu.

Saya suka sangat dengan ruangan" Sentuhan Peribadi" di dalam majalah ni .Pelabgai gaya hiasan ditonjolkan. Saya sukakan gaya Inggeris yang agak sederhana, bukan keseluruhannya Inggeris.

Manakala suami pulak sukakan gaya moden. Dek kerana pertembungan minat agaknya, rumah kami tidak bergaya ala apa-apa pun hi hi...


Ni salah satu rumah yang terpilih untuk ruangan 'Sentuhan Peribadi' dengan hiasan ala Inggeris, kemas je rumah ni, walaupun tuan rumah ni mengasuh 6 orang anak jiran yang masih kecil. Tabik spring la pada akak ni.






Cantik kan? Sejuk je mata memandang...

** kawan-kawan suka menghias rumah dengan gaya apa?Apa-apa gaya pun yang penting adalah kekemasan dan keselesaan untuk semua orang terutamanya bagi anak-anak.