Novel Rindu Cintaku Sekuel Ombak Rindu



Baru selesai membaca novel ni , keluarnya dah lama tapi baru dapat novel ni daripada kawan baik ka ofis tu, sang pencinta novel.

Tak tau pulak saya masih ada sekuel novel Ombak Rindu selepas Ombak Rindu dan Cinta... Tiada Akhirnya.

Kawan ofis tu selongkar balik novel kesayangan bila mendapat tau Filem Ombak Rindu bakal menjengah pawagam tak lama lagi.

Dalam novel ni, sekali lagi keutuhan cinta Hariz pada Izzah teruji, kedudukan Hariz di Sufiah Holding disingkirkan setelah adik susuannya, Hazirah memegang tampuk kuasa.

Izzah digambar hilang ingatan sebelum ni dan novel ni dia mulai mendapat kembali memori lama, Elin bekas adik ipar Hariz yang pernah menaruh hai pada Hariz telah memerangkap Hariz yang mana akhirnya membawa kepada kehilangan Izzah selama 4 tahun. Izzah sekali lagi meninggalkan Hariz, nampaknya.

Kali ni muncul watak ZulFaris** terkebil-kebil jap nak mengingat dari mana datangnya dia ni sebelum ni..ohhh rupanya dari novel Setia Menanti..kesiannya En.Zul ni mengharapkan pada yang tak sudi.

Watak Kelvin dan Roland muncul lagi, sebelum ni pernah muncul di dalam novel Ombak Rindu, ketika Izzah menjadi GRO di pub dan ketika itulah detik permulaan antara Hariz dan Izzah ..maknanya Roland dan Kelvin adalah 2 manusia yang tau kisah gelap Izzah.

Saya suka part dihujung cerita, ketika Izzah pulang dari luar negara, datang jumpa keluarga Hariz, Armand dengan sportingnya membawa Izzah berjumpa dengan ayahnya tanpa pengetahuan Izzah ke ladang. Saat ni agak menyentuh hati sikit, apatah lagi munculnya watak :'Tuan Haji' ...

Watak Tuan Haji adalah Hariz selepas 4 tahun ditinggalkan, selepas berjaya mempunyai ladang pertanian, masih kekal dengan rasa cinta yang mendalam pada Izzah.

Hebat betul Fauziah Ashaari garap cerita ni hingga menjadi 3 sekuel yang tak jemu dibaca.

Tahniah untuk Fauziah Ashaari, semoga novel ini berjaya sebagai filem hebat walaupun saya agak negatif dengan pemilihan pelakon untuk filem ini.


Wajah Suami Syella Perkahwinan 15 juta

Tadi blogwalking ke blog Media Malaya, terbaca entry tentang perkahwinan 15 juta dan kali ni ada gambar suami beliau, dalam Minggan Malaysia hari tu hanya diceritakan tentang persandingan Syella tanpa suami. ** kalau sorang-sorang pun boleh di panggil bersanding ke? 


KREDIT GAMBAR UNTUK MEDIAMALAYA.COM

Khabarnya VVIP, ye la kot sebab kalau orang-orang biasa mana kan mampu nak kahwin dengan kos 15 juta selain tajaan orang macam Norman dan Memey hari tu.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat untuk mempelai.



Happy Birthday from Nuffnang and TGV Cinemas!



Saya terima email ni 2 minggu yang lepas, dapat tiket free sempena birthday...kebetulan dah lama tak masuk panggung sejak melanggan filem dari Astro First...bagaikan orang mengantuk disorong bantal la nampaknya.

Sabtu ni anak dara saya, Nadhirah akan dihantar balik Tampin sepanjang cuti sekolah akhir tahun yang panjang ni, jadi sebelum dia balik sana, saya bercadang untuk menonton wayang. Filem pilihan kami "AKU BUKAN TOMBOY" pada sebelah pagi Sabtu tu....

Itu saja la kot filem yang ada dalam benak Nadhirah buat masa ni memandangkan tiket free ni tidak termasuk tiket wayang 3D, kalau dapat untuk wayang 3D memang kami pilih filem PUSS IN BOOTS.

Terima kasih banyak-banyak untuk pihak NUFFNANG kerana menghargai harijadi para nuffnangers dengan tiket wayang percuma.

Semoga kami sekeluarga berpuas hati la dengan filem Aku Bukan Tomboy tu nanti.