Diari Suami : Sukarnya membawa status JANDA

Tajuk macam paness je sikit...kena taip seringkas mungkin, tau jelah kepad hp tak sama macam keyboard PC.

Tengah lunch hour, lari turun ke lobi ofis, sini ada WIFI. Tadi sebelum turun bawah ni sempat baca Majalah MIDI Nov 2011, baca Diari Suami yang bertajuk sama macam tajuk Entry.

Saya setuju semua dengan apa yang ditulis oleh Encik Jalil mengenai pengalaman ang dilalui oleh sahabat isteri beliau yang baru bergelar Janda yang kematian suami.

Teringat apa yang dilalui oleh mak saya selepas kematian arwah ayah, situasi yang hampir sama dilalui oleh mak saya.

Kalau nampak pakai kemas sikit , ada lah yang mengata nak mengurat suami mereka walaupun mereka tu adalah kawan baik mak saya.

Kalau mak saya tumpang sesiapa untuk ke satu -satu tempat ( time adik-adik masih kecil macam mana nak hantar mak kemana, lagi pun mak saya jatuh sakit lepas kematian ayah), mesti ada gossip-gossip liar merebak sana sini, walhalnya orang yang mak tumpang tu boleh dianggap anak .

Pendek kata memang setiap gerak geri seorang janda sentiasa diawasi oleh mata-mata yang tidak bergaji. Paling mereka risaukan kalau mak goda suami mereka...ishhh tak ada maknanya la ...

Kalau ada kenduri kendara, memang susah mak nak ramah-ramah sangat, tau je la kat tempat kenduri kan ramai orang, isteri orang ada, suami orang pasti la ada.

Syukurlah kerana selepas lebih 20 tahun pemergian arwah ayah, tiada fitnah dashyat yang menimpa ibu setakat gossip-gossip manja je yang singgah, semua tu dapat ditangani dengan baik.

** jangan pandang serong pada janda atau andartu ye! 

kena stop, dah 1.30...fuhhh lama gila nak siapkan 1 entry.