Terengganu...saya balik..

Baru saja bertolak ke Terengganu, hantar mak balik.


Makcik adalah driver....saya , Umar dan Nadhirah ada mem kat belakang...mak adalah pemandu gantian errkkk tak ada la....usik-usik je.


Semoga perjalanan kami dirahmatiNya dan selamat sampai di kampung tercinta dan selamat kembali ke Selayang Mulia untuk meneruskan rutin .


Hingga jumpa lagi.


*** Nasi dagang dah terbayang di mata...keropok lekor tak begitu banyak sekarang kerana musim hujan.

Aduh Sayang|Cerekarama TV3

Kalau tak silap cerekama minggu ni bersiaran jam 9 malam. 


Ni sinopsis untuk cerekarama yang dilakonkan oleh pasangan kekasih, Remy dan Tiz.

ADUH SAYANG berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. 

Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. 

Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat. Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. 

Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.

Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak… Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar

Sinopsis Gemersik Kalbu|Slot Akasia TV3

Semalam dah pun berakhir "Tentang Dhia"..saya hanya sempat menonton pada episod pertama je hu hu..biasalah waktu tayangan sangat tidak sesuai dengan rutin saya yang amat kelam kabut pada time-time macam tu.

Apa pun, mungkin mereka yang meminati drama-drama untuk slot Akasia, boleh la menonton drama "Gemersik Kalbu" pula bermula Isnin depan.

Drama yang diadaptasi daripada novel nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya.

 Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah membenihkan bibit-bibit cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi. Insiden ini membuatkan Raihana terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. 

Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Neelofa Duta Avon Terbaru

Kredit gambar dan cerita untuk Budiey.com

*** Tuah jelita dan terkenal.

Avon cukup teruja untuk mengalukan kedatangan ahli baru dalam keluarga jelitawannya, Neelofa sebagai wajah terbaru untuk Avon Style.

Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Aspalin Sirat, kehadiran Neelofa sebagai ikon baru Avon sungguh bertepatan. 

“Wanita hari ini mahukan ikon yang tidak sekadar cantik dipandang. Mereka mahu sesorang yang peramah namun sensual, bijak dan berani, dan paling utama, seseorang yang berperibadi tinggi dan percaya pada keupayaannya membentuk masa depan diri sendiri; Neelofa adalah wanita tersebut. Kami gembira untuk berkerjasama dengannya dan yakin bahawa para Wakil Avon dan pelanggan akan turut mencintainya.”

Si molek berusia 22 tahun ini bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanahair. Baru mengorak kerjaya dalam bidang lakonan tahun lepas, Neelofa telahpun berlakon dalam 4 filem dan pelbagai rancangan TV. Pemenang anugerah Dewi Remaja 2010 ini turut mencatat kecemerlangan akademik pabila mendapat keputusan A untuk semua matapelajaran ketika UPSR, PMR dan SPM. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej di Sunway.


Biarpun glamor dan ‘cool’ dengan dress berkilau dan kasut tumit tinggi, bakal ikon popular tanahair ini tampil teruja saat ditanya mengenai kerjaya barunya.

“Lofa memang teruja untuk berkerjasama dengan Avon. Avon menjadikan kejelitaan sesuatu yang boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja, pada masa yang sama membuka peluang kewangan untuk jutaan wanita seluruh dunia. Lofa bangga dapat bersama sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan penting sekali, sebuah syarikat yang begitu prihatin terhadap wanita.”

“Sejak kecil, Lofa kagum dengan jelitawan Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz; mereka berjaya mengubah lanskap industri dan mencuri hati rakyat Malaysia dengan keupayaan mereka. Macam tak percaya, sekarang saya berada dalam jejak mereka, dan tampil cantik sentiasa melakukannya, bersama Avon setiap hari!” tawa Neelofa di set penggambaran UMR Rose Lipstick untuk penampilan pertamanya bersama Avon.

Neelofa bakal muncul sebagai wajah baru Avon Style di Risalah Kemuncak Avon bulan Februari, 2012. Beliau juga bakal tampil sebagai pelakon utama dam filem rekaan semula yang dinanti ramai, Filem Azura pada bulan Februari 2012 nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com


Osbon Juara Maharajalawak Mega

Sekalung tahniah untuk kumpulan Osbon yang telah berjaya menjadi juara Maharajalawak Mega ...memang menepati ramalan kebanyakkan orang termasuk isi rumah ni.

Mereka menerima RM350K tunai dan trofi.

Naib juara adalah milik kumpulan Boboi.

Tempat ketiga adalah milik Saehu

Tempat keempat adalah milik Syok.

Tahniah untuk ke semuanya yang bertanding malam final.

SITI NURHALIZA BERSAMA PARA SITIZONERS

Dulu masa mula-mula Sitizone dibuka, saya salah seorang ahli ketika itu, agak aktif berchatting tiap hari...pernah la sekali je menonton persembahan Siti bersama para Sitizoners di Astro.....gambarnya ada tapi tak dapat nak transfer, nanti dah ok, saya upload ( cewah, macam la orang kisah sangat ko pernah tengok persembahan Siti)..pernah jugak join sms contest sempena Konsert Siti di Albert Hall, London tapi tidak berjaya sob sob

Sekarang ni sesekali je datang ke laman web Sitizone , itu sebagai guest kerana dah terlupa password he he..hari tu dapat tau mereka ada buat satu majlis untuk sambutan 8 tahun SitiZone...tapi saya seperti biasa, sekadar mengikut perkembangan dari jauh je...walaupun hati ada keinginan untuk join tapi simpan je la dalam hati he he ..

Tadi ada tengok beberapa gambar Siti dan para Sitizoners pada hari 26hb Dec yang lepas di Sungai Congkak. Boleh tengok di FB PA Siti, Rozie.















Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega

Sekarang sedang berlangsung Maharajalawak Final di Astro Warna...kat rumah ni terminate dah pun pakej tu hu hu..

Nasib baik boleh menonton di Lie Streaming je..

KLIK UNTUK MENONTON MAHARAJALAWAK FINAL SECARA LIVE STREAMING.

Selamat Menonton!



Filem Ombak Rindu di Astro First

Malam tadi lepas dapatlink untuk menonton secara online filem ni di youtube, cuba la kami ( saya dan mak he he) menonton filem ni....asyik tersekat-sekat je...terlupa sebelum tu nak check filem ni dha ada ke belum di Astro First...rupanya semalam adalah hari pertama tayangan di Astro First.

Jadi hari ni saya langgan filem ni di Astro First dan biarkan mak menonton sendirian di rumah...4 kali mak pulun tengok filem ni....best katanya....mungkin sebab dia tak pernah membaca novel ni, dia rasa filem ni best sangats-sangat, katanya cukup menyentuh hati..

Tadi balik kerja, lepas makan malam, saya dan mak sama-sama menonton...tak rasa sedih pulak saya ni...ishhhh tak boleh jadi ni, mak yang tak pernah menangis boleh tersentuh hati...kata mak, kalau tengok tak sepenuh hati memang la tak rasa...cuba malam ni tengok semula bila anak-anak dah tidur.

Daripada apa yang saya tengok tadi, jalan cerita filem ni banyak sangat meloncat , mungkin sebab nak cukupkan masa tayangan. Kalau saya belum membaca novel , saya rasa tak begitu faham sangat dengan cerita ni.

Dah le saya ni sejak awal tak berkenan dengan Aaron Aziz ( maap yeee) yang memegang watak Haris tu, dia memang ok, hensem lagi, seiras wajah arwah ayah saya...cuma memek wajah dan intonasi suara dia sama je ketika marah, romantik, jahat....tak sampai di hati.

Mak saya suka benar dengan Izah tu...asyik memuji aja ...pada saya Lisa lebih terserlah..

Malam ni karang free nak menonton lagi sekali...esok dah nak balik Terengganu, ikut makcik hantar mak.

Ombak Rindu Full Movie| Tonton Online

Malam ni layan Ombak Rindu kat youtube.

Masterchef Malaysia| Brian tersingkir

Saya agak tak sangka Brian tersingkir sebelum ke final kerana beliau seorang yang konsisten tapi apakan daya, sudah tersurat rezekinya hanya bertahan hingga ke top 8.

Saya rasa peluang Brian sangat cerah di dalam bidang masakan kerana jelas kreativiti beliau setiap kali melakukan tugasan.

Selamat Maju Jaya untuk Brian.

KLIK UNTUK FORMULA WAJAH YANG SENTIASA REMAJA


Rajnikant di dalam Filem Robot

Malam ni ketua rumah dah cakap awal-awal, jam 10 malam adalah waktu untuk beliau menonton...ingatkan filem apa yang benar-benar buat dia teruja untuk menonton, rupanya filem lakonan Rajnikant...

Saya tak meminati filem Tamil manakala adik beradik saya yang lain sangat meminati filem Tamil.

Ketika entry ni ditaip, ketiga isi rumah sedang ralit menonton filem Robot ini...best agaknya, nampak ada Aishwarya Rai juga...dengar pada bahasa yang digunakan, filem ini merupakan filem Hindi.

***Hmm mungkin kena bagi peluang pada diri sendiri malam ni untuk lebih mendekati filem-filem lakonan Rajnikant kerana tak la nampak macam blur blur je bila kawan kat ofis bercerita.

Cara Pasang Meta Tag

Tadi duduk termenung fikirkan tentang blog...lepas tu godek-godek kat Google tentang beberapa perkara untuk traffic blog.

Dek kerana saya ni macam tenggelam timbul, kadang-kadang lemas di bawa arus, saya rasa kena giat mencari ilmu berblog ni..nak bergantung harap pada cerita personal je, macam tak ada yang menarik pun sangat untuk dikongsikan.

Jumpa entry tentang META TAG di SINI...saya pernah letak meta tag pada blog saya dulu..try nak tukar semula pada tag yang lain...dah berjaya pun tukar.

Kalau ada yang nak pasang atau tukar meta tag pada blog, boleh la KLIK SINI..

Majalah Anjung Seri Januari 2012

Dah terima tapi belum belek.


*** tiap bulan tengok kecantikan rumah orang lain..rumah sendiri masih lagi begini huhu

SITI NURHALIZA as Minnie Mouse Madonna| Majalah GLAM Januari 2012



Adik saya beli GLAM! hehe budak yang tak tau apa-apa erti keGLAMman tiba-tiba beli Majalah GLAM hanya kerana cover SITI NURHALIZA...boleh la pinjam baca hi hi

Mak di Selayang Mulia....

Dah 2 hari mak saya datang KL, ikut adik saya yang pulang bercuti sempena Krismas baru ni...Insyaallah Sabtu nanti dia akan pulang semula ke Terengganu bersama makcik dan juga Nadhirah.


Semalam sehari suntuk mak hanya di rumah...hari ni saya bercuti bawak lah dia keluar jalan-jalan..tak ada ke ke mana pun sangat..cukuplah menghilangkan bosan dan bawak dia cuci mata..


Tadi ke pasar bersama, beli apa yang patut, balik masak sama-sama , seperti biasa la mulut mesti riuh, berdua je di dapur tapi macam beberapa orang riuhnya....he he cerita tak pernah habis....berbeza sangat dengan mak mertua saya yang cukup pendiam...


Kata Nadhirah, kalau kita bersama dengan ahli keluarga abah mesti suasana senyap-senyap je, tapi kalau kita dengan ahli keluarga mama,hmmmmmm riuh rendah macam ada pakai speaker kat baju he he.


Begitu la saya dan saya pasti orang lain pun macam tu jugak, pantang berjumpa dengan ahli keluarga mesti banyak cerita yang keluar....

Esok dan lusa, mak dan Nadhirah akan melalui rutin yang sama sebelum balik kampung..lepak berdua sampai petang.


Seronok kan, kalau dapat jumpa mak....selalunya makcik saya la pengganti mak kala hidup di KL ni...syukur seperti ada dua ibu...tambah dengan mak mertua , jadi 3..bak kata kawan kat ofis, saya ni beruntung, hidup dikelilingi mereka yang menyayangi saya.


Alhamdulillah.

Ibu-ibu glamour Bollywood


TAHUN 2011 menyaksikan ramai aktres-aktres terkenal Bollywood telah melahirkan zuriat masing-masing. Berikut antara aktres-aktres yang dimaksudkan.
Aishwarya Rai Bachchan
Kehamilan aktres dan bekas Ratu Dunia Aishwarya Rai, menantu pelakon Amitabh Bachchan yang juga isteri kepada anak Amitabh, Abhishek Bachchan telah menjadi suatu perkara yang heboh satu dunia. Ini kerana muncul banyak pihak yang bertaruh tentang tarikh kelahiran anak sulung Aishwarya.
Namun akhirnya pada 16 November lepas, dia telah melahirkan anak perempuan.
Bagaimanapun nama anak itu dikatakan hanya akan diberikan pada upacara pemberian nama atau digelar sebagai namkaran dalam masyarakat India.
Namun mungkin ramai yang tidak sedar, pada hakikatnya Aishwarya telah melahirkan anak yang sihat dalam usianya yang kini mencecah 39 tahun!
Konkona Sen Sharma
Aktres yang menyerlah sebagai wartawan hiburan dalam filem Page 3 , Konkona Sen Sharma yang berkahwin dengan Ranvir Shorey telah melahirkan anak sulungnya pada 15 Mac lepas. Dia menamakan anaknya itu sebagai Harron dan Konkona kini sudah kembali aktif dengan kerjaya lakonannya.
Kiran Rao
Isteri aktor tersohor Aamir Khan ini melahirkan anak pada 1 Disember lepas dengan menggunakan teknologi persenyawaan in-vitro (IVF). Anak itu dinamakan sebagai Azad Rao Khan.
Lara Dutta
Aktres Lara Dutta yang berkahwin dengan Mahesh Bhupati belum melahirkan anak lagi tetapi dia kini sedang sarat hamil anak sulungnya dan dijadual melahirkan anaknya itu pada Januari tahun depan.
Shilpa Shetty
Selepas melayari bahtera rumah tangga bersama Raj Kudra, aktres jelita Shilpa baru sahaja mengumumkan dia kini hamil anak sulung. Dia dijadual melahirkan anaknya itu menjelang hujung tahun depan.
Preeti Jhangiani
Aktres Preeti Jhangiani yang mengahwini Parvin Dabas telah melahirkan anak lelaki pada 11 April lepas. Preeti pernah membintangi filem-filem pecah panggung seperti Mohabbatein dan Awara Pagal Deewana.
Neha Bajpai
Aktres Neha Bajpai telah melahirkan anak perempuan pada Februari lepas dan menamakan anaknya itu sebagai Ava Nayla Bajpayee.
Malaika Khan
Malaika Khan, isteri kepada aktor muda, Zayed Khan telah melahirkan anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki pada 23 September lepas.

UNIFI di Selayang Mulia

Hari ni dah pasang UNIFI...memang laju betul bila nak mengadap blog...harap-harap bermanfaat untuk saya walaupun itu belum menjanjikan saya dapat luangkan masa yang lebih untuk blog.


Oleh kerana baru je activate, ketua rumah sedang "cuci mata" dengan channel-channel  TV yang ada .


Nak tengok Youtube pun boleh kat TV...selain tu nak berFB pun boleh..keduanya bukan favourite saya.


Anak-anak masih berminat dengan ASTRO nampaknya..tak tau la lepas ni terminate ASTRO atau macam mana.


Yang penting pada saya adalah dapat berblog lebih daripada biasa...he he itu yang saya pentingkan.

**Dah angkut PC ni turun ke bawah, letak sebelah TV, jadi tak ada sapa yang dengki bila kala mama memijak tangga untuk ke atas..kadang-kadang baru je pijak sebelah kaki ke anak tangga dah ada yang menjerit tak bagi naik.

Bendera separuh tiang di depan pejabat UMNO Besut



Apa maksudnya kalau kibar bendera separuh tiang? 


2 RIBU SEBULAN DEMI CANTIK

Tajuk utama akhbar hari ni, wanita sanggup berhabis 2 ribu sebulan kerana obses dengan kecantikan.

Nampaknya saya tidak tergolong dalam golongan tersebut...tapi saya banyak jugak berhabis kalau untuk kurus walaupun hasilnya makin mengembang.

Saya rasa yang berhabis sampai 2 ribu sebulan untuk kecantikan tu adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi kerana kalau pendapatan macam saya ni , jangankan nak ketepikan 2 ribu untuk cantik, nak ketepikan untuk makan dan keperluan sekolah anak pun tak cukup 2 ribu.

Hmmm memang ada yang betul-betul obses untuk cantik, sanggup lakukan apa saja tetapi perlu berpada-pada, jangan sampai berhutang....ada tau yang sanggup berhutang untuk dapatkan barangan berjenama....lebih baik pakai bedak sejuk je kalau memang tak ada duit untuk beli bedak mahal-mahal daripada berhutang. Tapi ada juga yang sanggup ikat perut untuk dapatkan sesuatu yang diimpikan terutaman demi cantik...ini saya tak nafikan, saya pun pernah sebegitu.

Nampaknya industri kecantikan makin berkembang maju dengan adanya wanita...tengok la tauke-tauke kosmetik semua kaya raya...

Pendek kata, nak berhabis tak salah kalau memang ada banyak duit, guna banyak mana pun tak habis-habis...tapi kalau kemampuan agak kurang, pendapatan kurang, jangan sampai bergaduh laki bini kerana bajet lari hanya untuk cantik..utamakan yang penting terutamanya pendidikan anak-anak.

ISU NATIONAL FEEDLOT CENTRE MAKIN HANGAT!

Nampaknya isu NFC ni sungguh panas sekarang ni, saya sentiasa mengikuti perkembangan isu ni..biasalah, tak cukup cerita hangat artis, kisah-kisah hangat lain pun nak kena ambik tau jugak.

Apa pun , sebagai seorang yang hanya mampu membaca je, hanya menunggu laporan akhbar je la tentang isu ni.

Baru saja habis membaca Harakah keluaran hari ni tentang perkara ini.

Hmmm kita tunggu dan lihat saja la apa akan berlaku seterusnya.

ASMIDAR JUARA RANCANGAN REALITI "VOKAL ..BUKAN SEKADAR RUPA

Saya hanya berpeluang menonton rancangan ini pada episod pertama saja...jadi tak tau peserta mana yang boleh menjadi favourite saya...sedar-sedar malam ni dah pun final.

Tadi pun hanya menonton 30 minit terakhir saja...eh kenapa muka Ziana Zain nampak macam muka ala ala cucuk je? Erra seperti biasa la mesti cantik dan jelita....kadang-kadang teringin nak tengok dia dalam pakaian kasual je...asyik mekap cantik-cantik dan pakai baju hebat-hebat je.

Berbalik kepada 2 peserta final tadi, memang saya dan Nadhirah dah jangka kemenangan berpihak kepada Asmidar...suara sama-sama sedap tapi daripada rupa,ianya lebih memihak kepada Asmidar.

Dunia hiburan di negara kita ni tak cukup dengan bakat , perlu ada pakej iaitu paling penting ada rupa dan bentuk badan menarik..tak dapat disangkalkan la..

Kata Nadhirah, Mafa sedih seperti rupa mama ketika bersedih..ala cakap je la, Mafa dan mama lebih kurang sama saiz je hu hu.

Apa pun tahniah untuk kedua peserta , kita akan tengok sejauh mana Asmidar akan pergi selepas ini dan semoga Mafa turut berjaya di dalam bidang seni suara, rezeki semua datang daripada Allah.

Tahniah!

Masterchef Malaysia | Daniel Tersingkir

Kali pertama rasa sebak melihat peserta rancangan realiti tersingkir, sebelum ni saya biasa-biasa aja.

Mungkin melihat keakraban antara Daniel dan Wahidan membuatkan seisi rumah senyap je ketika diumumkan Daniel tersingkir.

Saya percaya dengan usia yang paling muda berbanding peserta lain, Daniel mempunyai peluang yang cerah di dalam bidang masakan..peluang untuk beliau melanjukan pelajaran di dalam bidang ini turut terbuka luas.

Semoga tersingkirnya beliau daripada rancangan ini membuka peluang lebih baik kepada Daniel.

Selamat maju jaya untuk semua peserta yang masih kekal.

Filem Papa I Love You

Tadi Nadhirah join peraduan untuk filem "Papa I Love You" di dalam akhabar Harian Metro...syaratnya mesti kena kepilkan keratan tiket filem ini.

Belum ditayangkan lagi tapi Nadhirah dah jawab soalan peraduan siap-siap....tiket free daripada NUFFNANG dah ada, cuma perlu tukar je masa nak menonton.

Filem ini akan mula ditayangkan pada umum pada 29 Disember 2011, 4 hari je lagi. Menurut kata Nadhirah, filem ni sama macam kisah PAPADOM, tak tau la betul tak katanya itu.


Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan watak Elly.


Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.
Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Datuk Kudin, seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly.
Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.
Para pelakon dalam Papa I Love U
Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)


Lambang rokok mirip kalimah ALLAH


KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.
Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.
“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.
“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.
“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.
Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.
“Walaupun tidak menye­rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.
“Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu ada muslihat tertentu,” katanya.

Yusry Kenali Hati Budi Lisa Melalui BlackBerry Messenger (BBM)


 Penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim memberitahu menggunakan medium teknologi sebagai salah satu cara mendalami hati budi bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani.
Yusry berkata, hampir setahun dia dan Lisa banyak berbual-bual mengenai pelbagai perkara menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum benar-benar serius dalam hubungan mereka.

"Sebelum ini kami hanya terserempak di majlis-majlis hiburan sahaja dan benar-benar berbual antara satu sama lain apabila Lisa datang ke pejabat saya untuk berbincang mengenai kerja.
"Dari sejak itu kami mula rapat sehinggalah ke tahap ini," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman tarikh perkahwinan pasangan itu di Putrajaya, Sabtu.
Yusry berkata, dia berasa selesa berkawan dengan Lisa kerana dia seorang yang lemah lembut, peramah dan begitu mengambil berat mengenai dirinya.
Ujarnya, dia bertambah selesa berkawan dengan bakal isterinya itu apabila tujuan dan objektif mereka dalam perhubungan adalah sama.
"Saya tidak mahu main-main apabila menjalinkan hubungan kerana matlamat saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai seseorang yang mengambil berat dan akan menjaga saya sehingga akhir hayat.
"Lisa juga begitu dan faktor itu membuatkan saya lebih selesa dan ingin memperisterikannya," ujarnya.
Dalam pada itu, Yusry berkata, sejak awal bertemu dengan Lisa dia sudah terpaut hati dan faktor itu telah menggerakkan dirinya untuk lebih mengenali lisa.
Katanya, dia bukan sahaja terpaut dengan Lisa tetapi juga dengan ahli keluarganya.
"Perkahwinan bukan sahaja melibatkan dua pasangan tetapi seluruh keluarga. Tidak sampai setahun kami bercinta saya sudah berjumpa dengan keluarganya dan begitu juga dia.
"Nyata keserasian kami terhadap keluarga kedua-dua belah pihak cukup baik dan cukup menyenangkan saya," katanya.
Sementara itu, walaupun sedikit fobia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis, Lisa berkata, kualiti bakal suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan merendah diri telah membuatkan hatinya terpaut pada lelaki berusia 38 tahun itu.
Malah katanya, Yusry pada awal perkenalan mereka bukanlah seorang terburu-buru atau pun 'gatal' yang membuatkan dirinya selesa.
"Pada awal perkenalan dulu abang (Yusry) tidak pernah menggatal dengan saya atau sesuatu perbualan itu menjurus ke arah itu.
"Kami lebih banyak BBM mengenai kerjaya, filem dan sebagainya dan dia sangat menghormati saya sebagai wanita," ujarnya.
Terdahulu, pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari depan selepas keluarga Yusry menghantar rombongan merisik kepada Lisa pada Jumaat malam.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Ombak Rindu ?...

Petang ni sepulangnya daripada membeli belah kelengkapan sekolah Nadhirah, mulakan pula kerja-kerja mengutip besi buruk belakang rumah . Rasanya rumah saya betul-betul teruk la sejak dua menjak ni..

Di tambah pulak dengan jiran sebelah tu tengah renovate dan hampir siap dah pun, kita terasa rumah kita teruk sangat bersepahnya...jadi saya kutiplah semua benda yang sebelum ni macam sayang nak buat tapi dah tak berguna pun.

Kutip punya kutip, banyak jugak rupanya besi buruk yang ada...kat belakang tu dah tinggal pokok-pokok bunga je beberapa pasu .

Bawak semua barangan yang nak dijual ke tempat kitar semula, tak sangka dapat RM30...patutlah ramai penagih curi besi sebab besi memang bernilai tinggi, dulu orang kata hina besi kerana karat, nampaknya tak boleh pakai lagi dah bidalan itu sebab besi dah jadi rebutan sekarang ni.

Kebetulan masa ke tempat kitar semula tadi tu, abang kepada kawan Nadhirah pun ada sama, beliau bawa 3 guni tin minuman..tau apa Nadhirah cakap? Ma, apa kata kita start kutip tin jugak lepas ni? 

Saya pun dah mula asingkan sampah kat rumah..plastik, kertas dan barangan yang memang patut dibuang terus.

Kertas dan plastik akan dikumpul seminggu, hantar ke tempat kitar semula...sebenarnya tempat tu dah lama wujud tak jauh pun dari rumah saya tapi saya je agak ketinggalan..sekarang dah tau, tak adalah nak jual suratkhabar lama kepada lori suratkhabar lama lagi dah..boleh hantar sendiri je ke tempat kitar semula, harga lebih mahal sikit.

Nampaknya itu pun boleh dijadikan pendapatan sampingan walaupun tak banyak tapi jangan sampai mencuri besi sudah la ye.

Blog Jendela Hidup makin suram

Sejak sebulan dua ni memang ketara sungguh kesuraman pengunjung blog ini, memang adil la kan dah awak sendiri pun tak berkunjung ke blog orang pun.

Tak apa, orang putih kata no heart feeling he he...

Memang pun untuk sebulan dua ni plan untuk slowkan sikit mengadap blog kerana sebab-sebab yang dah malas nak nyatakan di sini....ini pun sebab nak jadikan satu entry, kita taipla jugak walaupun berulang kali  hu hu.

Untuk sahabat yang masih maintain fokus berblog, teruskan lah ye, jangan stop stop macam saya ni.

Insyaallah ada masa boleh kembali mengadap blog secara konsisten.

Terima kasih semua yang sentiasa sudi datang.

Tahniah Yusry KRU dan Lisa Surihani

Saya gembira dengar berita Yusry KRU dan Lisa Surihani akan berkahwin pada 23 Februari 2012 nanti.

Bercinta lama-lama tak elok, baik akhirinya dengan ikatan yang sah, lepas tu boleh la terus bercinta...

Semoga perkahwinan mereka nanti berkekalan hingga ke akhir hayat.


MasterChef Malaysia - Siapa Bakal Tersingkir Esok?

Ketika ni, cerekarama 'Ajaibnya Cinta' sedang bersiaran kot, Nadhirah yang sedang menonton...saya lari naik atas , on pc kejap.

Sekejap tadi menonton MasterChef Malaysia untuk ujian citarasa, nampaknya Daniel dan Wahidan bakal berentap malam esok untuk ujian penyingkiran.

Kali pertama saya rasa sedih dengan ujian penyingkiran, mungkin melihatkan keakraban Daniel dan Wahidan seperti anak dan bapak, bila kena bersaing sesama mereka , hati terasa tersentuh.

Harap-harap malam esok tiada penyingkiran walaupun suami saya menjangkakan Wahidan yang bakal tersingkir.

Hari tu masa Saiful tersingkir, ada sedikit rasa sedih , mungkin kerana personaliti yang nampak seperti lemah, hati jadi kesian.

Tengok mereka ni semua, membuatkan hati rasa seronok nak cuba pelbagai masakan tapi setakat ni takat seronok di hati je le...tak ada buat apa-apa pun .

** Ary Malik tu terror jugak kan memasak? Tapi saya kurang minat dia...

Hari untuk Membeli Belah

Nampaknya saya agak terlewat untuk membeli belah keperluan sekolah.


1. Pagi perlu ke pasar - beli belah wajib


2. Balik dari pasar mesti ke Kedai Buku Sekolah - beli buku


3. Keluar kedai buku mesti ke Giant Batu Caves - nak beli kelengkapan sekolah.




Sahabat semua mesti dah selesai membeli kan?

Akhirnya lengkap 4 cover Siti Nurhaliza untuk GLAM JAN 2012

Kawan saya adalah pengumpul majalah GLAM sejak mula majalah ni keluar di pasaran..kebetulan pulak Siti Nurhaliza adalah artis yang paling diminati beliau...rasanya kali ni mau dia beli 4 GLAM kerana ada 4 cover Siti.

Hmmm cantik cuma bila Siti dah bertudung, rasa macam tak sesuai pulak pakai-pakai rambut palsu tapi ye lah kita pun faham , tudung dia bukan sepenuhnya, mungkin kasi can lagi la untuk dia bergaya macam ni.

Apa pun, GLAM seperti selalu, tampil hebat dan penuh kelainan.




AJAIBNYA CINTA | CEREKARAMA TV3

Seperti biasa, hari Sabtu kita bagi sinopsis cerekarama siap-siap ye...

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Affendi yang kerap mencuri. Seluruh penduduk kampung tahu tentang perangai buruk Affendi termasuklah emak Affendi sendiri yang mengakui tidak mampu lagi menasihati anaknya. 

Suatu hari, Affendi memecah masuk ke dalam rumah Ramli untuk mencuri tiket perlawanan bola seperti yang dijanjikannya pada Musliha. Namun, Affendi tertangkap dan dipukul oleh Ramli serta kawan-kawannya.

 Mak Tom yang menyedari situasi tersebut datang menyelamatkan Affendi. Apakah Affendi akan menyedari kesilapan yang dilakukannya atau dia tetap dengan perangai buruknya? 

Pelakon: Johan Asari, Umie Aida, Qhusairi Razali (Qi), Anzalna Nasir, Nadia Nissa.

Sinopsis Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Cerita ni dah ditayangkan malam tadi tapi saya terlepas menonton kerana awal-awal lagi dah zzzzz...

Layan sinopsis je la ..kat youtube pun ada.


Pelakon Utama:
Randy Panglila (Andy Rasputra)
Nurul Elfira Loy ( Alyah)

Sinopsis :

Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.
Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel


Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.
Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.
"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.
"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.
Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.
Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya.
"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.
"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," katanya berseloroh.
Bercerita tentang hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.
"Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.
"Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.
"Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik," kata Ramli.
*** mesti banyak duit dia kan, 10 tahun tinggal di hotel.

Lirik Lagu Ombak Rindu

Nampaknya demam filem Ombak Rindu masih belum berakhir..lagu tema untuk filem ini sering kedengaran di corong-corong radio

Saya mencari liriknya tadi, bukan apa..saja nak menghayati sikit lagu tu, kalau dengar kat radio tak begitu dapat nak bagi tumpuan.

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Randy Pangalila

Hari ni bila check kata kunci pada Nuffnang, tinggi betul carian untuk Randy Pangalila..saya tak tau siapa dia ni..rupanya pelakon Indonesia yang berlakon bersama Elfira Loy malam semalam dalam cerita Biar Mimpi Sampai ke Bintang.

Nadhirah lagi kenal siapa mamat ni berbanding saya...memang saya tak minat menonton drama dari seberang.

Jadi saya pun cuba la cari biodata si Randy ni..jumpa kat blog ni


Biodata Randy Pangalila 

Nama Penuh : Randy D Pangalila
Nama Panggilan : Randy Pangalila
Tempat dan Tarikh Lahir : Surabaya, 19 Oktober 1990
Pendidikan Terakhir : Pendidikan di Rumah
Nama Ayah : E.H.A. Pangalila
Nama Ibu : Aghata Lisa
Hobi : Randy pangalilawondo
Makanan Kegemaran : Sate Padang
Warna Kesukaan : Hitam
Zodiak : Libra

Sinetron Randy Pangalila
* Alyssa
* Gue Banget
* Cinta Fitri
* Cinta Kirana
* Chelsea
* Karissa
* Sumpah I Luv U

Filem Randy Pangalila
* Oh Baby

Ok, kepada yang mencari tentang diri si Randy, harap berpuas hati ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...