Fasha Sandha dan Gaun Pengantin

Baguslah kalau betul Fasha Sandha akan kawin tahun depan..bagus la sesangat..saya suka lakonan dia walaupun tak minat dia secara peribadi...semoga lepas kawin nanti, jadi lebih senonoh la sikit hendaknya terutama dari segi berpakaian.

Kredit gambar untuk rotikaya.com
Agaknya jodoh Fasha ni memang dengan Jejai kot...apa pun semoga cepat kawin.

M.A.L.U


Saya akui saya seorang yang pemalu…betul, memang saya seorang pemalu ( saja nak bagitau, walaupun tak ada sapa tanya hi hi)..

Rasanya malu saya ni lebih didorong oleh rasa rendah diri..kadang-kadang kerana rasa malu yang tak bertempat ni, banyak peluang yang saya sia-siakan begitu saja.

Kebetulan pulak Majalah MIDI keluaran terbaru ni membicarakan isu MALU ni…

Dalam tu seolah menerangkan apa yang saya rasa. Malu bermula dengan perasaan tegang apabila bertemu orang lain. Bila mula rasa tegang, diri pun ragu-ragu ketika berbicara dan tidak mampu  menyamakan persepsi dengan orang lain. Tubuh agak gementar dan wajah menjadi merah, sedikit berpeluh. Time berpeluh, keyakinan diri betul-betul menurun.

Di dalam Majalah MIDI, ada disyorkan beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

  1. Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Dengan ini kita pasti akan cuba menyesuaikan diri dan cuba bergaul dengan orang lain , luar dari lingkungan keluarga.
  2. Beriadah bersama-sama ahli kelab, jiran tetangga, rakan-rakan.
  3. Lontarkan perkataan lucu kepada orang lain, kemudian sama-sama ketawa *** tapi janganla buat lawak bodoh, nanti menampakkan kebodohan diri.
  4. Berusaha untuk berkenalan dengan orang-orang yang ditemui di tempat-tempat umum . Berbuallah dengan mereka dan kenali pemikiran mereka.
  5. Ketika menjelaskan sesuatu, bercakaplah seakan-akan kita bercakpa dengan diri sendiri dan tidak ada sesiapan pun di depan kita ketika sedang bercakap.
  6. Usahakan untuk solat berjemaah secara rutin dan cabar diri untuk menjadi imam, jika ada kesempatan.
  7. Tingkatkan rasa perhargaan kendiri, iaitu dengan menerima diri tanpa syarat. Kita menerima diri kita terutama fizikal yang sedia ada dengan redha dan penuh syukur.
  8. Tingkatkan imej berpakaian kerana dari situ , harga diri turut dipertingkatkan. Keyakinan diri turut meningkat.
  9. Belajar berkomunikasi secara effective. Belajar menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan jelas.
  10. Hentikan mengkritik diri sendiri secara negatif. Kritikan perlu sebagai pantuan untuk membina kredibiliti kita.
  11. Iktiraf segala pencapaian kita walau sekecil mana pun. Sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah di atas pencapaian kita. Sebutkan selalu hingga melekat di sanubari kita.
  12. Berikan cabaran pada diri kita untuk melakukan perkara yang kita takut kerana inilah cara terbaik untuk kita atasi rasa malu.
  13. Setiap orang ada kehebatan dan keunikan sendiri, sentiasa rasa diri kita adalah penting dan sesiapa sahaja oran gyang kita temui adalah penting. Jadi dengan cara ini kita tidak akan rasa malu kerana harga telah kita tingkatkan.
  14. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk dihindari rasa malu tidak bertempat di dalam diri.

Susah betul nak hapus perasaan tu sebenarnya....ada tak tip-tip lain daripada sahabat semua atau yang telah pun berjaya mengatasi rasa malu tak bertempat macam saya ni?




Kisah banjir , nak terkucil dan tandas kotor

Semalam semua tau, hujan lebat di KL, banjir di Taman Wahyu, Jalan Kuching dan Depan Pusrawi.

Kalau dah macam tu situasinya, pasti-pasti lah jalan sesak.Dari ofis ke Selayang, ambik masa hampir 2 jam.

Nak jadikan cerita, baru je mula memandu dan masuk dalam kesesakan di depan Istana Lama, terasa nak terkucil yang amat sangat.

'Rasa' tu terpaksa ditahan kerana mana ada tempat untuk berhenti...hampir sejam lebih menahan, akhirnya jumpa juga dengan stesyen minyak Esso, Jalan Sentul.

Sebelum tu dah cakap kat kawan yang tumpang balik sekali "akak risau kalau guna tandas kat mana-mana , takut terjumpa benda yang tak ingin dilihat kat dalam tandas "

Rupanya memang nasib betul-betul menyebelahi kata-kata saya.....dengan rasa yang tidak dapat ditahan-tahan..masuk dalam tandas tu terus ternampak "sesuatu yang masih fresh yang tidak dipam"

Inilah sikap manusia, kalau dah buang tu biar buang betul-betul....jangan bagi orang lain nampak apa yang kita buang....sakit hati tetapi saya perlu guna tempat tu tanpa alasan lagi.

Saya nampak keadaan tandas tu putih bersih tetapi yang terjadinya kotor bila pengguna tidak tau menggunakan tempat tu sebaiknya.

Agaknya nak kena masuk kelas khas cara-cara menggunakan tandas awam ke? Kat rumah pun macam tu ke? Ishhh nak marah sangat bila jumpa kejadian macam ni...


*** ada yang pernah alami situasi sama dengan saya tu?

Gambar Majlis Resepsi Chef Riz dan Ana Dahlia

Time kita dah lama berlalu, tak ada majlis-majlis gini...layan je la gambar kawin orang lain ...







Tip-tip kecantikan dan kesihatan

Ada waktunya memang otak buntu nak sediakan entry personal, jadi kena la belek-belek majalah, cari tip-tip menarik, kongsikan walaupun mungkin dah ramai yang tau.

Kali ni tentang kesihatan kulit, ikuti tip ni kalau inginkan kulit lebih sihat, lembut dan jugak seksi.

1. Selepas mandi tu, terus je sapu pelembap untuk mengunci lembapan pada kulit anda.

2. Untuk kulit kering, gunakan pelembap jenis minyak.

3.Gunakan pelembap berasaskan minyak dan air secara bersilih ganti jika anda mempunyai kombinasi jenis kulit

4. Jangan sapukan pelembap terlalu banyak kerana ia boleh meyumbatkan pori-pori klit.

5. Sapukan pelembap ke seluruh badan, bukan hanya pada kulit wajah semata.

6. Pilih pelembap yang mengandungi tahap SPF yang rendah misalnya SPF15. Ia membantu menjadikan kulit tetap lembut dan licin dan dalam masa yang sama tetap melindungi daripada tindakan cahaya matahari yang tidak baik.