Wirda Adnan - Daripada Glam ke WW

Wirda Adnan dan Wajah Muka Depan Keluaran September

Bekas Ketua Pengarang majalah fesyen dan gaya hidup Glam, Wirda Adnan kini tampil dengan semangat baru menerusi rendisi terkini di bawah lembayung, Wanita & Wawasan (WW).


Mencakupi segala aspek yang didambakan oleh setiap wanita urban masa kini, WW yang diterbitkan W Publication Sdn Bhd menyentuh perihal fesyen, kecantikan dan gaya hidup khusus buat wanita bercita-cita tinggi, berpendidikan dan menjadikan gaya sebagai satu kemestian.


Boleh dimiliki pada harga RM8, majalah glossy berkenaan memiliki 184 muka surat pada setiap isu keluarannya yang mensasarkan wanita berusia 27 tahun ke atas.


Patutlah beliau tiada lagi di Majalah GLAM...dah ada majalah lain pulak rupanya...saya sukakan tulisan beliau sejak beliau bertugas di Jelita, Wanita , Eh! dan Glam. Walaupun saya bukanlah membeli secara bulanan majalah tersebut , saya tetap membacanya hasil pinjam kawan punya hi hi.


Beliau berpengalaman luas di dalam bidang penulisan terutama berkaitan dengan fesyen dan kecantikan. Kaya dengan pengalaman ke majlis-majlis fesyen. Namun begitu saya tak lah meminati fesyen, sekadar membaca untuk menambah ilmu, tak adalah kalau orang cakap kita macam blur-blur je.


Selamat Maju Jaya untuk Wirda dengan buah tangan terbaru beliau, WW. Semoga WW berjaya seperti mana Majalah GLAM.




Saya dan mertua

Idea ni pun datang selepas membaca Majalah MIDI .

Setiap keluaran mesti ada kisah menantu dan mertua yang tinggal sekali, yang mempunyai hobi yang sama, yang rapat melebihi hubungan dengan mak sendiri.

Tertanya sendiri, aku ni menantu yang macam mana agaknya pada mata mak mertua?

Hmm saya rasa saya dan mak mertua saya boleh la kalau  tinggal sebumbung cuma mak mertua saya agak pendiam. Kalau balik kampung, kami tak banyak borak seperti orang lain, borak benda-benda yang penting je, tak ada la nak hu ha hu ha macam dengan mak sendiri.

Air tangan mak mertua saya semuanya sedap, beliau pandai menjahit , pernah jahitkan baju kurung untuk saya. Tapi baju tu dah masuk stor kerana saiz saya dulu dan kini sudah pun berbeza.

Mak mertua saya tak suka bercakap perkara yang tak tentu hala, bergossip mengumpat semua tu bukan minat dia...kalau kita buka juga cerita macam tu, dia akan senyum meleret tanpa komen apa-apa.

Saya rasa sangat bertuah dapat mak mertua sebaik tu..banyak kebaikan dia kalau nak disenaraikan terutama bab masak memasak la...cuci kain-kain kotor saya ketika dalam pantang, jaga Nadhirah ketika cuti penggal..banyak la..

Hobi yang sama antara kami mungkin membaca Majalah ...selalu nampak dia baca Majalah..tak minat novel kot..dia suka bercucuk tanam, menanam pokok bunga...semuanya tumbuh subur tepi rumah, belakang rumah.

** apa kisah mertua anda semua?

Halang ibu atau bapa kawin semula selepas mereka kembali solo?

Tajuk di atas lahir sebagai tajuk entry selepas membaca Majalah Midi Oktober 2011 mengenai isu yang sama.

Teringat pengalaman saya dulu ...ketika arwah ayah meninggal dulu, mak saya masih muda, iaitu 39 tahun, setahun lebih tua daripada usia saya sekarang.


Secara ringkasnya, saya memang selalu jadi batu penghalang setiap kali mak saya berhasrat untuk menerima lamaran daripada lelaki kerana banyak sebab ..antaranya :


1, saya tak boleh terima orang lain ganti tempat arwah ayah saya.

2. saya risau kalau ayah tiri tu jahat, hanya nak ambil kesempatan kerana ketika itu mak saya mendapat duit insurans nyawa dan epf arwah ayah saya
3. risau kalau mak tak sayangkan kami lagi
4. risau kalau dapat adik lagi, saya tak nak susahkan diri saya jaga adik yang bukan adik saya ( teruk kan?)

Sudahnya, sampai sekarang mak saya kekal solo.


Sekarang bila difikirkan semula, memang tak patut saya ni berbuat demikian pada masa dulu..tapi saya puas hati kerana dari segi kewangan saya berhempas pulas membantu hingga adik-adik semua tamat SPM seperti orang lain juga. Saya sanggup mengenepikan kehendak sendiri untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi demi memberi laluan kepada adik-adik belajar dengan sempurna.


Saya tidak dapat mengisi kekosongan dan kesunyian hati mak saya..itu saya akui ...andainya satu masa nanti mak bertemu jodoh lagi, mana tau kan sebab jodoh itu urusan Allah , kami adik beradik pasti memberi sepenuh kebebasan kepada mak...( mak pernah cakap, tak ada maknanya nak kawin lagi tua-tua begini, bagi la anak-anak je yang kawin beranak pinak )


Ada tak kawan-kawan yang berperangai macam saya ni? 




Abby Abadi masuk hospital kerana stress?

Alahai kesian Abby, sampai kena masuk wad kerana terlalu stess..apa sebabnya terlalu stress tak tau la pulak..ada la tu .


Pesanan daripada kawan beliau yang saya ambil daripada blog ROTIKAYA.com.


"buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat ‘stress’ dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat sembuh yer."


Semoga cepat sembuh untuk Abby dan hadapi segala ujian dan dugaan dengan penuh kesabaran.




Romantisnya....Nabil dan Zira

Suka tengok gambar ni...





Kredit gambar untuk ohbulan.com