Review Novel Takdir Fitrah Terindah


Baru je khatam novel ni, hmm asyik khatam novel je ye! Bilanya nak khatam Quran pulak tu ? Ramadhan hari tu tak sempat khatam pun, ingat-ingat la akhirat sama..( pesanan untuk diri sendiri, orang lain yang membaca entry ni mesti semua bagus-bagus berbanding saya)

Novel ni best, saya bagi  4/5 sebab saya sukakan watak heronya, Aiham...gediksss

Ala cerita mula-mula tu tak la best sangat tapi, mengisahkan :
1. Fitrah - anak terbuang, di pungut oleh seorang lelaki dan kemudian membesarkan beliau bersama ibu lelaki tersebut. Keluarga lelaki tersebut tidak sukakan si Fitrah ni.

2. Aiham - lelaki yang akhirnya berkahwin tanpa cinta dengan Fitrah, kahwin kerana kehendak si ibu. 

3. Fitrah baru putus cinta dengan Imran, Aiham sedang bercinta dengan Rose Alia.

4. Kawin tanpa rasa cinta akhirnya membuatkan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

Hmm cerita lepas bercerai kemudian jumpa balik selepas beberapa lama terpisah memang banyak yang manis, sedih, malu-malu dan macam-macam rasa lagi.

Kalau nak turut merasakan semua tu, sila la beli di kedai berhampiran dengan tempat anda. Harga Rm25.90




BigMac dan Quarter Pounder - McDonald


Elok la , siang konon tak nak makan nasi, malam bantai makanan berkalori tinggi! Bagus-bagus..




Ingin rambut secantik rambut Maya Karin?

Sejak saya melahirkan Nadhirah, rambut mula gugur dengan jayanya. Sekarang ni rasanya macam makin menipis je rambut kat kepala ni.


Belek-belek majalah untuk dapatkan tips kembalikan rambut agar lebih sihat dan 'lebih berambut'


Ada beberapa tips:


1. Minum banyak air sekurangya 8 gelas sehari - eh sama macam kesihatan badan jugak ye Air yang mencukupi akan membuatkan rambut lembut berkilau dan subur.


2. Vitamin A dari sayuran seperti lobak merak. Vitamin B dan C daripada buahan, bijirin, telur, susu dan roti.


3. Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Mesti kena makan ikan, daging, susu, keju atau telur.


4. Zat besi  iaitu daging merah dan sayuran hiduau tua. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan rambut dan folikel kekurangan oksigen , 


Itulah antaranya tips yang perlu diikuti untuk dapatkan rambut yang sihat bersinar berkilau.

Susu kocak cairkan lemak

Oh saya memang tak suka susu, bukan tak suka sebenarnya tapi ia boleh membuatkan saya kembung dan akan mengeluarkan gas beracun yang amat bertoksid pada hidung orang lain kalau minum susu terutama susu tepung.

Patutlah saya kekal obes sebab tak suka minum susu..hehe alasan...

Dalam artikel ni ada mengatakan minum susu kocak adalah satu cara paling mudah dan cepat untuk mencairkan lemak dalam badan.

Satu kajian di lakukan di Universiti Brigham Young, Utah mendapati dengan meminum susu kocak dapat mempengaruhi proses pencairan lemak di dalm tubuh seorang WANITA sehingga 50 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil minuman ini.

***Hmmm saya percaya sebab ada kawan suka minum susu, badan dia cepat susut ketika berdiet.

Makan Ikan untuk lebih Ghairah!

Tadi bab pedas, sekarang pasal ikan pulak..kalau orang Terengganu mesti suka makan ikan sebab sejak kecil lagi dah pandai makan ikan segar-segar, tunggu je tepi pantai untuk dapatkan yang betul-betul fresh dari laut.


Saya jumpa artikel pendek ni dalam Majalah Rapi September tentang khasiat makan ikan. Kandungan Vitamin B dalam ikan mampu meningkatkan rasa ghairah dalam diri seseorang. 


Fungsinya adalah seperti sebagai zat penentu yang melancarkan hormon dan aliran darah.


Ikan juga mempunyai kandungan mineral seprti potasium, magnesium dan kalsium yang juga mampu mewujudkan rasa ghairah.


Hasil kajian di Florida juga mendapati ikan adalah salah satu makanan pembangkit ghairah.


Selain sebagai pembangkit ghairah, ikan juga mampu memelihara kesihatan tubuh badan seseorang kerana ikan ada Omega 3.


Hmmm tak tau lah betoi ke tidak hasil kajian tu, mungkin betul kat negara orang putih je kot.


** ada kawan ofis tak suka makan ikan sejak kecil sampai sekarang


Makan Pedas untuk Kurus seperti Fasha Sandha!

Ramai tak orang yang suka makanan pedas? Mesti la ramai punya, penduduk kat Negeri Sembilan contohnya, hampir semua sukakan pedas.


Mengikut kajian yang dijalankan di British, makanan pedas mampu membantu sehingga 25% usaha untuk menurunkan berat badan.


Serbuk cili atau sos pedas yang digunakan dalam masakan memberi kesan 'thermogenic' pada kadar metablisme seseorang. Haba yang keluar ketika mengambil makanan pedas akan membakar kalori dan lemak dengan lebih pantas secara tidak langsung.


Dulu masa tinggal di kampung, tak berapa suka sangat makan pedas-pedas sebab masakan orang Terengganu kurang pedas.


Datang KL, dah mula kenal dengan macam-macam masakan pelbagai negeri dan kawin pula dengan orang Nogori, pedas tu dah jadi minat utama.


Tapi agaknya terlebih pedas boleh jadi obes jugak kot! he he...ala makan tak terjaga , anggap perut macam tong sampah memanglah obes akhirnya.


** kawan-kawan suka pedas tak?

Gambar Siti Nurhaliza dan Album Inggeris






Persandingan 1Malaysia di R&R Pagoh


Perkenalan yang bermula di sebuah kedai di R& R Pagoh 6 tahun lalu akhirnya menyatukan pasangan ini dijinjang pelamin dan majlis perkahwinan di langsungkan di R& R Pagoh kerana di situ mereka berdua mengumpul terlalu banyak kenangan bersama.




Hmm macam-macam cara untuk meraikan perkahwinan yang diketengahkan pada masa kini ye...pada  zaman anak-anak kita esok tak tau lah macam mana kreatif lagi mereka meraikan perkahwinan. Walau macam mana moden pun nanti , harapnya jangan lah kita lupakan tentang adab dan adat Melayu kita.


Boleh baca di akhbar Kosmo hari ni kalau nak tau lebih lanjut tentang cerita perkahwinan ini.