Bedung Bayi,Barut Bayi dan selimut tampal

Jualan penghabisan stok, kalau ada yang berminat boleh hubungi saya di  017-3416762.


Bedung bayi = RM10 sehelai


Barut Bayi bertali Cottonputih, Barut bayi Zap On bercorak, Zap On Plain ( beberapa helai je lagi) = RM5 sehelai.


Selimut Tampal bersaiz Single = RM30 sehelai termasuk kos pos.

Kenanga Whosale City

Jumaat lepas , saya dah rakan baik keluar awal sebelum waktu lunch untuk ke RHB Jalan Maharajalela....sampai sana, terkejut bila baca notis mereka dan berpindah ke Kenanga Wholesale City.

Lawak betul sebab mulanya kami macam tercengang je sebab tak pasti kat mana Kenanga Wholesale City...kami bayangkan satu tempat di tengah-tengah bandar. Padahalnya dah biasa pergi ke Jalan Kenanga , kat situ Maybank yang paling hampir dengan pejabat .

Pusing- pusing mencari, akhirnya jumpa juga kat mana Kenanga Wholesale City ni,nasib la rakan saya tu agak mahir dengan selok belok Jalan di KL ni..RHB terletak aras bawah dan kelihatan banyak lot kedai yang masih kosong..sempatlah kami pusing-pusing kat dalam tu, tengok apa yang ada...pakaian , kasut dan handbag yang ada dijual..dalam tu nampak macam Butik Eksklusif.

Nampaknya sesekali time gaji  boleh la cuci mata kat sini. Saya memang tiap bulan ke Jalan Kenanga dan kat situ memang banyak lot kedai yang menjual pakaian, beg, kain ela secara borong tetapi tak pernah sekali saya membeli kat situ. 

Mungkin kali ni, selepas adanya Kenanga Wholesale City, boleh panjangkan sikit langkah, keluar dari Maybank, masuk Kenanga Whosale City, belek-belek blouse ke, handbag ke, baju kanak-kanak yang cantik-cantik pun ada.

** Bonus dah hampir...boleh la jengah situ..