2 hari pertama untuk tahun ke 16.

2 hari ni saya banyak habiskan masa dengan kalut dan kelam kabut hanya untuk siapkan 2 keping surat yang di minta oleh bos.

Sepanjang 15 tahun lalu, saya hanya beberapa kali saja diminta menyiapkan surat untuk bos, selebihnya tugas saya hanyalah mencetak dan menghantar untuk despatch saja..selainnya bos sendiri yang melakukan kerja-kerja menaip .

Sepanjang 2 hari ni, saya rasa begitu "cukup tidak pandai" sekali kerana banyak membuang masa dan membuang banyak kertas hanya untuk menyiapkan 2 keping surat.

Tak tau la apa sebabnya, bos a.k.a MADAM tiba-tiba meminta saya menyiapkan semua tu, beliau hanya memberi draft dan meminta saya menaip dan mencetak. Kelakarnya kerana saya tidak begitu mahir bab-bab justify, alignment segala bagai tu.

Itu sebabnya pada mata saya dah cukup cantik tetapi bila sampai ke tangan Madam, banyak pulak kena bedah sana sini untuk mendapatkan hasil yang diingini beliau. Tak tau la dia yang terlalu cerewet atau staff dia yang sorang tu sungguh-sungguh tidak cekap.

Pagi tadi, beliau ada menunjukkan cara untuk membetulkan semula alignment, beliau datang ke meja dan menunjukkan cara, kelakarnya saya menggigil dan banyak kali tertekan huruf yang salah pada keyboard. Tak tau la apa dalam fikiran madam walhalnya dia tu jadi bos saya semenjak 2005 lagi.

Mungkin sebelum ni saya hanya melakukan kerja-kerja ringkas, kata orang pejam mata pun boleh buat, setakat ambik kunci bilik, buka pintu bilik..,turun ke receiptionist ambik suratkhabar, naik ke Jabatan Pengurusan, ambik segala surat-surat dan bil untuk madam..mungkin madam merasakan tahun ke 16 ni, dia perlu memberi peluang untuk saya lebih banyak belajar lagi.

Saya banyak melakukan kerja yang melibatkan Microsoft Excel sepanjang hari untuk 15 tahun lalu, memang tak pernah usik Microsoft Word pun. Secara positifnya , ada sesuatu yang baru perlu saya pelajari di tahun pertama di bawah pengurusan baru.

Sekian...catatan hari ini...semoga tak bosan membaca hi hi.


Koleksi Novel Fauziah Ashaari

Ni novel yang kawan saya beli daripada CIKTON.COM, beliau ada menjual novel terpakai, ada beratus novel dalam simpanan beliau.



Biasanya novel tulisan Fauziah Ashaari tidak mengecewakan pembaca setia beliau.


Novel ni dah lama tapi saya belum lagi membacanya.

Pening pilih pakaian untuk ke ofis.

Saya rasa ramai wanita yang menghadapi masalah yang sama seperti saya..buka almari pakaian dan tak tau nak pakai baju mana yang satu untuk ke ofis...boleh dikatakan tiap hari asal nak pakai baju je fikir macam tu.


"baju mana la nak pakai hari ni"


Saya menggosok ke semua pakaian kerja pada setiap Sabtu atau Ahad, terpulang pada kerajinan diri sendiri.


Pagi-pagi cuma pilih je...pakaian tak banyak, itu pun masalah jugak tu..tapi ada kawan kat ofis tu banyak baju, pun masalah juga untuk memilih.


Agaknya semua perempuan macam tu kot...


Tengok suami saya senang je pilih kemeja untuk dipakai...tengok-tengok lepas tu terus capai sehelai, pakai.


Kadang-kadang masa nak lelapkan mata dah terfikir "nak pakai baju apa la esok ni"


Saya berharap dapat beli banyak kain ela, tempah baju kurung, agar banyak pilihan untuk dibuat setiap hari dan mesti mau semangat pergi kerja!

** boleh ke rasa macam makin malas la nak pergi bila masuk tahun ke 16 ni.