Petua petua petua


Petua untuk lembutkan rambut

Sediakan dua sudu besar susu tepung ke dalam bekas.
Tambahkan air suam dan perahkan air limau nipis.
Kacau hingga sebati dan simpan ke dalam peti sejuk selama 6 jam
Lumurkan pada rambut dan biarkan selama 1 jam
Selepas tu boleh la dibilas seperti biasa.

Petua meluruskan rambut kerinting

Parut sebiji kelapa tua dan ambil santannya.
Campurkan perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk.
Sapukan pada rambut dan biarkan seketika
Amalkan setiap hari selama seminggu.

*** kalau tak menjadi juga, boleh terus ke salon utk rawatan rebonding.


Petua melambatkan kedutan pada wajah

1 biji kuning telur, 1 sudu kecil minyak zaitun dan beberapa titis limau nipis.
Gaul hingga sebati dan terus sapukan ke bahagian wajah.
Biarkan selama 20 minit.
BIlas dengan air suam.
Amalkan seminggu sekali.





Petua bersihkan leher


Leher sapa yang berdaki, kehitaman atau masalah warna tidak sekata?

Haa meh sini nak bagi petua:

Ambil 3 sudu besar tepung gandum dan tiga sudu besar oat yang telah dikisar halus ,campurkan dengan setengah cawan tairu masam. Gaul hingga rata.
Sapukan pada leher seperti masker selama 15 minit.
Lepas 15 minit boleh la dibilias dengan air bersih.
Amalkan setiap dua minggu.



TIP elak jemu dalam rumahtangga.


Ada tak sesekali anda rasa jemuuu je dengan rumahtangga ? saya tak nak tipu, kadang-kadang ada mai rasa macam tu....takmau takmau macam tu, tak elok tak baik..biar orang cakap , makin lama makin mewangi,makin mesra, makin romantik...

Cuba kita tambahbaik lagi perkara-perkara ni kalau tak nak bagi jemu:

  1. Perbaiki lagi komunikasi – ini adalah perkara yang sangat penting dan perlu diambik kira dalam hubungan suami isteri.
  2. Peruntukan masa berdua – tengok wayang ke, makan-makan waktu lunch ke, ambik cuti bersama dan keluar jalan-jalan.
  3. Jangan minta lebih daripada pasangan – biar banyak memberi, meminta-minta lebih adalah jangan..mintak sikit-sikit tu boleh ..( berbelit-belit pulak ayat ni)
  4. Kreatif mencipta kasih sayang
  5. Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain
  6. Sentiasa menerima teguran daripada pasangan demi kebahagiaan.

Tip-tip di atas adalah untuk pasangan suami isteri, bukan untuk suami je atau isteri je...sama-sama kena lakukan penambahbaikkan dalam hubungan.

Ok sekian tips dari saya, pakar rumahtangga he he.....gurau je le..saya pun masih merangkak-rangkak membina bahagia dalam rumahtangga.

Khasiat delima

Sebelum ni, saya cuma tau delima ni boleh kuruskan badan walaupun sampai laa ni saya tak kurus-kurus pun...rupanya banyak betul khasiat delima..


  1. Kulit delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.
  2. Delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C
  3. Zat besi di dalam delima unsur penting dalam pembentukan darah merah.
  4. Delima mengandungi antioksidan yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung
  5. Delima dapat memusnahkan sel kanser kanser payu dara dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
  6. Pengambilan delima dapat menghalang pembentukan plak daripada terkumpul dalam salur darah arteri, mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik.
  7. Delima boleh menurunkan tahap sistolik hingga 5 peratus
  8. Delima dapat mencegah dan melambatkan nyanyuk.
  9. Delima dapat menghalang plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi
  10. Delima boleh memperbaiki usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta masalah batuk.
  11. Delima berkesan meredakan cirit birit,bengkak usus dan najis berdarah
  12. Delima boleh mencegah muntah-muntah, ubat kumur untuk masalah pernafasan berbau.
  13. Delima dapat mengatasi masalah buasir kerana bairnya dapat bertindak sebgaii astringen.
  14. Delima boleh mengatasi masalah kemandulan.

Banyak kan, khasiat delima ni..semuanya membantu kesihatan kita..

35 Simptom Menopause


Semua wanita tau apa itu menopause Cuma tahap pengetahuan tentang tanda-tanda atau simptom menopause itu adalah berbeza, ada yang tau banyak, ada yang tau sikit…mungkin ada yang langsung tidak tau. Apabila kita melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya, kita akan menghadapi fasa itu dengan lebih terbuka dan positif.

Ok , kita tengok apakah simptom-simptom sebelum menopause.

  1. Hot flushes iaitu perpeluhan waktu malam, disebabkan oleh tindak balas hypothalamus yang menolak pengeluaran estrogen oleh ovari.
  2. Berdebar-debar
  3. Mudah marah
  4. Sukar tidur
  5. Kedatangan haid – tempoh tidak sekata ( lebih pendek atau lebih panjang)
  6. Nafsu seks menurun
  7. Vagina menjadi kering
  8. Mudah letih
  9. Rasa penat dan sakit-sakit badan
  10. Perubahan mood secara tiba-tiba
  11. Murung.
  12. Sukar memberi tumpuan
  13. Daya ingatan terganggu
  14. Kurang kemampuan menahan kencing terutama ketika bersin atau ketawa
  15. Kulit kering dan gatal-gatal
  16. Sakit badan, sakit sendi , sakit otot
  17. Otot-otot menegang
  18. Payudara lembik
  19. Sakit kepala
  20. Masalah penghadaman, loya dan berangin
  21. Perut tiba-tiba rasa kembung
  22. Mengalami kemurungan yang berbeza daripada kemurunga lain, ketidakupayaan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih tenang.
  23. Rasa kesal
  24. Penigkatan masalah alahan
  25. Masalah rambut gugur
  26. Mudah pening dan alah pada cahaya
  27. Pertambahan berat badan
  28. Perubahan bau badan
  29. Seolah-olah terasa ada kejutan elektrik yang menyentap di bawah permukaan kulit atau di kepala.
  30. Rasa kebas pada kaki
  31. Masalah gusi berdarah
  32. Osteporosis
  33. Perubahan bau nafas, rasa panas dalam mulut
  34. Kuku jari menjadi lebih lembut hingga menyebabkan senang pecah dan patah
  35. Seakan-akan ada bunyi loceng dalam telinga.

Hmm macam-macam simptom ye....banyak yang saya tau pun sebenarnya sebelum ni.