Akhirnya PC betul-betul rosak!

Nak kata malang, macam tak berapa kena pulak dengan situasi. Tapi saya sungguh kecewa bila PC kat rumah ni rosak, semua file hilang. Tak tau Umar buat macam mana dengan PC ni hingga jadi macam ni.


Nasib baik hp cap ayam ni kejap kejap boleh kejap kejap tak boleh log in untuk update entry.


Nampaknya saya kena berehat sementara dari berblog hingga PC ok semula.


Maaf pada kawan-kawan yang datang bertandang , saya memang tidak dapat membalas kunjungan kawan semua.


Insyaallah bila dah kembali seperti biasa, saya akan mula blogwalking.

Sukarnya mencari masa untuk blog

Stress juga bila fikirkan masa yang kian terhad untuk blog, sebenarnya bukan tak ada masa cuma masa yang sesuai tu je yg susah nak dapat.


Sekarang ni Umar dah tau on pc, dah tau macam mana nak pergi ke Google, cari games yang disukai beliau dan akan mula main games sampai berjam-jam lamanya.


Jadi sekali lagi catuan penggunaan PC dikenakan oleh ketua rumah kepada semua isi rumah, yang paling teruk terjejas dek kerana arahan catuan ini adalah pemilik blog Jendela Hidup.


Sekarang ni sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan PC selagi Umar tidak tidur...adooiii seksa sebabnya sekarang ni dia langsung tak tidur siang kalau hujung minggu. Jadi kita ni pulak kalau tak mengadap blog, memang cepat layu mata, terlelap je kerjanya walaupun sedang duduk.


Waktu malam Umar akan tidur sekitar 9 malam kalau hujung minggu. Time tu baru kita dapat guna PC, kalau ketua rumah tak ada guna dulu, dapat lah terus guna.


Kalau hari sekolah, Umar akan tidur sekitar 11 malam kerana dia dah cukup tidur di tadika . Di sana dia tidur antara pukul 2 hingga 4 petang setiap hari.


Waktu yang ada untuk saya berblog tanpa gangguan adalah antara pukul 1 hingga 6 pagi. Cantiknya waktu tersebut adalah waktu normal untuk kita menikmati keindahan mimpi.


Kalau ada hari yang saya betul-betul segar untuk bangun antara waktu tu, memang dapatlah publish entry, balas komen dan blogwalking, tapi andainya terlalu syok dengan godaan mimpi memang langsung tak celik mata la sampai pagi .


Contoh seperti hari ni, malam tadi Umar terlena hampir pukul 9, laju-laju nak on PC, sempat lah publish satu entry pendek mengenai Piala Malaysia tu, Nadhirah pulak datang cakap nak tengok PC kejap, sebab katanya dah berzaman dia tak dapat pegang keyboard ni..ok bagi je la dia.


Turun tengok bola sampai pukul 10, saya terus terlelap sampai pagi. Terjaga kala azan Subuh berkumandang menandakan saya tak punya masa yang panjang untuk blog pagi ni kerana saya perlu siapkan sarapan sebelum pukul 7 kerana perlu ke Bandar Baru Selayang untuk aerobic.


Saya berharap dapat membalas komen-komen kawan-kawan walaupun masa agak terbatas kini.




*** bila dapat merasa ada netbook dan broadband sendiri agaknya?

Ramalan Mimpi Uncle Seekers

Tadi menjelajah ke blog Uncle Seekers, macam biasalah blog dia selalu ada perkara-perkara yang boleh jadi kontroversi.


Kali ni mengenai ramalan mimpi tentang para pemimpin negara dan artis-artis Malaysia.


Hmm sejauh mana benarnya ramalan beliau , Hanya Allah Maha Mengetahui.


Pada yang nak tau tentang mimpi dan ramalan mimpi beliau, boleh la ke blog beliau.

Plan mandi manda di Ulu Yam gagal!

2 hari merancang, nampaknya tidak berhasil.

Plan dengan anak-anak nak mandi-manda sambil makan di ulu yam namun plan tinggal plan sebab petang ni hujan tersangat lebat, pastinya pagi esok air akan lebih laju dan dalam berbanding hari biasa. Mesti extra sejuk juga.

Tak nak ambik apa-apa risiko, kami membatalkan plan tersebut dengan diiringi keluhan kecewa anak-anak.

Hmm agaknya apa aktiviti terbaik untuk menggantikan plan yang gagal tu?

Apa plan kawan-kawan untuk hujung minggu ni?

Laporan Ketua Audit Negara 2011


Beberapa hari ni mana-mana suratkhabar menyiarkan ulasan laporan Ketua Audit Negara , saya bukan ahli yang boleh mengulas perkara tersebut kerana ilmu terlalu cetek sekali mengenai hal ini. Tetapi sebagai seorang warganenegara Malaysia, tak salah untuk mengambil tau serba sedikit tentang perkara tersebut, bila sana sini orang sebut laporan yang tiris sana sini, teringin la juga nak tau tang mana tirisnya tu.

Hari ni ketika membelek akhbar, memang banyak yang menarik perhatian saya tentang laporan Ketua Audit Negara 2011.

Antara yang dikatakan tiris adalah:

1. Program Pembasmian Kemiskinan yang gagal membasmi kemiskinan tegar. Peruntukan sebanyak RM691.52 juta bukan sedikit pada perkiraan orang yang sekolah atap macam saya ni.

2. Perbezaan harga ketara antara 177 % hingga 2,805% terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding dengan harga anggaran pasaran.

3. Semua 27 makmal komputer di Sekolah Bestari di Sabah gagal disiapkan: hanya 2 dariapda 300 makmal Sekolah Harian di Sabah telah disiapkan.

4. RM110 juta kepada petani untuk meningkatkan hasil padi belum diterima oleh 73,291 pesawah yang layak.


Ok cukuplah 4 itu je yang saya kongsikan  tentang apa yang dikatakan berlakunya ketirisan . Boleh rujuk mana-mana suratkhabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Kalau ditengok daripada 4 perkara di atas, satu soalan yang boleh dikemukakan bagi mewakili 4 perkara tersebut, kemanakah mengalirnya duit peruntukan tersebut? Saya tak pasti soalan ini wajar ditanyakan disini atau tidak tetapi saya mengambil keputusan untuk mengajukan soalan itu diblog ini.

Kalau lah ketirisan begini berlaku di dalam rumahtangga kita, pastinya kita tidak akan berdiam diri kerana kita yang bertanggungjawab mengawal perbelanjaan rumahtangga, mengelak berlaku pembaziran, mengelak berlaku ketidakjujuran dalam pengurusan walaupun dalam rumahtangga hanya ada suami, kita dan anak-anak.

Sebagai individu yang tidak ada sebarang kepentingan dan kedudukan, saya berharap agar pihak tertentu yang menguruskan perbelanjaan negara lebih berhemah dan tau apa itu amanah kerana didalam setiap peruntukan itu ada wang kita semua.

Filem Ombak Rindu - Maya Karin dan Aaron Aziz

2,3 malam ni dah ditayangkan promo untuk Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu, ditulis oleh novelist Fauziah Ashaari.


Secara sepintas lalu, saya rasa macam kurang sesuai je watak Izzah dipegang oleh Maya Karin sebab pada saya, Maya Karin ni nampak macam orang bandar je. Rupa dan percakapan pun agak jelas dia tu kurang sifat kekampungan. Pada saya, Fazura lebih nampak sesuai walaupun Fazura pun berwajah orang bandar.


Tapi tak adil la kalau saya menilai terus tanpa menonton terlebih dahulu filem ni. Cuma secara sepintas lalu je komen tentang pemilihan pelakon tu.


Apa pun, saya nak menonton filem ni bersama rakan sepejabat bila ditayangkan kelak kerana kami sama-sama meminati novel Ombak Rindu dan meminati Hariz, suami si Izzah tu he he...


Biasanya kalau novel diadaptasi ke filem , macam kurang menjadi sikit , mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan penghayatan ketika membaca novel kot .


Hmm cerita panjang tak mau la....kita tunggu dan tonton je filem ni nanti, lepas tu pakat buat review.




Lain orang lain kisah hidup..

Bila kita tengok kisah hidup kita yang berliku, kita rasa seperti kita ni cukup banyak di uji sepertikan setiap ujian untuk kita adalah paling tip top antara orang-orang lain.Saya selalu terasa begini di awal-awal remaja dulu. 


Sekarang pun masih diuji kerana sebagai manusia , selagi bernyawa, ujian tidak pernah ada titik noktah.


Terkenangkan cerita seorang sahabat saya. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya..malahan cukup kaya raya, sebab keluarga beliau mempunyai beberapa jenis perniagaan.


Begitu terbalik dengan kisah hidup saya, kalau nak sesuatu perkara memang peratusan untuk mendapatnya amat kecil sekali, pastinya sahabat tadi mampu memiliki apa saja dalam bentuk material.


Beliau membesar dalam kesibukan ibabapa mengejar kebendaan. Saya pula membesar dalam susah payah untuk meneruskan kehidupan seperti mana orang lain, meneruskan pelajaran dan dapat makan serta tumpang berteduh.


Arwah ayah beliau telah lama meninggal walaupun tak selama arwah ayah saya. Mak saya hanya wanita kampung biasa, meneruskan kehidupan dengan kerja-kerja kampung. Ibu sahabat saya ini pula seorang wanita yang mempunyai bisnes yang kukuh.


Sayangnya sahabat saya ini sentiasa kesal dengan si ibu yang sentiasa mengejar kebendaan, mengejar untung bisnes hinggakan perasaan terabai dan kekurangan kasih sayang terasa hingga kini.Katanya si ibu, tidak mempunyai perasaan keibuan, perasaan seorang nenek terhadap cucu pun tidak pernah ditunjukkan, segala yang ada pada fikiran ibu adalah bagaimana untuk membesarkan perniagaan, melipatgandakan keuntungan dan pendek kata semuanya tentang materialistik.


Saya selalu rasa macam buntu nak nasihatkan sahabat saya ni, kalau kita salah nasihat dikatanya kita ni 'tidak berada di dalam kasut beliau"..kalau kita sekadar mendengar saja pun macam tak kena juga.


Apa yang boleh saya pelajari daripada cerita sahabat saya ni, wang ringgit boleh jadi masalah besar di dalam kehidupan kalau tak kena cara dan kedudukannya. Kalau letak no 1, memang habis lintang pukang perkara-perkara lain, lagi seksa bila dah menginjak usia emas masih lagi pening fikir nak gandakan duit.


Mak saya masih beruntung, disayangi anak-anak walaupun masih lagi susah hidupnya. Mak masih tak mampu nak merasai kesenangan hidup seperti ibu lain tetapi sekurangnya mak saya tidaklah didendami anak  sendiri.


Hmm sukarnya nak lembutkan sekeping hati....

Sayu hati di awal dinihari

Kala waktu merangkak 4 pagi, saya masih mengadap blog...satu perkara yang biasa pada sesetengah blogger dan perkara yangamat luar biasa bagi  mereka yang tidak se'minat' dengan kita.


Saya bukan blogger tegar pun...takat suam-suam kuku je..tapi suka mengadap blog time-time orang lain sedang enak dibuat mimpi ,menampakkan macam alahai rajin la sangat kak aya sorang ni...


Tajuk macam sedih je kan? Sebenarnya niat asal bangun awal sikit tadi untuk blogwalking ,tiba-tiba jenguk ke blog adik saya..hmm maaflah tak boleh bagi link sebab tak mintak izin  dia untuk link ke entry ni. Dia memang rajin menulis, sebelum ni blog dia memang ramai follower tapi sudahnya dideletenya blog tu.


Sekarang muncul dengan blog baru, menyambung kembali penceritaan sebelum ni.


Hmmm dia menulis menceritakan segala tentang kehidupan dia , keluarga, kawan , musuh , kerjaya, pendek kata memang semua disingkapkan jendela hidup dia.


Sedih pagi ni bila membaca salah satu cerita daripada banyak-banyak cerita sedih kami selepas peninggalan arwah ayah.


Cerita bagaimana seorang pakcik ingin mengambil hak penjagaan beberapa adik saya secara paksaan dan pastinya adik saya tu salah seorang yang berjaya di paksa tinggal bersama pakcik dan dia juga berjaya balik semula ke rumah. Tiada seorang pun yang berjaya dijaga oleh pakcik saya itu kerana kami 6 beradik ingin bersama harungi segala susah senang hidup tanpa ayah.


Saya tidak pandai nak mengolah cerita tapi saya akui mengalir airmata kala membaca entry santai adik saya kerana entry tersebut berjaya menggembalikan nostalgia kehidupan kami ketika bergelar anak yatim. Memang banyak cerita luka sepanjang jalan untuk kami mengenali erti dewasa. Pastinya sebagai anak pertama yang lebih dewasa ketika itu, cerita luka itu sukar dipadamkan dan masih kekal dalam jiwa.


*** pakcik saya itu sudah pun kembali ke rahmatullah Oktober lepas.

Cabaran Kurus Lydia Miza - Baru 1 kg turun!

Tak nak gembira sakan kerana turun 1 kg, kerana yang hilang tu sah-sah air je, bukan lemak pun. lagipun takat 1kg je,bukan 10 kg pun.

Tapi saja nak war-warkan kat sini sebab nampaknya Lydia dah berjaya turunkan beberapa kilo berat  beliau.

Tak nak kalah tu, update jugak la walaupun berat air je yang hilang hi hi.

LM  - tahniah la banyak dah turun ye!



Sharifah Sakinah dan Oh Jesus! Mengundang Kemarahan Peminat

Cerita dah basi tapi saya baru tau..biasalah beberapa hari ni jarang online...suratkhabar hiburan pun jarang sekali baca, harapkan internet je.


Sebelum ni tak kenal pun sapa la pulak Sharifah Sakinah ni...ooo rupanya adik kepada Sharifah Shahira.


Hmmm tiba-tiba teringat dia ni ada pernah datang ofis saya ketika ofis anjurkan Charity Bazaar beberapa tahun lepas..pakai seluar pendek pangkal peha dan singlet...hmm sesuai la artis katakan..


*** pssttt kat ofis saya tu ramai tau artis datang kalau ada Charity Bazaar gini, time tu dapat tengok la sapa yang seksi, sapa yang merokok, sapa yang bila jumpa sesama artis (bukan muhrim) berlaga-laga pipi...


Jadi tak heran sangat la bila baca apa yang ditulisnya di laman Twitter:


Hmm selalu artis ni kalau nak bercakap atau keluarkan apa yang ada di dalam fikiran tidak berfikir panjang, mereka tidak menyedari setiap kata-kata dan perbuatan mereka menjadi perhatian orang lain,hmmm nama pun artis.


Bila dihentam dek peminat, Sharifah Sakinah pun memohon maaf....hmmmm hmmmm



Terpulang la kepada mereka yang membaca penjelasan beliau untuk menerima nya sebagai satu penjelasan atau apa.


Kord Lagu Cinta Muka Buku Najwa Latif

Sekarang ni lagu Najwa Latif boleh didengari dimana-mana je, dengan SuriaFM ada lagu ni, EraFM ada lagu ni, HotFm ada...yang tak ada pun di KlasikFM je la .


Saya terus terang tak begitu gemar lagu ni, mungkin tak sesuai dengan oang yang dah banyak usia macam saya ni kot.


Untuk mereka yang gemarkan lagu ni, pandai main gitar, nak cuba petik gitar lagu ni untuk girlfriend atau boyfriend, boleh lah KLIK SINI ye.


Semoga terhibur dengan petikan gitar sendiri ye.


Novel Ingat Janji Kita

Hmm ini pula novel yang baru aja selesai dibaca awal malam ni. Best jugak la cerita ni, ada sedikit kelainan dalam jalan ceritanya.



Mengisahkan Adi yang berwatakan lelaki sedangkan beliau adalah seorang wanita..kisah semasa kecil yang begitu sedih, dibesarkan oleh makcik yang garang dan Adi membesar dalam makin hamun wanita yang bergelar makcik itu.


Raimi adalah kawan pada Adi, terperangkap dengan permintaan atuk untuk dikahwinkan dengan wanita pilihan atuk, meminta Adi menyamar jadi perempuan untuk dikenalkan sebagai teman wanita beliau pada atuk dan keluarga. Hmm disinilah bermulanya cerita ...Raimi seolah jatuh cinta dengan 'wajah perempuan Adi'.


Suspens kan? nak tau lebih lanjut boleh dapatkan kat kedai berhampiran.




Novel Hati Bila Cinta



Siang tadi, saya menghabiskan masa membaca novel ni, kebetulan bos tak ada kat ofis, ramai staff bercuti sempena Deepavali dan kebetulan saya memang tak benda nak buat, semua dah siapkan awal-awal,waktu lunch pulun baca dan sementara menunggu suami mengajak pulang, memang beria-ria membaca .


Nak kata best sampai dapat 5 bintang tu , tak lah..tapi boleh la untuk hilangkan bosan sendiri.


Mengisahkan si Fazreen ( Fenn) seorang janda berhias, suami meninggal kerana kemalangan pada malam pertama perkahwinan.


Heronya pula adalah Iqram yang lebih dikenali dengan DZ. 


Cerita bermula apabila mama DZ berkenankan Fenn untuk dijadikan menantu, dalam diam mama DZ melamar Fenn tanpa pengetahuan DZ, bila Fenn menolak lamaran itu secara terus pada mama DZ, jatuh sakit jadinya orang tua tu.


DZ memang marah bila mendapat tau Fenn punca mama beliau masuk wad, maka bermula la cerita yang penuh dengan gaduh-gaduh manja....nak tau apa kesudahannya, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran ye!


Karam Singh Walia Menerima Darjah Indera Mahkota Pahang, Bergelar Datuk


Berita yang saya ambil daripada Bernama,  Karam Singh Walia telah di’kurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Karam Singh Walia menerima anugerah tersebut bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah yang ke-81 hari ini.
Satu fakta menarik berkaitan Karam Singh Walia adalah beliau memiliki sebuah buku yang mengandungi lebih 4,000 peribahasa Melayu yang beliau bawa ke’mana mana sahaja sebagai rujukan — untuk trademarkbeliau.


Beliau adalah wartawan TV3 yang sering dikaitkan isu alam sekitar dan sentiasa ada pantun, peribahasa yang keluar daripada mulut beliau .


Tahniah kepada Karam Singh  Walia, semoga beliau terus aktif dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Jadual Peperiksaan SPM 2011

Salam semua 


Nampaknya peperiksaan SPM akan datang tidak lama lagi, pastinya pelajar sedang sibuk mengulangkaji dan membuat semakan pelajaran sebelum datangnya peperiksaan tersebut.


Sekadar untuk memudahkan , saya sertakan Jadual Peperiksaan SPM 2011.


ISNIN 14 November 2011
8.00 pagi - 10.15 pagi
Bahasa Melayu Kertas 1


11.00 pagi - 12.15
Pendidikan Seni Visual


2.00 petang - 4.30 petang
Bahasa Melayu Kertas 2


SELASA 15 November 2011
8.00 pagi - 9.45 pagi
Bahasa Inggeris Kertas 1


10.30 pagi - 12.45 tengah hari
Bahasa Inggeris Kertas 2


2.00 petang - 3.15 petang
Tassawur Islam Kertas 1


RABU 16 November 2011
8.00 pagi - 9.00 pagi
Sejarah Kertas 1


10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Sejarah Kertas 2


2.00 petang - 4.30 petang
Tassawur Kertas 2                                




KHAMIS 17 November 2011
8.00 pagi -9.15 pagi
Matematik Kertas 1


10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Matematik Kertas 2


2.00 petang - 4.30 petang
Information and Communication Technology Kertas 1


ISNIN 21 November 2011
8.00 pagi - 10.00 pagi
Pendidikan Islam Kertas 1


11.15 pagi -12.55 tengah hari
Pendidikan Islam Kertas 2




RABU 23 November 2011
8.00 pagi - 10 pagi
Matematik Tambahan Kertas 1


2.00 petang - 4.30 petang
Matematik Tambaha Kertas 2


KHAMIS 24 November 2011
8.00 pagi  -9.15 pagi
Fizik/Sains/Applied Sains Kertas 1


10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Fizik/Sains/Applied SainsKertas 2


2.00 petang -3.30 petang
Fizik Amali Kertas 3


SELASA 29 November 2011
8.00 pagi  -9.15 pagi
Kimia/Sains Tambahan Kertas 1


10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Kimia/Sains Tambahan Kertas 2


2.00 petang -3.30 petang
Kimia/Sains Tambahan Amali Kertas 3


RABU 30 NOvember 2011
8.00 pagi  -9.15 pagi

Biologi Kertas 1


10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Biologi Kertas 2


2.00 petang -3.30 petang
Biologi Amali Kertas 3


KHAMIS 1 Disember 2011
8.00 pagi  -9.15 pagi
Perdagangan Kertas 1


10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Perdagangan Kertas 2


2.00 petang - 5.00 petang
Penddikan Seni Visual Kertas 2


ISNIN 5 DIsember 2011
8.00 pagi - 10.30 pagi
Kesusasteraan


11.15 - 12.30 tengah hari
Prinsip Akaun Kertas 1


2.00 petang - 4.30 petang
Prinsip Akaun Kertas 2


SELASA 6 Disember 2011
11.15 pagi -12.30 tengah hari
Ekonomi Asas Kertas 1


2.00 petang - 4.00 petang
Ekonomi Asas Kertas 2


KHAMIS 8 Disember 2011
2.00 petang - 3.15 petang
Geografi Kertas 1


SELASA 13 Disember 2011
8.00 pagi - 9.30 pagi
Sains Pertanian/Ekonomi Rumahtangga Kertas 1


10.00  pagi - 12.30 tengah hari
Sains Pertanian/Ekonomi Rumahtangga Kertas 2


2.00 petang - 4.30 petang
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah Kertas 1




RABU 14 Disember 2011
8.00pagi -9.30 pagi
Keusahawanan/Sains Sukan/Kejuruteraan Kertas 1


10.15 pagi - 12.45
Keusahawanan/Sains Sukan/Kejuruteraan Kertas 2


2.00petang - 4.00 petang
Agrotek/Pakaian/Makan


SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN.

Jendelahidup.com kembali bersiaran dari Blogspot

Salam semua


Gembira hari ni dapat balik semula rumah lama.


Ok, nak ke pejabat dulu, balik petang nanti kembali bersiaran seperti biasa.




Video Kemalangan Marco Simoncelli GP 2011


Kerancakan Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berakhir dengan tragedi apabila pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan maut yang turut melibatkan dua pelumba saingan MotoGP.

Pelumba No. 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada apabila dia terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal yang ditunggang Colin Edwards dari pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Insiden itu berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan kedua sebelum perlumbaan dihentikan ekoran kejadian tersebut.

Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.
Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24, pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan rumput tepi litar.
Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.

Pada sidang akhbar oleh pemegang hak MotoGP, Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan Simoncelli meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

Menurut Pengarah Perubatan MotoGP, Dr. Michele Macchiagodena, Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dadanya berdasarkan pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pelumba berkenaan.
“Doktor FIM dan juga doktor tempatan bertungkus lumus menyelamatkan Simoncelli sebaik sahaja dia dibawa ke pusat perubatan SIC.

“Pelbagai cara telah diusahakan selama 45 minit untuk menyelamatkan Simoncelli terutamanya melalui kaedah CPR (pertolongan cemas pemulihan pernafasan), namun mereka gagal dan dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang,” katanya.

Menjawab satu soalan, Macchiagodena memberitahu, Edward hanya mengalami kecederaan ringan di bahu dan pelumba itu berada dalam keadaan baik.

Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler dalam sidang akhbar sama mengucapkan takziah kepada keluarga Simoncelli di atas tragedi yang menimpa pelumba muda itu.

Jelasnya lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut untuk mencari punca sebenar kemalangan itu berlaku.

7 perkara tidak perlu diubah



Selalunya orang menunggu kedatangan tahun baru untuk berubah termasuklah yang tukang taip entry ni, asal datang tahun baru je mulalah pasang niat nak itu, nak ini...dipenghujung ceritanya tetap sama , tak berubah barang seinci pun...itu mengenai saya sendiri la.

Bagus, semua perubahan yang baik digalakkan, berhijrah la daripada 0 menjadi 1, sekurangnya.

Tetapi dalam seronok nak berubah tu, jangan dilupakan 7 perkara yang tidak boleh diubah.

  1. Jantina – kalau diubah sekali pun spiritual tetap sama seperti jantina ketika dilahirkan.
  2. Ibubapa – tiada apa yang boleh membenarkan kita untuk menderhaka kepada mereka berdua.
  3. Hari Kelahiran  - 28/11  kekal sampai bila-bila , boleh sediakan hadiah tak lama lagi dah….
  4. Bentuk fizikal – rambut kerinting, rambut lurus, hidung tidak mancung, hidung mancung, kulit gelap,.kulit cerah
  5. Masa lalu – andainya masa lalu kita sangatlah tak lalu untuk dikenang, hmm boleh je jadikan pengajaran untuk meneruskan kehidupan di masa depan.
  6. Kedudukan dalam keluarga – macam saya anak pertama, sampai mati pun tak kanmenjadi anak bongsu
  7. Bangsa

Kalau nak berubah untuk perkara yang baik dan digalakkan, boleh ikut tips ini:
  1. mulakan perubahan secara perlahan , tak perlu mendadak,
  2. usah bertangguh untuk berubah, kalau sudah ada keinginan
  3. Berubah untuk perkara dan niat yang betul..ada tak mau korner-korner tau!
  4. Istiqomah , biar usaha untuk berubah dan mengekal perubahan itu secara berterusan

Hmm apa yang saya nak sangat ubah dalam hidup saya? Banyak……tak perlu diwar-warkan kerana tidak tau bila boleh melakukan perubahan untuk itu semua.

Masih rindukan blogspot

Baru 2 hari bertukar pada wordpress, gagal menahan diri untuk membuat entry di blog blogspot...he he..tak apalah, blog ni dah menjadi blog 'suka-suka nak tulis apa'.


Bagi yang mencari mana menghilang blog Jendelahidup, boleh KLIK SINI




Ikut kata hati...suka hati.

Jam 8.11 pagi,ada depan PC tapi bukan PC ofis ...PC kat rumah hi hi bagusnya ...


Saya sedang mengikut kata hati yang membisikkan agar tinggal di rumah saja hari ni.


Eh sesekali kena dengar jugak bisikan hati , kan? Baru senang hati, risiko ..fikir lain hari.


Kepala sedang merencana apa yang perlu saya lakukan untuk manfaatkan masa sepanjang hari ni setelah berjaya ditewaskan oleh kata hati.


Hmmm saya dah nampak apa yang saya perlu lakukan...kalau ok hasilnya, saya akan war-warkan..kalau tidak, saya diamkan je.


Ok, nak keluar dulu, jumpa doktor...tak sihat minda hari ni..doktor mesti berikan saya MC sebab minda yang sihat penting untuk melakukan kerja di pejabat.


Sambung lagi nanti.




M.A.L.A.S

Bangun dah cukup awal hari ni...bagus,CUKUP RAJIN!

Itu boleh dikirakan sebagai TIDAK MALAS.

Kain baju selonggok sudah siap dilipat dan disusun.

Masih boleh belum boleh dikatakan MALAS.

Saya malas ke pejabat hari ni!

Itu memang betul-betul MALAS.

Cuti tahunan berbaki 3 hari lagi.

Badan masih sihat walafiat...SYUKUR!

Lalu harus bagaimana untuk mengelat daripada muncul di pejabat?

Hmmm

MALAS pergi la dikau!

p/s: tak ada idea untuk entry pagi ni.




salah mulut ke? mengata dan menyibuk?


Kadang-kadang rasa pelik dengan sesetengah manusia ni..suka sangat mengambil tau perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun.

Antara perkara yang sering orang sibuk nak tau tentang diri saya yang bukan artis ni

‘ awak ni bila nak tambah ahli keluarga lagi? Tak kan cukup 2 je kot….esok-esok dah tua mesti bosan sebab anak ada 2 je, mereka mesti bawak haluan sendiri”

Soalan di atas tu memang sungguh-sungguh popular ditanya orang secara langsung pada saya, sekarang makin kerap ditanya bila salah seorang kawan rapat saya sedang mengandung anak ke 3…

2 jawapan yang sering keluar dari mulut saya, salah satu akan digunakan bergantung pada situasi dan orang yang bertanya.

 "belum ada rezeki (jawapan paling popular)"

" dah tua la ,cukup la kot dapat sepasang, sekarang ni perbelanjaan semua tinggi, didik yang dua ni sebaik Mungkin lebih baik daripada ramai tapi terabai – (kedua popular)"

Itu soalan yang orang tanya secara terus kepada saya, ada jugak soalan yang ditanya kepada orang lain , Mungkin orang lain tu boleh menjawab bagi pihak saya atau orang lain itu akan menyampaikan soalan itu kepada saya.

“Rohaya tu macam tak kisah je gemuk macam tu, dia tak takut suami dia cari lain ke?”

“tak faham la dengan Rohaya tu, kerja dah berbelas tahun tapi dengan kita-kita ni masih lagi dia tunjuk sombong, dia memang jenis macam tu ke“?

Saya tak ada jawapan khusus kerana selalunya bila orang sampaikan pada saya, senyuman je yang dapat diukirkan sebagai jawapan he he..


Sebenarnya tak banyak soalan pun yang orang ingin tau pasal diri saya ..Cuma saya ni memang jenis tak reti bergaul, bila orang tanya-tanya terasa kurang selesa sikit, lagi pun kita tak ada nak kecoh-kecoh ambil tau pasal mereka pun..


*** kawan-kawan ada tak yang berdepan dengan situasi begini?



Rashidi Ishak ( Suami Vanidah ) terima Ijazah selepas 7 tahun

Wow lamanya Rashidi mengambil masa untuk menerima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang komunikasi dari UPM.


Saya selalu rasa bangga melihat kejayaan orang di dalam bidang pelajaran, mungkin kerana tidak berpeluang untuk merasainya..tapi siapa tau mungkin lepas anak-anak dah besar sikit, saya kembali menyambung pelajaran?








Saya membaca kisah Rashidi ni di MStar Online..sedikit sedutan kata-kata Rashidi:



"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.
Baguslah walaupun sudah bergelar pelakon terkenal, perasaan ingin mendalami ilmu masih ada, tidak seperti sesetengah artis, tak ada ilmu tetapi cuba tunjuk macam berilmu..
** kawan-kawan, ada yang masih belajar selepas berumahtangga?

Tony Eusoff Murtad?

Sehari dua ni ada la ternampak kisah Tony Eusoff ni tapi tak sempat nak baca..pagi ni baru sempat mencari cerita ni....oo rupanya dia memang beragama Kristian...saya pun fikirkan dia seorang yang beragama Islam selama ni, salah tanggapan rupanya.


NI sedikit sedutan kisah daripada blog ohbulan!.com



“Kepada orang Semenanjung, saya sebagai orang Sabah & Sarawak terasa hati kerana ada segelintir daripada anda yang mempertikaikan nama yang ada pada kami sedangkan di negeri kami ada banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam,” ujar Tony kecewa.
“Mengenai nama saya yang seakan-akan orang Islam, saya sememangnya Kristian. Kalau nak panggil saya murtad, lebih baik panggil saya lesbian!”




Oo ok, dah jelas macam ni, tak ada la lagi orang nak cakap pasal isu ni.


Kredit cerita untuk Ohbulan!.com.

Minta Pandangan - Blogspot ke Wordpress

Sebenarnya saya nak mintak pandangan dan panduan sikit tentang perpindahan daripada Blogspot ke Wordpress. Benda ni bukan kali pertama saya timbulkan cuma sebelum ni sekadar entry ringkas je . Kali ni saya nak minta jasa baik mereka yang telah pun menggunakan Wordpress berkongsi pendapat.

Ok, bab traffic, saya tau memang jelas WP ni memberikan lebih traffic berbanding Blogspot.

Yang menjadi persoalan saya ni adalah:

1. Masih boleh guna header yang sama ke bila dah bertukar kepada Wordpress? Hati masih menyayangi header kat atas tu.

2. Bagaimana dengan follower dan semua entry lama, masih kekal selepas dipindahkan?

3. Hosting yang mana satu pilihan anda?

Itu 2 perkara yang menjadi persoalan saya..dah cuba google tapi tak dapat jawapan yang sebenarnya ingin diketahui.

Ucapan terima kasih di dahulukan untuk setiap pandangan dan nasihat sahabat semua.




Berapa kerap shopping pakaian kerja?


Jumaat lepas ketika waktu rehat, saya dan kawan ke Jalan TAR..niat saya untuk membeli kain ela sebabnya hik hik **sebab yang remeh je, ada jemputan makan tengah hari dengan reinsurer pada 19/10/2011( esok) di Pavillion.

Hmm macam la tak ada baju kurung baru tak dapat keluar makan, kan? baju ada tapi tak muat nak pakai, hanya boleh dipandang je...terpaksa akur dengan keadaan, tempah baju baru.

Bukan lah saya seorang je yang dijemput tapi ada 3 lagi staff jabatan saya.

Salah satu perkara yang saya suka beli adalah kain ela..berbanding dengan tudung, kasut, handbang, kain ela sentiasa ada dalam list..dulu dah cukup elok kumpul banyak-banyak sikit ( tak lah banyak sangat maknanya tu...) badan pulak turut kumpul lemak sampai melebih-lebih, sudahnya semua baju kurung tu terperuk macam tu je.

Ada orang mesti beli kain ela tiap bulan, ada yang mesti beli kasut dan tudung tiap bulan..saya jatuh pada kategori membeli hanya bila perlu, mungkin kewangan tak membenarkan, cuba kalau kewangan stabil hmmmm mau berumahtangga kat Jalan TAR je hik hik

Tambah-tambah sekarang ni kan, kat ofis tu macam –macam ada...mak ayah je yang tak ada, lain-lain cukup lengkap...bermula dari kain ela, tudung, kerongsang, pakaian dalam pun boleh order melalui katalog..itu bab pakaian, barangan kemas ada, barangan Tupperware, perfume ..ishhh pendek kata tekan butang keluar semua .

Bisnes berkembang pesat kerana adanya kaum wanita...betul tak?

*** sama aja kan kat mana-mana ofis pun, mesti ada jurujual bergerak punya.





iPhone 4S - Ada minat?


Ada seorang sahabat yang suka sangat tukar-tukar handphone,keluar je model baru mesti dia pasang niat nak tukar..hari tu pakai HTC sekarang nak iPhone 4S pulak...saya akui memang ketingalan bab-bab gajet ni.

Tadi cuba-cuba cari info mengenai iPhone4s ni...ada berita dari Utusan Online mengatakan Jualan iPhone 4S mencecah empat juta unit dalam tempoh tiga hari sejak mula dijual di Jepun, Australia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu.

Menurut syarikat pengeluar, Appe Inc., syarikat itu menerima lebih daripada sejuta tempahan secara talian dalam tempoh 24 jam sejak gajet itu mula dijual di beberapa negara, sekali gus melebihi 600,000 jualan iPhone 4. Woww memang dasat tu..

Saya cuba cari kelebihan iphone4S ni...antaranya:

1.2x ganda lebih pantas berbanding iPhone4
2. kamera 8megapixel
3.kemampuan merakam video full HD 
4. mempunyai 2 antenna atas dan bawah
5.Mempunyai masa bateri yang panjang

dan pastinya banyak lagi....wahhh patutlah kawan saya terkinja-kinja nak memilikinya, bakal masuk pasaran ke Malaysia akhir October, kata kawan lagi..


Berapa lama masa anda untuk blog setiap hari?

Hari ni dah pun Isnin kembali..sekejap je cuti 2 hari di hujung minggu. Nampaknya kurang blogwalking semasa 2 hari bercuti, sebabnya banyak habiskan masa dengan mengemas rumah... Nadhirah pulak ada exam akhir tahun bermula hari ni.


Pagi ni bangun pukul 5 mengadap blog, terfikir pulak nak buat entry mengenai tajuk di atas.



Berapa lama setiap hari anda berblog?

Ada tak kerja lain yang tertangguh hanya kerana anda terlebih waktu untuk blog?

Macam mana dengan hobi lain, adakah anda terpaksa lupakan hobi lain kerana lebih tumpuan pada blog?

Sebab apa saya bertanyakan soalan di atas, sebabnya saya ni kalau mengadap novel, terus tak ada masa untuk blog, kalau start tidur siang mulalah nak tidur lama-lama.

Kalau mengadap blog, terus tak ada masa untuk novel, tak ada masa untuk exercise, tak ada masa untuk TV, tak ada masa untuk tidur siang.

Maksudnya masa lapang saya dihabiskan dengan berblog. Masa lapang tak banyak, selepas ditolak dengan kerja-kerja rumah tangga, kerja lain yang lebih perlukan perhatian khusus daripada kita, itulah masa lapang saya...Itu sebabnya bila ada je masa lapang, terus mengadap blog..

Kadang-kadang tertanya jugak, blogger yang berjaya kerana banyak blogwalking, banyak entry tu habiskan masa berjam-jam lamanya kah ? Saya selalunya mengadap blog antara 2-4 jam kalau betul-betul free di hujung minggu. Kalau hari kerja, hanya dapat luangkan dalam masa sejam je , itu pun kalau rajin nak bangun awal pagi.


Oleh kerana ada sedikit niat di hati untuk mendapat duit daripada berblog ni, nak la setiap usaha tu dilakukan secara konsisten, tak nak la suka nak update entry baru update, suka nak blogwalking baru buat blogwalking. Buat masa sekarang ni kekangan masa selalu jadi alasan untuk saya sedangkan ramai blogger Berjaya tu adalah daripada kalangan mereka yang bekerja.

Jadi wahai sahabatku semua, sudi-sudikan la berkongsi rahsia kejayaan anda di dalam dunia blogging.


Terima kasihhhhhh

Langsing cara Selebriti Bollywood

Meh kita intai-intai cara selebriti Bollywood berdiet..mana tau dapat berbadan ala-ala mereka kalau pun tak dapat seseksi badan mereka tu..


Kareena Kapoor 

Pelakon seksi ni pernah menghadapi masalah berat badan macam kita jugak dulu, tapi beliau seorang yang begitu komited di dalam usaha untuk menurunkan berat tidak seperti tuan blog ini. 

Cara diet beliau adalah:
TIdak mengambil nasi dan roti canai dalam menu hariannya.
Meninggalkan tabiat memakan dadign.
Berjaya turunkan berat badan 12 kg dalam masa setahun
Mengambil sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air putih, jus buahan tanpa gula.


Rani Mukherjee

Badan beliau dikatakan berisi ketika berlakon di dalam filem KKHH .
Biasalah pelakon mana boleh dikatakan berisi, gemuk apatah lagi, laju dan drastik la mereka berusaha untuk turunkan berat badan.

Cara Rani pulak macam ni:
Katakan tidak pada makanan berlemak dan berminyak.
Beryoga
Bersenam di gym 3 kali seminggu

Hasilnya beliau dapat memakai pakaian bersaiz S berbanding dulu bersaiz L