Ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman


Tadi ada baca sedikit ulasan oleh Bob Lokman di atas penahanan beliau 2 hari lepas di Masjid Sungai Lui.

Menurut beliau, tindakan Jais itu seolah menyekat beliau untuk menjadi baik, sebaliknya mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Tambah beliau, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan yang boleh melalaikan. 

Beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

“Saya tidak kira soal larangan oleh pihak Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut” ujarnya.

“Tauliah itu bukan satu perkara yang penting, apa yang penting adalah melakukan perkerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam” tambahnya lagi.

Saya tak nak komen bab2 tauliah kerana saya sendiri pun tak begitu arif kenapa seseorang itu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama di Selangor. Pastinya JAIS lebih arif mengenai hal ni semua.

Saya pernah mendengar ceramah beliau bulan lepas di pejabat, sepanjang tempoh ceramah tiada sebarang ucapan yang bersifat kepartian pun..mencela dan menghina pun tidak…tapi yelah kan. oleh kerana tiada tauliah, ucapan yang baik pun boleh dinilai sebagai tidak baik. Ada waktunya nak buat baik pun kena ada syaratnya.

Sekadar pandangan peribadi saya saja, bukan mewakili mana-mana pihak.

Sumber berita dari Harakah.

Track Suit daripada suami

Orang lain dapat perfume la, barangan kemas la, tapi saya dapat track suit...Bukan sehelai, tapi 3! Bila ditanya kenapa sampai 3? dia jawab " saja, kan tiap minggu ke tempat aerobik, boleh lah gilir-gilir pakai"...ooooo ok....

Kot la nak bagi signal, banyakkan lagi exercise! hik hik tau tak pe..



Apa pun tujuan pemberian ini, terimakasih tak terhingga diucapkan...lagi satu sebab kenapa dia beli 3 helai sekaligus adalah kerana pakaian rasmi saya di rumah ada t-shirt dan track, teruk kan? saya selesa dan senang nak bergerak untuk menjalankan tugas -tugas di dalam rumah, lebih baik kot daripada berkaftan sepanjang masa...terpulang lah pada keselesaan masing-masing.

Minum petang di Pantai Telipot

Ni pun tak jauh dari rumah saya...memang rutin ke sini kalau balik kampung..selalunya keropok lekor untuk saya, lain-lain bercelup tepung tu saya tak berapa suka..orang lain punya kegemaran tu..

Hmmmmm.....terliur tak?



Cendawan celup tepung

Udang celup tepung

Sotong celup tepung

Ikan kembung celup tepung

Umar terus makan mee, lain2 order belum sampai

Keropok lekor untuk saya sorang je tu..


Keindahan Pantai Merang

Sabtu 8/10/2011, jam 2 petang...kami mengambil angin di Pantai Merang. Gambar-gambar ni tak jauh dari jeti untuk ke Pulau Redang.

Pantai Merang ni tak jauh pun dari rumah saya, lebih 10KM je.

Ada banyak chalet, homestay kat sini.








Jeti untuk ke Pulau Redang



Sarapan di Cheneh


Tak ada cerita menarik pun ..tapi kalau tak share, tak ada la entry untuk blog ni hi hi. Kisah dah basi pun ..

Ok, perjalanan bermula dari Selayang Mulia  jam 4.15 pagi…dalam dingin pagi mencucuk tulang, saya dan Umar menunggu driver a.k.a makcik datang jemput.

Bukan tak boleh tunggu dalam rumah tp saja je…tunggu luar pagar siap-siap.

Berhenti untuk solat Subuh di R&R Gambang, kemudian meneruskan perjalanan melalui jalan Jerangau - Jabor .

Jam 7.30 , kami sampai di Bandar Bharu Cheneh, singgah warung tepi jalan beli nasi minyak dan nasi lemak..niat nak beli nasi dagang tak kesampaian sebab semua tu tak dijual di warung tu.

Tapau 4 bungkus nasi minyak, 2 nasi lemak menuju ke rumah 2 pupu di Cheneh. Lepak kat situ hampir 2 jam.

Umar tengah kusyuk menikmati kesedapan nasi minyak

Ini la nasi minyak untuk saya....hmm nyam nyam 

Kami memang akan singgah sini tiap kali balik ke Terengganu dan balik ke KL semula. Nak makan apa-apa, call order je, 2 pupu saya akan masakkan...dia memang pandai masak, kami memang pandai makan he he... cuma kali ni kami sampai terlebih awal di Cheneh dan kedatangan kami tidak dimaklumkan pun, jadi kami tapau je la .

Lepas kekenyangan terus memulakan perjalanan balik ke rumah ikut highway yang baru siap, Bukit Besi -Ajil.

Pukul 12.40 sampai di kampung tercinta.

Nanti sambung lagi dengan gambar-gambar sekitar Pantai Merang.