Penjelasan Fida Ibrahim tentang isu tudung.

Sedikit penjelasan Fida tentang isu tudung, kredit untuk Beatifulnara.com.


"Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor untuk beraya di rumah keluarga Mamat. Selepas memperolehi pasport, kami bercuti di Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga memuat turun gambar tersebut di internet.


Bagi saya , gambar itu sangat peribadi, saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di internet, saya baca alasan Mamat , dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliau menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tidak matang. Namun selepas itu, sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahupun berjumpa.


Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak dengan fesyen tudung yang saya kenakan, saya minta maaf kepada puhak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan."


KLIK SINI UNTUK BACA SEPENUHNYA.


Moga-moga Fida dapat berfikir tentang hikmah di atas semua kejadian ini.


Campak bayi selepas bersalin dari tingkat 2!

Tadi masa nak naik atas untuk ke bilik komputer ni, sempat telinga ni menangkap berita dari Buletin Utama, seorang ibu mencampak bayi yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Selayang..aiikkk Selayang area mana agaknya ni..


Tapi tak sampai pun 2 jam selepas kejadian, suspek telah pun ditangkap polis.Baguslah, ingat boleh terlepas ke  dari hukuman buat kerja tak berperikemanusiaan begitu?


Apa la nak jadi dengan dunia hari ni...semalam dengar dalam berita kadar jenayah di M'sia makin menurun, kejadian-kejadian sebegini bukan salah satu jenayah ke?


Apa agaknya yang tak kena dengan masyarakat kita hari ni? Kurang pedoman atau kurang akal?


Ishh dah le hari ni pening kepala dengan kerja, balik kerja dengar pulak berita macam ni.


Semalam  Nadhirah bertanya, kenapa orang suka nak berzina tapi bila dapat baby main campak je?


Zina tu maknanya boleh kahwin tapi tak boleh ada anak ke?


Hmm susah betul nak susun ayat cerita pada anak-anak mengenai hal ni.


Nampaknya banyak benda kita nak kena jaga pada zaman moden ni, terutama bila anak-anak mula membesar.


Kadang-kadang saya tak berapa suka anak-anak baca cerita buang bayi ni tapi benda ni boleh dibaca kat mana-mana je.


Peranan ibubapa masa kini terasa begitu berat dan mencabar sekali. Kita perlu mencari ilmu keibubapaan, ilmu agama sebanyak mungkin untuk mendidik anak-anak generasi kini.






Semangat Baru!

Hari ni melangkah ke pejabat dengan penuh semangat baru. Petang nanti pukul 2 ada Sesi Bertemu CEO Baru.

Hari ini hari pertama bekerja untuk tahun ke 16.

Hari ni jua mencuba untuk menjaga pemakanan sebaik mungkin.

Semoga di hari Isnin pertama Oktober ini, segalanya menjadi permulaan yang cukup baik!

Amin.

Komen kakak Norman Hakim tentang komen Chef Wan


Sebenarnya malas nak siarkan entry mengenai depa ni tapi bila jumpa komen dari kakak Norman Hakim ni, rasa nak kongsi cerita ni.
Kalau saya jadi Norman dan Memey, saya tak akan pilih pakaian yang menjolok mata sebegitu dan memilih untuk kelihatan sederhana walaupun ditaja oleh pihak yang gah.Sekadar pendapat peribadi saya je la.



SUMBER BERITA DARI mynewhub.com


KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikecam pelbagai pihak ekoran majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman – Memey Suhaiza yang ditaja pihak Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) baru-baru ini.


Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ berkata, kritikan pedas oleh Chef Wan terhadap majlis resepsi adiknya itu agak keterlaluan dan beliau menafikan hampir semua pandangan selebriti masakan itu.
“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. 
“Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh  & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH” .

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

 They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.