Masa untuk kembali bersatu

Malam ni,Insyaallah dapat lah berjumpa semula dengan anak dara kesayangan selepas hampir 3 minggu tidak berjumpa..kejap lagi bertolak ke Tampin.

Blog pastinya tidak berupdate hingga Isnin kerana tuan blog bercuti hingga Isnin.

Selamat berehat bersama keluarga kepada semua sahabat.



Sembang Rakyat Hukum Hudud | MESTI TENGOK

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama.




Arif Alfian Roslin, Pelajar Perubatan Malaysia di Dublin yang hilang, kawin sesama lelaki?

Jam 3.01 pagi sekarang.....terkejut baca blog cikgu dahlia tentang kisah NI..ishhh tak sanggup nak tengok gambar-gambar tu..

Sedih bila saya kenangkan mak ayah dia...susah payah besarkan dia..jadi pelajar cemerlang, sudahnya berakhir dengan memilih jalan sebegitu..saya sebagai seorang ibu dapat merasakan betapa kecewa dan hancur hati andainya benar dia adalah begitu.

Semoga beliau diberi petunjuk oleh Allah untuk kembali ke jalan yang benar andainya betul dia la yang dikatakan 'sesat' itu.

Bagi sesiapa nak baca seterusnya dan nak tengok gambar , boleh KLIK SINI

Ya Allah! tunjukkan lah kami jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai. Amin!

Filem Pendek Hina Hukum Hudud

Malam ni saya keras mata pulak dah...jengah sana sini...jumpa satu video filem pendek lakonan ntah sapa-sapa pelakon..

Seram dengar mereka ni berbual...sebabnya ianya adalah mengenai hukum Allah bukan hukum mana-mana parti politik..jangan sesedap rasa keluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya.

Sapa yang pernah tonton filem pendek ni , tau la apa yang mereka para pelakon tuturkan...bagi yang belum tengok, boleh cuba-cuba cari...

Saya hanya mampu beristighfar dan memohon kita semua diberi petunjuk...makan boleh sebarang makan kalau tak kisah obesiti tapi cakap jangan la sebarang cakap terutama berkaitan dengan hukum agama.

Wasallam.

Novel My Love Playgirl|Tak best& Rugi beli

Secara jujurnya, saya rasa sungguh rugi membeli novel ini.




Maafkan saya kalau penulis novel ni tersinggung.

Novel Kelat-Kelat Sayang|Izul Izzati

Novel ni pada saya biasa-biasa saja.. sekadar boleh di baca , tidak meninggalkan apa-apa kesan pada jiwa saya.


Kisah Aizam dengan Salina, sejak sekolah tak ngam sebab Aizam ni suka ejek Salina ni sebagai itik..sebabnya ayah Salina ni banyak bela itik.

Sebenarnya si Aizam ni dah lama jatuh hati dengan Salina...bila dah dewasa dan berkerjaya , Si Aizam ni masih lagi mengejar cinta Salina sedangkan Salina ni pernah jatuh hati pada orang lain tetapi orang tu tak sukakan Salina.

Selepas beberapa kali Salina menolak lamaran Aizam, akhirnya beliau menerima jua ...banyak jugak la kisahnya selepas bertunang, macam-macam dugaan untuk sampai ke jinjang pelamin...

Hmmm sama dengan novel lain, novel ni pun akan dijual juga



Novel Kasih Bersulam Cinta|Rozita Abd Wahab

Ini novel yang selesai proses bacaannya petang tadi, dah lama baca sikit-sikit...tak begitu menarik pada saya tetapi boleh la .....mungkin orang lain berbeza pandangan..apa pun saya suka gambar cover novel ni.


Mengisahkan Anis, ditangkap khalwat dengan Hakim selepas diperangkap oleh ibu tiri Anis sendiri...mereka berdua kahwin tanpa rasa cinta dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Universiti yang sama.

Hakim seorang playboy, Anis seorang wanita yang kekampungan namun memiliki raut wajah yang cantik asli.

Anis sebenarnya mewarisi harta kekayaan arwah ayahnya tapi tak ada sapa pun yang tau perkara tu.

Berbalik kepada hubungan Anis dan Hakim tu, mereka hanya berbaik sebagai pasangan suami isteri setelah 2 tahun berkahwin.

Novel ni akan dijual , kalau ada yang berminat boleh bagitau pada ruangan komen ye.

Novel Hati Kala Cinta|Hani Fazura

Saya baru selesai membaca novel ini...ceritanya boleh tahanla cuma mengingatkan saya kepada novel SWEET SOUR tulisan NASZ keluaran Jemari Seni...bukan lah sama sepenuhnya cuma ada persamaannya. Mungkin satu kebetulan saja.

Oleh kerana saya terlebih dahulu membaca novel Sweet Sour, saya jadi potong mood kala membaca novel Hati Kala Cinta namun begitu saya tetap habiskan bacaan dan pada saya ianya tetap seronok di baca , andainya saya belum membaca novel Sweet Sour, saya rasa extra seronok dan puas hati membaca novel ini.

Kisah Lya kawan rapat dengan Zhafran sejak kecil hingga masuk U, mereka sebenarnya dah sampai tahap bercinta cuma mereka tidak menyedari. Zhafran memilih untuk berkahwin dengan Nurin, sepupu Lya menyebabkan Lya begitu kecewa sekali.

Namun selepas berkahwin dengan Nurin,Zhafran mula menyedari cintanya pada Lya, sebenarnya dia dah sedar ketika beberapa ketika sebelum berkahwin dengan Nurin tetapi untuk Zhafran membatalkan perkahwinan itu adalah tidak mungkin kerana ianya melibatkan banyak hati.

Time tengah kecewa tu, Hareez iaitu abang kepada Zhafran pulang dari luar negara, ditunangkan dengan Lya walaupun mereka tidak saling menyintai...kalut jadinya bila Zhafran nak rebut kembali Lya, Nurin curang, Hareez yang sebelum tu tidak menyintai Lya mulai jatuh cinta dengan Lya. Manakala Lya tetap menyintai Zhafran..kadang-kadang cinta tidak semestinya saling memiliki, kan? Agaknya Lya ni kawin tak dengan Zhafran?

Hmm setakat tu je la sinopsisnya...boleh baca online atau beli novel kat kedai..nak beli dengan saya pun boleh.