Balik kampung - sentiasa teruja!

Dulu-dulu masa bujang, seminggu lagi nak balik kampung, beg dan siap letak tepi pintu ..tak sabar nak ke Hentian Putra, tak sabar nak naik bas, tak sabar nak sampai di kampung tercinta.

Dulu-dulu, sampai di Hentian Bas Tanjung, Kuala Terengganu awal-awal pagi, ramai pakai tumpang berteduh di surau kecil berdekatan hentian...tunggu Subuh dan tunggu hari siang. Lepas tu pakat jalan kaki menuju ke Stesyen Bas Kuala Terengganu. Bas ke kampung saya akan muncul sekitar jam 7.30 pagi..sempat la isi perut dengan nasi dagang dan teh panas dulu di stesyen bas tersebut.

Sampai rumah lebih kurang hampir pukul 9 pagi...lama kan perjalanan kami ketika dulu.....sakit badan sebab lama kena goncang dengan bas namun keseronokan menjejak kaki ke kampung halaman tak tergambar dengan kata-kata.....seronok sangat-sangat jumpa keluarga.

Kalau dah sampai kat kampung tu , biasanya plan pasal makan la agenda utama...bab berjalan-jalan ni kurang sebab kami memang jenis melepak kat rumah je ...makan itu penting..

**** apa makanan yang wajib kawan semua makan kalau balik kampung?

Saya selalu nak makan laksam, nasi kerabu, nasi dagang, kuih bom, kayu keramat,pulut gaul nyor ( ni makcik saya punya kesukaan)..itu untuk makan pagi...walhalnya bukan benda-benda susah nak dapat pun tapi saja lah nak makan benda tu dari kedai-kedai kesukaan sejak kecil.

Kalau petang, tak dapat keropok lekor , macam tak lengkap kehidupan...dapat pula ke Pantai Telipot, Batu Rakit ..makan ikan celup tepung, ABC, keropok lekor wajib ada, betul-betul mengadap laut..fuhhhh sejuk je rasa.

Lepas taip entry ni, saya perlu mengemas dan mata ni macam berat je walhalnya baru je bangun tidur ni.

** doakan saya selamat balik Terengganu dan selamat pula pulang ke Selayang Mulia.