BE ke 2 untuk Oktober

Seperti biasa, orang lain tak suka tayang BE, saya suka tayang-tayang walaupun takat satu je hik hik.


Terimakasih NOKIA N9 dan NUFFNANG.






Makan malam kami....


Hmmmmm kalori untuk satu biji burger ayam ni lebih kurang 420 cal.

Terlalu banyak untuk makan malam, kan?

Apa pun dah selamat masuk perut tadi.




Ulasan Heliza tentang komen hudud

Sempat jenguk kejap ke blog BeautifulNara tadi. Nampak ada penjelasan Heliza tentang jawapan beliau kala ditanya oleh Wartawan Sinar Harian tentang hukum hudud tempoh hari. Tak tau la sapa betul, sapa salah..


Ni penjelasan beliau:

Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?


Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.


Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini. Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan




Hmmm dah kena hentam teruk baru tampil bagi penjelasan...

Belum berkesempatan....

Lepas balik dari kampung, belum ada masa dan kesempatan untuk mengadap blog untuk update entry dan balas kunjungan sahabat.


Mintak maaf lah banyak-banyak ...lepas semua selesai, kita boleh online seperti biasa.

*** Nuffnang analytic merudum!