Ada waktunya saya tidak dapat menahan rasa....

Mood tak begitu menentu saat ini mungkin fakor utama adalah berpisah dengan anak dara kesayangan sorang tu...dah 2 minggu dia di Tampin...memang tak jauh pun tetapi saya ada alasan tersendiri untuk tidak pulang menjenguk dia.

Alasannya adalah saya tak nak Umar turut tinggal di sana nanti...Umar setiap hari bagitau nak tinggal kat Tampin.

Kalau dua-dua balik Tampin, tinggal la kami berdua kat rumah ni...tak dapat nak bayangkan kesunyian yang bakal melanda.

Nampaknya hujung minggu nanti , kami akan menjemput Nadhirah pulang semula ke pangkuan....lega..namun masalah belum selesai kerana cuti sekolah belum berakhir...janji si abah tadi, dia akan cuba mengambil cuti selang sehari untuk mingg depan, selain tu cuti saya masih ada sehari..nampaknya makcik jugak la yang terpaksa suka rela untuk membawa Nadhirah ke pejabat beliau.

Semoga lepas ni keadaan ceria kembali memeriahkan kehidupan kami semula...Insyaallah.

2 permata hati mama..


Gambar Persandingan Chef Riz dan Ana Dahlia

Cantik-cantiknya gambar persandingan mereka...yelah tuan empunya badan cantik dan kacak ditambah pulak dengan bakat photographer yang hebat, segalanya nampak sempurna.

KREDIT GAMBAR UNTUK ALEEYA WEDDING PHOTOGRAFY





Kekal Obes | Kisah sendiri

Sejujurnya, saya masih lagi obes setakat hari ni.

Tiada siapa yang boleh tolong ubah keadaan ini kecuali diri sendiri.

***Entry kecewa dengan diri sendiri.




Gambar Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia

Saya tak tau pun pasangan ini berkahwin hari ni...terjah ke Mstar Online baru tau tentang berita ni.

Hanya dengan sekali lafaz je, hubungan suami isteri dimeterai.

Semoga pasangan ini diberkati dan bahagia berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tahniah untuk pasangan pengantin.



Rm1,000,000 Money Drop|Astro Ria

Baru 2 kali tengok rancangan ni..teruja sikit la sebab RM1 juta diberikan pada permulaan permainan. Tak pernah tengok seumur hidup ini duit berjumlah RM1 juta selonggok macam tu depan mata.

Rancangan ini memerlukan pengetahuan am yang luas dan strategik permainan yang betul agar duit RM1 juta tidak lebur begitu saja.

Malam ini menyaksikan 2 peserta pertama yang memenangi Rm100,000 selepas menjawab kelapan-lapan soalan. Arzi dan Hazril, pasangan sepupu dari Penang yang memenangi wang tersebut kelihatan penuh keyakinan pada awal permainan .

Apa pun tahniah untuk pasangan sepupu ini kerana berjaya memiliki wang sebanyak RM100,000 dalam masa yang singkat . Memang agak sukar untuk membuat keputusan untuk memilih setiap jawapan yang betul dan dalam masa yang sama takut kehilangan duit. Pasangan ini nampaknya ada keserasian dan mempunyai sifat tenang dan tidak gelabah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka akhirnya pulang ke Penang bersama wang tunai RM100,000..tapi betul ke duit tu bukan duit contoh? Tak bahaya ke bawak macam tu je? Duit contoh je kot kan? Eh sibuk pulak penonton sorang ni.